BUTTERWORTH - Seramai sembilan tahanan polis melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Mahkamah Sesyen Butterworth di sini kira-kira jam 9.30 pagi tadi, dengan menggunakan van polis.
Difahamkan dua anggota polis pengiring turut "dilarikan" manakala dua anggota polis lagi ditinggalkan di lokasi selepas dipukul.
Kejadian berlaku di susur keluar Jalan Pantai Bersih semasa kesemua tahanan terbabit yang dalam tahanan reman dibawa dari Penjara Pulau Pinang untuk prosiding mahkamah.
Gerakan memburu tahanan terbabit dilancarkan di beberapa lokasi sekitar daerah ini.
Van ini dijumpai ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor dekat sini, kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian iaitu di Tol Bagan Ajam berhampiran Pantai Bersih
Minta jasa orang ramai untuk membantu pihak polis tangkap semula semua tahanan yg melarikan diri dari tahanan..
Polis just keja sambil lewa
ReplyDelete