Katanya TUNTUTAN KITA TIADA ASAS?
Takdok asas guano?
INI ASAS TUNTUTAN KAMI.
FAKTA ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN - SEBAR SELUASNYA
SIAPA TIPU RAKYAT KELANTAN?
ASAS TUNTUTAN ROYALTI KELANTAN
GABUNGAN PROFESIONAL MENUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE KELANTAN (ROYALTI)
TUNTUT PETRONAS DAN KERAJAAN MALAYSIA SUPAYA
1. PENGELUARAN MINYAK DAN GAS KELANTAN DI MEDAN [PETA MINYAK & GAS DILAMPIRKAN]
1. MEDAN PERTINDIHAN KELANTAN – TERENGGANU
Pengeluaran adalah mengikut Sempadan Laut 1987 (DILAMPIRKAN), maka Medan Lawit, Medan Jerneh dan Medan Bintang adalah berada dalam sempadan Kelantan – Terengganu.
2. BLOK PM 301 DAN PM 302 (100 % MILIK KELANTAN TANPA PERTINDIHAN)
Ekpslorasi di PM301 & PM302 diberikan kepada CS Mutiara Petroleum Sdn Bhd.
Syarikat milik 50:50 Petronas Carigali Sdn Bhd dan Shell Exploration And Production Malaysia BV.
8 kawasan yang disahkan mempunyai simpanan minyak mentah dan gas asli.
3 April 2006, CS Mutiara mengumumkan penggerudian di zon Bunga Dahlia
Penemuan gas di blok PM301 adalah di zon Bunga Kamelia, Bunga Zetung, Bunga Anggerik, Bunga Kesumba, Bumi South dan Bunga Melati.
Penemuan gas di blok PM302 pula adalah di zon Bergading, Bunga Dahlia dan Bunga Teratai.
3. BLOK MALAYSIA – THAILAND JOINT DEVELOPMENT AREA (JDA)
Kawasan seluas 7,250 km persegi (1.8 juta ekar) dan terbahagi kepada 3 blok (C19, A18 & B17). Bertindih tuntutan antara Malaysia – Thailand.
Pengeluaran bermula pada 2 Januari 2005. Pembahagian 50:50. Anggaran
pengeluaran gas 790 juta kaki padu sehari (284 trillion kaki padu setahun). Anggaran Pengeluaran minyak 23,000 tong sehari.
4. BLOK PM3 – COMMERCIAL ARRANGEMENT AREA (CAA)- (MALAYSIA-VIETNAM)
Kawasan seluas 1,408 km persegi . Petronas memiliki 46.06% di Block PM-3 dan 36.85% di Block 46-Cai Nuoc. Pengeluaran minyak bermula pada 1997 dan mencapai kemuncaknya pada tahun 2004.
Telaga yang terlibat adalah West Bunga Kekwa, East Bunga Kekwa-Cai Nuoc, East Bunga Raya, West Bunga Raya, NW Bunga Raya dan Bunga Seroja.
Talisman: Pengeluaran minyak 60,000 tong dan 270 mm cfpd of gas sehari. Gas yang dibeli oleh Petronas dari kawasan ini dihantar melalui paip 24in, sejauh 170km ke Platform Resak.
2. BAYAR ROYALTI MENGIKUT PDA 1974
Akta Pembangunan Petroleum, 1974 ( "PDA"), yang mulai berkuatkuasa pada 1 Oktober 1974, membawa kepada tertubuhnya Petronas dan diserah hak petroleum yang didapati dan diperolehi di daratan atau luar pantai Malaysia kepada Petronas.
Istilah-istilah yang digunakan dalam PDA, 13 Perjanjian dan 13 Geran Penyerah Hak adalah "di daratan (On-Shore) " dan " luar pantai (Off-Shore)" untuk maksud petroleum yang dihasilkan di daratan dan di lautan. Tiada dinyatakan sama sekali samada di dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA), 13 Perjanjian dengan Negeri-negeri mahupun 13 Geran Penyerah Hak tentang sekatan hak setiap Negeri untuk menerima bayaran tunai bagi pengeluaran petroleum di luar pantainya berdasarkan kepada jarak dari pantai.
3. PATUHI PERJANJIAN KELANTAN DENGAN PETRONAS PADA 9 MEI 1975
Antara isi kandungan perjanjian yang perlu dipatuhi dan termaktud dalam perjanjian:
” DAN BAHAWASANYA KERAJAAN dan PETRONAS adalah ingin hendak membuat suatu perjanjian menurut seksyen 4 Akta tersebut di atas berkenaan dengan pembayaran wang tunai yang akan dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan seperti tersebut di atas mengenai petroliam ”
Seksyen 4 Akta PDA
Pembayaran wang tunai oleh Perbadanan
5. sebagai balasan bagi pemunyaan dan hak-hak, kuasa-kuasa, kebebasan – kebebasan dan keistimewaan-keistimewaan yang diletakhakkan padanya menurut Akta ini, Perbadanan itu hendaklah membuat apa-apa pembayaran wang tunai sebagaimana yang dipersetujui antara pihak-pihak yang berkenaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan mana-mana Negeri yang berkenaan.
4. KERAJAAN NEGERI KELANTAN MEMPUNYAI HAK MENUNTUT BAYARAN TUNAI DARI PETRONAS.
Mengikut Akta Pembangunan Petroleum 19774 dan Perjanjian Kelantan – Petronas pada 9 Mei 1975, Kelantan berhak menuntut bayaran tunai. Asalkan petroleum dihasilkan di daratan (On-Shore) atau luar pantai (Off-Shore) Negeri yang berkenaan. Fakta di perenggan 1 membuktikan bahawa petroleum dihasilkan di Kelantan.
Contoh, pada bulan Mac 1978, Petronas memaklumkan Kerajaan Terengganu bahawa petroleum telah dihasilkan di medan minyak yang bernama Pulai yang terletak sekitar 150 kilometer dari pantai Terengganu. Pada Jun 1978, Petronas telah membuat bayaran tunai pertama kalinya kepada Terengganu bagi pengeluaran minyak luar pantai Terengganu (di Pulai).
Selama 22 tahun berturut-turut, iaitu dari tahun 1978 hingga Mac 2000, Petronas membuat bayaran tunai kepada Terengganu dua kali setahun di bawah PDA, Perjanjian dan Geran Penyerah Hak , meskipun minyak dihasilkan ratusan batu di luar pantai Terengganu.
DARIPADA HASIL KAJIAN DAN PENGIRAAN NGO ROYALTI, JUMLAH ROYALTI ATAU BAYARAN TUNAI YANG PATUT NEGERI KELANTAN TERIMA DARIPADA PENGELUARAN SEMUA BLOK DAN MEDAN DI KELANTAN, ADALAH BERJUMLAH RM12 BILLION BERMULA SEJAK 1997 (MEDAN LAWIT – APRIL 1997).
Justeru itu pihak R, menuntut ketepikan “POLITIK DINOSOR” dan bayar royalti 5% SEGERA kepada Kerajaan Negeri Kelantan, tanpa sebarang Jawatankuasa Khas sepertimana telah diamalkan untuk negeri-negeri Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Anda nilailah sendiri. SIAPA PENIPU dan PENGKHIANAT dalam hal ini.
Sumber: Royalti
Pages
VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.
Blogger Kool
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERINGATAN
Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.
No comments:
Post a Comment