Menjadi tugas utama bagi mahasiswa menyampaikan perkara yang sebenar kepada masyarakat terutamanya ibubapa, datuk dan nenek, adik beradik dan juga jiran di kampung untuk memahami situasi politik yang berlaku sekarang.
Majoriti golongan muda terdedah kepada pertembungan idea di antara kedua-dua belah pihak melalui media baru yang ada sekarang. Perkara ini tidak berlaku di kawasan kampung yang tidak mempunyai capaian internet, dan kebanyakan masyarakat hanya mendapat informasi daripada satu hala sahaja iaitu melalui media perdana seperti RTM & Media Prima.
Kita sampaikan, mereka menilai yang mana satu lebih benar. Ingat, PRU13 akan menentukan pimpinan yang akan memegang tampuk pemerintahan negara untuk lebih kurang 5 tahun lagi.
Pilihan bijak wajib dilakukan semua rakyat.
#Mahasiswa jurubicara rakyat! Mahasiswa untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment