VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 1 April 2014

MH370: Tiga Kelemahan Kerajaan Malaysia


Terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS)MH370.

Pertama,dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.

Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar,yang mendedahkan ketidak cekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas.

Percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.

Aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara.

Saifuddin Nasution Ismail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.