VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 21 December 2013

KEPADA RAKYAT PULAU PINANG YANG MAHU MEMILIKI RUMAH MAI TENGOK SINI

Aku minta maaf sebab lambat bagitau hangpa semua.. Sebab sebelum nie di komtar.. Diadakan majlis penyerahan borang kepada semua pemohon.. Kadar kehadiran orang melayu sangat menyedihkan.. Tapi tak pa walaupon hangpa tak dapat p komtar ambik borang.. Aku ada cara untuk hangpa mendapatkan secara online.. Kepada yang ada internet kat rumah.. Tolong2 la daftarkan kepada jiran2 yang kurang berkemampuan..

Jangan lupa untuk hebahkan kepada semua orang.. Nanti umno kata kita Pakatan Rakyat tak buat rumah untuk rakyat pulak..

Setakat nie saja aku mampu tolong.. Mau tak mau tu atas hangpa sendiri..

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH / SEDERHANA RENDAH / MAMPU MILIK di pautan
                                                                                                 http://www.penang.gov.my/index.php/pengumuman/2781-muat-turun-borang-permohonan-untuk-satu-unit-rumah-kos-rendah-sederhana-rendah-mampu-milik



Peraturan Perumahan Baru Pulau Pinang Berkuatkuasa Pada 1 Februari 2014

Peraturan Perumahan Baru Pulau Pinang bermula 1 Februari 2014 dirancang untuk melindungi Pulau Pinang daripada terjejas akibat gelembung hartanah dan memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli oleh pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Peraturan perumahan baru yang diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2014 Negeri Pulau Pinang di Dewan Undangan Negeri dan cadangan berkuatkuasa bermula 1 Februari 2014 dirancang untuk melindungi Pulau Pinang daripada terjejas akibat gelembung hartanah dan memastikan perumahan awam dan perumahan mampu milik yang dibeli oleh pembeli tulen kali pertama yang layak daripada kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.

Perumahan awam adalah rumah kos rendah yang berharga sehingga RM42, 000 dan rumah kos sederhana rendah yang berharga dari RM72, 500 hingga RM400, 000 di kawasan Pulau dan berharga dari RM72, 500 hingga RM250, 000 di kawasan Seberang.

Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan dan kekal membangun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan daripada terperangkap dalam mana-mana gelembung hartanah yang kelak akan menjejaskan dan merosakkan ekonomi. Jepun adalah satu contoh terbaik mengenai bahayanya gelembung hartanah. Peraturan-peraturan perumahan ini telah dibincangkan bersama-sama dengan pemegang-pemegang amanah terutamanya dari industri hartanah yang membantah cadangan ini.

Kerajaan Negeri telah menubuhkan Dana Perumahan Awam dan Mampu Milik berjumlah RM500 juta untuk membina 20,000 unit perumahan awam dan perumahan mampu milik meliputi kesemua 5 daerah di Pulau Pinang. Ini adalah peruntukan terbesar yang ditubuhkan oleh mana-mana Kerajaan Negeri dalam sejarah Malaysia untuk membina perumahan awam yang mampu milik. Secara dasarnya, peraturan baru ini dilihat perlu memandangkan Kerajaan Negeri amat prihatin sekiranya pembelian rumah pertama tidak diberi peluang untuk membeli rumah dan bagi mengurangkan eksploitasi meraut keuntungan.

-104 unit di bawah Skim Milikan Bersama atau “Shared Ownership Scheme” (SOS) dan 51 unit di bawah Skim Sewa dan Beli atau “Rent-Buy Scheme”

Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Skim Milikan Bersama atau “Shared Ownership Scheme” (SOS) yang julung kali dilaksanakan di Malaysia – inisiatif bersejarah pembelian bersama antara Kerajaan Negeri dan Pembeli Kurang Berkemampuan yang telah terlepas daripada mendapatkan 90% atau 100% pinjaman bank dengan menawarkan 30% pinjaman tanpa faedah daripada Kerajaan Negeri manakala baki pinjaman 70% adalah daripada pihak bank berbanding 90% atau 100% pinjaman bank. 104 unit rumah kos rendah di Taman Sungai Duri, Seberang Perai Selatan akan menjadi skim perintis untuk SOS. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan Skim Sewa dan Beli atau “Rent-Buy Scheme” di 51 unit di Flat Taman Seruling Emas, Seberang Perai Selatan untuk golongan yang tidak berkemampuan yang tidak layak untuk memperolehi mana-mana pinjaman bank atau bank yang enggan memberi sebarang pinjaman kepada mereka.

Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mahu mencapai demokrasi perumahan yang membenarkan setiap keluarga yang bekerja memiliki rumah sendiri. Keutamaan adalah bagi memastikan perumahan awam (kos rendah dan kos sederhana rendah) dimiliki oleh mereka yang tidak berkemampuan dan pembeli tulen kali pertama. Kerajaan Negeri komited untuk membantu pembeli kali pertama agar berpeluang untuk membeli rumah mampu milik dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan atau berdepan cabaran undang-undang daripada mereka yang menentang komitmen ini.

EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada mesyuarat semalam telah memperhalusi peraturan perumahan baru ini demi jelas dan pasti seperti di bawah :

A. Perumahan Awam – Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah
Semua rumah kos rendah (sehingga RM42,000) dan rumah kos sederhana rendah (sehingga RM72,500) yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli. Mereka yang ingin menjualnya dalam tempoh 10 tahun pertama perlu membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan hanya boleh dijual kepada pembeli tersenarai atau “listed buyers”. Harga niaga tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi akan diberikan kepada pembeli berkemampuan, kesediaan pembeli atau “willing buyer, willing seller” oleh kedua-dua pembeli tersenarai dan penjual. Pembeli yang disenaraikan adalah mereka yang telah berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri dan disahkan sebagai golongan berpendapatan rendah yang layak untuk membeli rumah kos rendah dan rumah kos sederhana rendah. Peraturan 10 tahun ini akan meliputi semua belian yang lepas dan akan datang. Cabutan rumah akan tertakluk kepada pegawasan oleh sebuah firma audit – pertama kali dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan Negeri di Malaysia.

B. Perumahan Mampu Milik
Perumahan Mampu Milik diklasifikasikan sebagai rumah yang pada mulanya dibeli dengan harga di bawah RM400,000 di dalam Pulau dan RM250,000 di Seberang Perai. Perumahan mampu milik yang dibeli tidak boleh dijual dalam tempoh 5 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli. Mereka yang ingin menjual dalam tempoh 5 tahun pertama perlu membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri dan hanya akan dijual kepada “pembeli tersenarai”. Harga rumah tidak akan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri tetapi akan diberikan kepada “willing buyer, willing seller” oleh kedua-dua pembeli tersenerai dan penjual. Pembeli yang tersenarai adalah mereka yang telah berdaftar dengan Bahagian Perumahan Kerajaan Negeri dan disahkan sebagai kumpulan berpendapatan pertengahan yang berkelayakan untuk membeli perumahan mampu milik. Peraturan 5 tahun ini meliputi rumah yang diniagakan pada atau selepas 1 Februari 2014. Dengan erti kata lain, ia tidak akan dibelakangkirakan(retrospektif) tetapi akan hanya ke atas Perjanjian Jual dan Beli yang ditandatangani pada atau selepas 1 Februari 2014.

C. Pembelian oleh Bukan Warganegara
Bukan warganegara hanya boleh membeli hartanah di Pulau Pinang yang melebihi RM1juta dan bagi tanah dan bangunan di Pulau mesti melebihi RM2 juta. Semua pembelian hartanah oleh bukan pemastautin akan dikenakan fi kebenaran 3% atas harga transaksi untuk Perjanjian Jual dan Beli yang telah ditandatangai pada atau selepas 1 Februari 2014. Pengecualian diberikan kepada pembelian bagi tujuan industri atau tujuan untuk menggalakkan peluang pekerjaan, pendidikan, bakat manusia atau mempromosikan Pulau Pinang sebagai bandaraya bertaraf antarabangsa dan pintar.

D. Fi kebenaran 2% untuk Hartanah yang dibeli selepas 1.2.2014 dijual dalam tempoh 3 tahun pertama
Fi kebenaran 2% akan dikenakan ke atas penjual untuk semua hartanah yang dijual dalam tempoh 3 tahun dari tarikh Perjanjian Jual dan Beli (SPA) yang ditandatangani pada 1 Februari 2014. Dalam erti kata lain, ini tidak retrospektif. Hartanah yang dibeli di mana SPA ditandatagani sebelum 1 Februari 2014 tidak akan dikenakan fi kebenaran ini. Hanya hartanah yang dibeli dengan SPA pada atau selepas 1 Februari 2014 akan dikenakan fi kebenaran 2% jika dijual dalam tempoh 3 tahun. Fi kebenaran 2% ini tidak terpakai untuk perumahan mampu milik.

Perbincangan yang berterusan dengan Majlis Peguam, bank-bank, pemaju hartanah di dalam dan di luar Pulau Pinang bersama-sama dengan persatuan-persatuan lain akan terus diadakan bagi memberi penerangan berhubung dengan peraturan perumahan baru yang berkuatkuasa sebaik SPA ditandatangani pada atau selepas 1 Februari 2014, kecuali untuk perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.

3 comments:

  1. 2 tahuh rrgister masih dalam ruangan menunggu..ni nak masuk tahun ketiga..area barat daya..

    ReplyDelete
  2. entahhhhleeee mcm mudah sgt dpt...kalu puak2 depa tu tak sampai stahun...aci kerat jari

    ReplyDelete
  3. saya dah 6 thn tggu, hampeh!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.