Ke hadapan Adik Megat Muhamad Faris https://www.facebook.com/megat.aishoneil yang comel dan tembam,
Saya telah nyatakan secara terbuka hasrat saya untuk tidak memegang apa-apa jawatan awam sejak tahun 2016 lagi.
Saya telah menghabiskan usia 30an saya hampir sedekad berkempen untuk menjatuhkan pentadbiran Barisan Nasional. Keluar masuk lokap, turun naik mahkamah dan ceramah yang tidak berkesudahan selama hampir 10 tahun membongkarkan segala salah laku penguasa pada ketika itu.
Memang hasrat saya untuk menghabiskan masa dua tahun ini untuk keluarga, serta berlaku adil kepada 80 kakitangan saya yang meletakkan jawatan dari kerjaya mereka untuk membantu Pakatan Harapan mengalahkan Barisan Nasional.
Oleh itu, Adik jangan bimbang saya memang tidak berminat untuk bertanding di Rantau atau mana-mana kerusi. Kalau saya diberi hadiah RM50 juta pun, saya tidak berminat.
Saya telah nyatakan bahawa calon yang terbaik, pada pandangan saya, ialah Dr Streram yang bertungkus lumus berkempen sebelum pun PRU14. Beliau juga yang dinafikan hak untuk bertanding di situ. Malah, beliau juga yang berikhtiar mencabar kes ini di mahkamah sehingga satu PRK diarahkan.
Saya tidak tahu asal usul Adik atau parti mana datangnya Adik ini.
Saya hanya tertarik dengan tengkolok yang Adik pakai, sangat sesuai pada diri Adik yang comel dan tembam ini.
Saya nasihatkan Adik tidak perlulah bimbang banyak sangat mengenai siapa yang akan bertanding di Rantau. Kerusi itu telah ditandingi oleh KEADILAN sejak dari dahulu lagi dan In Sha Allah, pimpinan KEADILAN akan membuat keputusan yang terbaik mengenai calon Rantau.
Dari Abang yang meminati Adik
Rafizi Ramli.
No comments:
Post a Comment