VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 15 September 2018

MB Selangor Pertikai Pengosongan Kerusi PD Untuk Anwar Ibrahim







Secara peribadi saya sedikit kuatir apabila "PD move" mengulangi sedikit kegopohan "Kajang Move" malah tanpa melalui proses musyawarah dalaman PKR itu sendiri. Bukan soal menang kalah tapi PKR perlu 'solid' dalam menghadapi pasca 'PRK PD' Yang lebih kritikal.

Cuma bila bab Amiruddin Saari komen tiada mesyuarat rasmi dalam memutuskan pengosongan kerusi PD maka nak tanya hang jadi MB melalui mesyuarat mana ? PKR dan semua komponen PH nak Dr.Idris tapi hang dan Azmin runding pintu belakang....

Bukan ke hang dan Azmin runding pintu belakang juga seperti masa Azizah dimalukan ketika "Kajang Move" ?

Parti dan PH putuskan Azizah calon tunggal tapi Azmin terus lobi pintu belakang, selepas Azmin dinamakan anggota kabinet parti namakan Dr. Idris tetapi sekali lagi Azmin & Amir runding pintu belakang... Tu kira macam mana pula wahai Amir ?

Ketika Azmin pandai - pandai putus calon PRN Sarawak hingga sebabkan pertembungan sesama sendiri , bukan sahaja tak mesyuarat tapi presiden tak tahu apa.

Ketika cheGuBard kena pecat dengan surat palsu pakai minit mesyuarat mana pula hahaha... - Chegu Bard

PENDAFTARAN PACA #REFORMASI20TAHUN PEMILIHAN KEADILAN 2018


Pemilihan KEADILAN akan bermula pada 22 September hingga 28 Oktober, mengharungi satu bulan setengah di kesemua 14 negeri dan wilayah persekutuan.

Pasukan #Reformasi20Tahun dengan ini membuka peluang kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas, terutama yang pernah menjadi Ejen Tempat Undi & Kira Undi (PACA) pada PRU 14, untuk tampil menjadi Ejen PACA bagi Pemilihan KEADILAN 2018.

Martabatkan idealisme #Reformasi20Tahun, dengan menjadi sebahagian dari pasukan kami. Daftar sebagai PACA di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfbjgAoPcPE8ooSn5A12W1dq75ZQDDGXp8WEHSKc-mvxeRB1g/viewform Latihan dan baju akan diberikan.

#ReformasiMuda

REFORMASI MUDA MEMBERI SOKONGAN PENUH DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM BERTANDING DI PARLIMEN PORT DICKSON


Saya bersama rakan-rakan Reformasi Muda daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Port Dickson.

Setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim mendapat mandat sebagai Presiden KEADILAN, langkah agar Dato’ Seri Anwar kembali ke Parlimen secara tersusun akan memastikan peralihan kepimpinan negara dapat berlaku dengan lancar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mantan Ahli Parlimen Port Dickson, Dato Danyal Balagopal Abdullah atas kesediaan meletakkan kepentingan reformasi dan negara melebihi segala-galanya.

Walaupun rakan saya, saudara Afif Bahardin secara terbuka tidak bersetuju untuk Dato’ Seri Anwar kembali ke Parlimen ketika ini, saya melihat kepentingan agar Dato’ Seri dapat terlibat sebagai seorang Ahli Parlimen penyokong kerajaan (Backbencher) terutamanya dari segi penggubalan dasar dan _check and balance_ sebelum beliau menjadi Perdana Menteri.

Saya mohon semua AMK memberi sokongan penuh kepada Dato’ Seri Anwar dan memberi komitmen untuk turun berkempen di pilihanraya kecil Port Dickson.

AKMAL NASIR
Ahli Parlimen Johor Bahru
Calon #1 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia

Gabungan PAS-UMNO, Tidak Bermakna 1 Campur 1, Akan Menjadi 2




Suasana di Muktamar PAS hari ini, Alhamdulillah.. Terbukti selama ini kami yanglg dituduh memfitnah kerjasama PAS dan UMNO dibuktikan sendiri oleh permain-permain politik ini.

Untuk sahabat yang selama 3 tahun ini mencerca dan melemparkan kata-kata, kesat menuduh kami memfitnah kerjasama PAS dan UMNO ini.. Jangan bimbang, sudah lama kami maafkan kalian..

Bila Pas dan Umno bersama, ia tidak bermakna 1 campur 1, akan menjadi 2. Tapi kita kena lihat secara keseluruhannya dan melihat ahli mereka sebenarnya boleh terima atau tidak.

Bagi sahabat-sahabat PAS terutamanya yang terkilan dengan keputusan kepimpinan PAS dan berhasrat untuk berhijrah, pintu kami di dalam komponen Pakatan Harapan terbuka luas untuk anda.


Mantik ayat dlm gambar tu,

"Anjing (Pas) dgn Anjing (umno) bergaduh berebut tulang (1mdb) tiba tiba datang seekor serigala (pakatan harapan)

Yang Aku pahamlah..

Thursday, 31 May 2018

Ini Jawapannya. Kenapa Kerajaan Bayar RM40 Juta Untuk Dapatkan Hak Penyiaran Piala Dunia?


Bayar RM40 juta untuk dapatkan hak penyiaran world cup pada RTM bukannya something yang tak menguntungkan jika faham konsep pengiklanan. Tau tak berapa rate utk 30saat iklan tv waktu football season camni? Itu baru satu iklan, bayangkan kalo ade 4-5 iklan setiap kali break? Itu baru satu match. Boleh refer rate yg ditunjukkan di sini. Ini rate standard bukan waktu puncak seperti world cup yg dah tentu2 jauh lg mahal harganya.
.
Astro also did the same thing, tapi dia dapat balik lebih banyak dari itu melalui langganan channel sport dan juga slot iklan masa tayangan world cup. Astro untung besar setiap kali football season. So daripada Astro untung besar, lebih baik RTM yg untung kan? Sebab keuntungan itu akan dapat kat kerajaan juga. Faham?
.
Dan untuk pengetahuan, rate TV1 jauh lebih rendah dari Astro dan ini sudah tentu akan menarik ramai pengiklan untuk meletak iklan di RTM berbanding Astro.
.
30 saat rate RTM RM10,900. 60 saat RM20,700.
.
Sepanjang hari ada 2 atau 3 game. Sepanjang 1jam sebelum perlawanan ada berapa iklan. 30minit halftime berapa iklan muat. 1jam selepas game lagi. Iklan waktu ulangan siaran lagi. So kiralah sendiri, RM40 juta labur berapa ratus juta dapat balik pulangan melalui iklan?
.
So just enjoy your FREE WORLD CUP channel! Tak da orang nak melabur RM40juta jika tak menguntungkan balik 😉

Kredit:DjMimie KLfm.

posted from Bloggeroid

Sunday, 27 May 2018

Siapa Eddy Casmady? Apa Keperluan Kepada Anwar Ibrahim & Pemimpin PH?



Sebanarnya aku tak ambil kisah sangat pasal Eddy Casmady (Budak Botak) sebelum nie. Dia nak buat video hentam Pemimpin, Parti dan Pakatan Harapan (PH) atau dia punya masalah rumah tangga pada 2014.

Cuma aku terpanggil bila, ramai rakan-rakan seperjuangan aku rasa terkilan, kecewa dengan tidakan Pemimpin atas, Anwar Ibrahim, Menteri Besar Perak dan beberapa orang disebalik tabir yang mesra dengan budak botak ini.

Difahamkan, budak botak telah salah seorang team Sabri Ismail yang sangat lantang membuat kenyataan menghentam Pemimpin dan Manifesto PH. Budak botak juga berada dibawah jagaan Armand dan KJ serta bersama blogger upahan UMNO/BN.

Disini sekali lagi saya ingin bertanya kepada Pimpinan PH. Apa kapasiti dan keperluan budak botak ini bersama dengan Pakatan Harapan?

Gambar sebagai rujukan






Untuk cerita awal boleh pergi ke posting saya yang sebelum ini.

Rujukan: http://pakat-pakatkalih.blogspot.my/2018/05/apa-hubungan-anwar-ibrahim-dengan-naib.html?m=1


posted from Bloggeroid

Apa Hubungan Anwar Ibrahim Dengan Naib Pengerusi Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia, Eddy Casmady?


Eddy Casmady, Naib Pengerusi Briged Kesatria Muda Pemuda Umno Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi terhadap Saudara Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak) Ketua Amanah Sik tidak layak berdebat dengan Dira Abu Zahar pada Bulan December 2017.

Tetapi selepas Pakatan Harapan (PH) menang PRU14 kita dapat sekeping gambar yang mana terdapat gambar Eddy Casmady bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Pimpinan Keadilan kena jawab isu gambar ni. Kena tanya apa hubungan dengan Eddy Casmady ni?

Pak sheikh hati-hati memilih khadam... jangan sampai kisah silam berulang kembali..



Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1699484973474487&id=100002390029990

Update:

Mula-mula kita ingatkan dengan Anwar Ibrahim saja dia duduk menepek, rupanya dengan Peja Azumu dia sondoi. Apa yang pemimpin Pakatan Harapan duduk cerita nie?



Rujukan: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204497210226041&id=1706121479



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.