Kami mengecam ASTRO PRIMA kerana menayangkan drama SAHARA yang secara terang-terangan mengeksploitasikan muslimah yang berniqab.
Apakah nilai yang cuba disampaikan oleh penerbit, pengarah dan ASTRO PRIMA sendiri melalui drama yang terang-terangan menghina hukum Allah dan mengundang fitnah ke atas imej para ummahatul mukminin.
Amat menjijikan apabila agama dipergunakan demi survival drama ini. Malang sekali kerana pengarah drama juga merupakan seorang muslim. muslim yang gagal meletakkan sensitiviti agama di tempat yang sepatutnya.
Demi kesucian Islam dan keluhuran sunnah baginda nabi saw, kami menggesa pihak ASTRO PRIMA Hentikan Drama Sahara ini serta merta! -Hentikan Drama Sahara
Reaksi Pelakon
Pelakon sudah memohon maaf. Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau dan kita semua untuk menjadi umat islam yang lebih baik.
Bukan islam bikin drama ISLAM?
Macam mane hindu boleh buat cerita pasal islam?
Response UAI
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tentang drama sahara nie.. ape hukum pengarah buat drama macam nie? apa plak hukum astro siar drama macam nie?
wanita yg berniqab,berpegang tangan antara lelaki dan perempuan,ucap "i love u" dgn nada menjerit.. seolah2 islam tu xde batasan dlm perhubungan.
Response aku: Dalam Lembaga Penapisan Filem Malaysia tak dak ahli ugama ka?
No comments:
Post a Comment