SEMOGA ANWAR BEBAS.
Di zaman kanak kanak aku adalah pengkagum Anwar, bukan sebab dia pemimpin tapi sebab dia adalah bekas pelajar sekolah yang sama dengan aku.
Di zaman remaja aku adalah pemuja Anwar, bukan sebab dia bekas pelajar sekolah aku tapi sebab dia adalah pemimpin hebat malah ahli parlimen tempat aku.
Di zaman pasca remaja aku adalah pembenci Anwar, bukan sebab dia pemimpin hebat tapi aku rasa Anwar adalah aset paling bernilai kepada umno untuk terus berkuasa. Kalau Anwar datang berkhutbah jumaat di masjid aku, aku akan keluar dari masjid tanpa solat jumaat, kalau muncul gambar Anwar di TV dan suratkhabar aku akan ludah.
Di Zaman Reformasi aku adalah persimpati kepada Anwar bukan sebab dia aset yang tidak di hargai oleh umno tapi sebab fitnah dan kezaliman Dr mahathir kepadanya.
Di zaman Anwar keluar dari penjara, itulah pertama kali aku salam dengannya dan aku katakan padanya "Dato Sri jangan masuk umno". Tapi aku bukan lagi pengkagum, aku bukan lagi pemuja, aku bukan lagi pembenci dan aku bukan lagi persimpati kepada Anwar. Aku mengharapkan Anwar mampu membawa perubahan dan penyatuan terhadap rakyat dan negara.
Di zaman Anwar kembali ke arena persada politik aku adalah pengundi Anwar di Permatang Pauh namun aku dah tak peduli siapa Anwar, kamu betul aku sokong kamu salah aku langgar.
Namun hari ini, walau siapapun Anwar, dengan sedikit amalan yang aku ada dengan sedikit kebaikan yang aku ada, aku mohon semoga Allah bebaskan Anwar Ibrahim.
Ya Allah , selamatkan DS Anwar Ibrahim dari fitnah puak puak Yahudi yg merosakkan ugamaMU. Amin Ya Rabballalamin.
ReplyDeleteAku pun dulu sokong anwar...
ReplyDeleteTp bukan lg hari ni selepas yakin anwar mmg peliwat tegar...