RUNTUH...Lihatlah beginilah kedaan dua buah rumah yang runtuh menyembah bumi masih menggunakan tiang 3X3 inci.
MENYUSUL kejadian Rumah Runtuh di Kampung Air, di DUN Karamunting yang baru sahaja berlaku pada 19 Disember 2012 lalu yang membabitkan 19 keluarga; kejadian malang berkenaan berlaku lagi kelmarin di Kampung Lupas Meluas, Sandakan.
Dalam kejadian kelmarin, dua buah rumah PPRT yang dibina di atas air di Kampung Lupak Meluas, di DUN Sekong telah runtuh secara tiba-tiba; satu daripadanya berpenghuni dan sebuah lagi masih kosong.
Menurut pandangan rambang beberapa orang yang ditemui; rata-rata menyatakan kedudukan rumah-rumah PPRT/PBR yang dibina di atas air tidak beberapa kukuh (tegap) dari segi strukturnya.
Salah satu punca ialah kontraktor di bawah seliaan FELCRA berpengalaman dan menggunakan bahan binaan yang tidak bermutu; malah menggunakan tiang berukuran 3X3 inci tidak mampu untuk menampung beban dan struktur rumah PPRT ala 'Kandang Kambing' berkenaan.
Sumber: Sabahkini
No comments:
Post a Comment