VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 7 February 2014

Desak Putrajaya Tangani Isu Pencemaran Sungai dan Laut Pulau Pinang






Kementerian Teknologi, Tenaga Hijau dan Air didesak segera memulihkan kebersihan air Sungai Batu Feringghi walaupun Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) sebagai syarikat berkaitan kerajaan persekutuan tetap nafi sebagai punca pencemaran sungai tersebut.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, langkah memulihara sungai itu menurut Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Pusat.

“Yang perlu ditekankan, segera hentikan pencemaran sungai ini dulu. Kedua, kita anggap IWK puncanya, tetapi, mereka telah nafi serta tidak mahu menanggung kos (pemuliharaan sungai itu).

“Bolehkah dilihat kadar kemusnahan air semulajadi sungai ini. Bolehkah seseorang sahaja yang melakukannya. Ini adalah tindakan sebuah industri, bukan kerja perseorangan.

“Malangnya sebuah Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa yang lebih, melainkan (perlu) kuasa Kerajaan Persekutuan untuk (memulihara) sungai ini,” ujar Guan Eng kepada media, selepas mengadakan interaksi dua hala dengan IWK di sini, petang tadi.

IWK diwakili oleh Ketua Pengarah Eksekutifnya sendiri, Datuk Ir. Abdul Kadir Mohd. Din.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), barisan Exco Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menyertai interaksi dua hala itu.

Hadir sama, wakil Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sebelum itu, Abdul Kadir berkata, IWK ada melepaskan air kumbahan, tetapi, tidaklah sampai mencemar air sungai di negeri ini.

Justeru, menurut Abdul Kadir, IWK tidak wajar menanggung kos pemuliharaan sungai tersebut sebagaimana dicadangkan oleh Guan Eng memandangkan kerja-kerja tersebut bukan urusan syarikat berkaitan Kerajaan Persekutuan itu.

Tuntas itu, Guan Eng berkata, pihaknya akan menulis surat serta meminta Putrajaya segera menangani isu pencemaran sungai tersebut demi masa depan Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.