Seramai 1.4 juta pekerja Bangladesh yang dijangka dibawa masuk secara berperingkat ke negara ini menjelang awal tahun depan, bakal mempunyai kad pengenalan khas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad pengenalan khas itu akan dilengkapi teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), biometrik, fungsi kad debit dan kad simpan nilai (seperti Touch & Go).
Contoh IC Warganegara Malaysia mungkin akan sama macam IC Khas Bangla
"Warnanya pula akan ditentukan mengikut sektor pekerjaan bagi mengelakkan mereka bertukar-tukar kerja," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerja Luar Negara Bangladesh Khandker Mosharraf Hossain di sini hari ini.
Beliau berkata jika didapati pekerja tersebut menukar sektor, mereka boleh didenda sehingga RM12,000, pekerja yang dibawa masuk itu juga telah menjalani proses tapisan bagi memastikan mereka tidak pernah terlibat dengan jenayah.
Dalam pertemuan itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan mengenai perumahan sementara kepada pekerja berkenaan turut dibincangkan.
"Penyediaan tempat tinggal itu bertujuan menjaga kebajikan pekerja selain memastikan tidak berlaku masalah asimilasi sosial dengan penduduk tempatan," katanya.
Beliau berkata kemasukan pekerja Bangladesh tersebut telah dipersetujui semasa Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjadi Menteri Dalam Negeri untuk menyelesaikan masalah kekurangan pekerja dalam sektor perladangan dan perkhidmatan.
"Mereka akan dibawa masuk melalui pendekatan kerajaan dengan kerajaan untuk mengelakkan peranan orang tengah dan eksploitasi pekerja asing.
"Kita turut mengadakan perbincangan dengan negara lain supaya pendekatan sama boleh diperluaskan ke negara lain seperti Indonesia dan Myanmar pada awal tahun depan," katanya.
Sementara itu, Khandker berkata pendekatan kerajaan dengan kerajaan itu dilihat dapat mengurangkan kos daripada AS$4,000 (RM13,284) kepada AS$400 (RM1,328) untuk setiap pekerja Bangladesh yang ingin bekerja di Malaysia.
"Sebelum ini mereka perlu bekerja selama empat hingga lima tahun untuk bayar balik kos tersebut kerana dieksploitasi orang tengah, tetapi kini mereka hanya perlu dua bulan untuk bayar balik," katanya. - Bernama
Contoh IC Warganegara
***KOMEN RAKYAT MALAYSIA***
Baguslah .....lepas ni BN boleh ada sebuah lagi parti komponen yang dinamakan PERABA --- Persatuan Rakyat Bangla
Nak tanya la..duit nak buat ic khas tuh duit mana? Depa kena bayar sendiri ka? Kot2 la bayar pakai duit rakyat.. Dulu gren card guna tuk foreigner student free ja.. Pastu da tak pakai sampai la ni.. Tak ka membazir namanya.. cukup-cukup la nak membazir.. kalau duit rasa banyak sangat tak tau nak buat apa, apa salahnya p tolong warga malaysia yang daif dengan kemiskinan.. kan bangus kan??
Dulu cukup sekadar pasport dengan permit kerja.. Kena perbaharui bagi tempoh tertentu.. Nak perbaharui kena balik negara asal dulu.. Sekarang dah maju.. Kita bagi ic.. Kompom depa tak balik cop pasport dan permit...
Dulu nak masuk Malaysia kena bayar RM12K++ tapi sekarabg nie RM1K++ ja. Nampak gaya nya lagi ramai la warga banglasia masuk.
Bangla saja sudah 1.4 juta orang.. Indon, Filipina, Myanmar, China, Nepal, Vietnam, Thailand, India dan lain-lain, macam mana orang tempatan nak cari makan...?
Mula dengan Bangla.. Kemudian Indon dan Myanmar...4 tahun lagi bisa mengundi pak!
Sepatutnya yang dok ada kita halau balik, ni nak bawa masuk lagi.. Inilah Kerajaan yang sedang meMAMPUIHkan rakyatnya..
Hebat, hutang rakyat Malaysia dah capai 85%, 1.4 juta Bangla makin rancaklah pembangunan dah harga barang makin naik sampai rakyat sendiri muflis.. Makin banyaklah pengaliran dana dari Malaysia untuk majukan Bangladesh.
Dengan kemasukan warga-warga asing di dalam Malaysia maka bertambah banyaklah Rakyat Malaysia yang akan menganggur lagi selepas ini.. Orang bawah boleh fikir tak kan orang atas tak boleh fikir? Macam nie ka cara pemikiran pemimpin negara Malaysia?
Lagi 2 tahun filem Tanda Putera versi Bangla pulak di tayang seluruh panggung wayang arahan Shuhaimi Baba..
Sikit hari lagi ramai anak-anak banglasia memenuhi sekolah-sekolah kerajaan.. Orang melayu akhirnya dihambat dalam hutan akibat malas berusaha serta senantiasa mengharap subsidi kerajaan.. Tanah-tanah dekat bandar mereka jual habis sebab orang asing bayar tinggi sepertimana di johor.. mereka cari tanah murah dalam hutan..
Kenapa di namakan IC ... kenapa tidak dinamakan PASS atau PERMIT ?
***Hakikatnya, warga asing TAK PERLU di beri IC... Pasport dan Permit mereka sudah mencukupi... dan had kan masa mereka berada di Malaysia... jika sampai masa mereka tidak meninggalkan malaysia, cari mereka... pasti pihak imigrasen punya rekod warga asing yg keluar masuk... jika benar kerajaan bersungguh memantau kemasukan warga asing, kena bertindak dgn tegas... melainkan ada udang di sebalik batu... terus memberi alasan demi alasan...
Ayat Macai Kaki Backup..
Bila orang Malaysia nak taubat taknak memilih kerjaya… Malas..
Aku ada jawapan..
- Kita tidak boleh menuduh rakyat Malaysia terutamanya golongan buruh pemalas semata, tetapi hakikatnya gaji kerja buruh terlalu rendah. Tidak berbaloi dengan usaha yang ditaburkan.
- Bukan gaji tinggi adalah penanda aras kejayaan. Walaupun, mereka mendapat gaji rendah tetapi kos sara hidup pun terkawal itupun sudah cukup baik sebenarnya buat mereka
- Ini bumi Malaysia, ini negara mereka. Mereka mahu keringat mereka lebih dihargai berbanding pekerja asing.
- Cuba kalau kita hantar mereka ke USA, negara-negara blok Eropah untuk kerja buruh, petik buah-buahan di New Zealand, pencuci tandas di Britain, agak-agak apabila mereka pulang semula ke Malaysia berbaloi atau tidak?
- Nah…itulah realitinya berlaku di kepada pekerja-pekerja asing Banglasia, Indonesia, dan lain-lain yang berpusu-pusu bekerja di Malaysia
- Sebab mereka tahu, apabila mereka pulang, mereka akan jadi lebih “loaded”
Aku pasti jikalau daripada sekarang tidak dimulakan sepenuhnya usaha untuk menggunakan sumber kemahiran orang tempatan, rakyat Malaysia, aku yakin dan percaya berita sebegini akan terus berkumandang untuk tempoh beberapa tahun daripada sekarang.
Kenapa kad untuk bangla ni..sama warn bentuk ,warna dan susun aturnya dengan kad pengenalan warganegara.
ReplyDeleteTak boleh buat corak yang lain ke????????
betoi jugak..kenapa di panggil IC, bukan PASS atau Permit?? ni mesti ada agenda untuk menang PRU14 ni..
ReplyDelete