Ahli dan kepimpinan parti diingatkan agar memanfaatkan saluran dalaman parti yang tersedia untuk menyampaikan sesuatu bantahan.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail berkata, sebagai sebuah parti reformasi yang dinamik, parti telah membuka ruang seluas-luasnya kepada semua.
"Saya berpendapat sesebuah pertubuhan termasuklah KEADILAN, proses membuat keputusannya sangat jelas," katanya.
Beliau berkata, platform yang tersedia adalah kongres tahunan parti, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Biro Politik dan Pekeliling Setiausaha Agung yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
"Jadi, semua platform itu adalah platform yang tersedia untuk parti sama ada ahli biasa atau pun pimpinan Pusat, negeri atau cabang boleh manfaatkan untuk menyampaikan keluhan, rungutan dan sebagainya," katanya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali hari ini mempertahankan bantahan terbukanya berhubung pelantikan parti yang dibuat Presiden parti, Anwar Ibrahim dengan menyifatkan bahawa ada isu tertentu yang memerlukan kenyataan terbuka.
No comments:
Post a Comment