VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 21 August 2013

Harga Buah-Buahan Tempatan Meningkat Sehingga Lebih 100 Peratus

Harga buah-buahan tempatan meningkat sehingga lebih 100 peratus sejak beberapa tahun lalu akibat kekurangan petani dan harga baja yang tinggi.


JIKA semasa Ramadan lalu kecoh harga ayam melambung sehingga melepasi harga siling, kini banyak pihak mula merungut mengenai harga buah-buahan tempatan pula yang dikatakan semakin mahal sehingga pengguna terpaksa memilih buah-buahan import.

Baru-baru ini, Persatuan Pengeksport Buah-Buahan Malaysia dilaporkan berkata harga buah-buahan tempatan semakin naik akibat jumlah petani berkurangan dan harga baja, racun perosak serta gaji tenaga buruh yang meningkat.

Mengikut laporan, harga betik kini antara RM3.80 dan RM4 sekilogram (kg) berbanding RM1.20 dan RM1.50 (kg) beberapa tahun sebelum ini.


Selain itu, tembikai pula dijual pada harga RM3 (kg) berbanding RM2 sebelum ini manakala pisang berharga antara RM4.60 dan RM4.80 (kg).

Perubahan harga itu menunjukkan kenaikan lebih 100 peratus bagi sesetengah buah-buahan.

Namun, Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Wilayah Persekutuan, Mansor Omar berkata, kenaikan harga buah-buahan tempatan hanya berlaku kepada buah-buahan tidak bermusim seperti betik dan nanas.

"Kenaikan itu hanya bersifat sementara berikutan cuaca yang panas mengakibatkan pengeluaran buah yang sedikit.

"Selain itu, faktor kenaikan harga baja, racun perosak dan gaji buruh turut mempengaruhi kenaikan itu. Bagaimanapun kenaikan itu adalah kenaikan biasa," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dijangka harga buah-buahan akan stabil sekitar Oktober dan November berikutan musim hujan, sekali gus membantu menambah pengeluaran buah yang lebih banyak.

Katanya, sebelum ini, kenaikan harga pisang sudah lama berlaku berikutan pengeluaran pisang yang kurang dan bekalan yang tidak mencukupi menyebabkan penjual di Semenanjung terpaksa membawa pisang dari Sabah.

"Kenaikan harga sememangnya berkait rapat dengan sumber bekalan buah-buahan itu sendiri selain faktor cuaca dan penyakit," katanya.

Apa Kata Rakyat

Mai aku pula nak kata..
***Komen Orang Ladang***
Kerajaan disaran untuk memperuntuk tanah yang lebih besar dan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada petani untuk mengatasi masalah kenaikan harga buah-buahan tempatan sejak kebelakangan ini.

Masalah utama yang sering dialami oleh petani adalah kekurangan tanah dan penyakit.

Ramai petani berasa tidak berbaloi mengusahakan pertanian di tanah yang kecil sedangkan kos penjagaan semakin mahal.

Oleh itu kerajaan patut bantu petani dengan beri tanah terbiar untuk diusahakan. Turunkan harga baja dan racun perosak yang mempengaruhi kenaikan harga buah-buhan.

Kerajaan juga perlu menggiatkan semula usaha untuk membantu petani menerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dalam mengatasi masalah penyakit dan cara berkesan untuk menjana pengeluaran buah yang lebih banyak.

Masalah ini perlu di atasi dengan segera kerana jika tidak akan memberi kesan jangka panjang.

Jika harga buah tempatan semakin mahal, pengguna secara tidak langsung akan memilih buah import dan juga akan beri kesan kepada cara pemakanan sihat masyarakat kerana kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sebab harga tinggi.

Perubahan iklim global dunia yang tidak menentu juga diakui menjadi punca kepada pengeluaran buah-buahan yang kurang, sekali gus memberi kesan kepada sektor pertanian secara menyeluruh.

Malaysia perlu menghentikan aktiviti mengeksport buah-buahan tempatan ke luar negara buat masa ini untuk memberi tumpuan kepada bekalan yang mencukupi untuk rakyat terlebih dahulu.

Bukan itu sahaja, pekebun juga perlu diberikan galakan untuk usahakan tanah bagi tujuan pertanian dan pihak terlibat perlu prihatin untuk tidak menghapuskan tanah lapang yang sedia ada untuk aktiviti pembangunan semata-mata. Kalau guna tanah sawah untuk buat lebuh raya contohnya, harus diganti tanah sawah di tempat yang lain. Bukan sekadar membiarkan begitu saja.

Fama juga perlu bertindak untuk menghapuskan orang tengah antara petani dan penjual yang juga turut mempengaruhi kenaikan harga buah.

Kalau buah sawit naik harga 100% bagus jugak..

Ok Sekarang Jom Pikiaq Sat Na..

Harga Minyak Masak RM2.50 -SEKARANG
Harga Sawit 1Tan RM350-RM450

Harga Minyak Masak RM2.50 -Tahun 2010/11
Harga Sawit 1Tan RM700-RM800

Kenapa jadi macam nie? macam mana nasib kami Penanam Sawit/Petani di MALAYSIA? Siapa nak bela?

Adakah kami perlu bersyukur saja?

Aku nak tunggu komen menteri.. 
Harga buah naik tanam sendiri belakang rumah.. Ingat tanam hari nie esok lusa dah boleh harvest ka?


Proud to be Planters 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.