VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 11 January 2014

Harga Telur Ayam Naik dan Cadangan Jawapan Kepada Menteri


Telur dah naik harga.

Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

“Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.

“Harga telur kita jual ikut pasaran semasa. Lagi sekarang barang semua sudah naik, kita pun terpaksalah naikkan harga jualan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, telur memang sentiasa ada permintaan dan tidak pernah mencukupi walaupun harganya dinaikkan.

Orang tetap akan beli terutama peniaga kedai makan, kata peniaga telur, Lim Kang Tee.

Katanya, telur gred yang paling kecil turut dijual pada harga melebih RM10 kerana untung mengimbangi harga pasaran.

“Ini bukan soal untung banyak atau sedikit tetapi kita sebagai peniaga tahu orang tetap mahu makan telur setiap hari. Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai,” ujarnya.--MalaysiaGazette

*********************************************************************************
Di sini dikumpulkan cadangan2 oleh malaysian facebookers yg boleh digunakan oleh menteri apabila ditanya wartawan.

1. "Kalau telur mahal, tanam sendiri!"

2. "kalau telur mahal, makan telur sendiri"

3. "kalau telur ayam mahal, bertelur sendiri"

4. "Kalau nak telur murah, saya bagi telur saya"

5. "Kalau telur mahal, rakyat digalakkan untuk bertelur sendiri"

6. "Apa yang susah sangat, waktu makan nasi tu, pegang telur sendiri, jadi dapatlah rasa telur"

7. "Kita akan tubuhkan makmal 1 telur, bagi mengkaji kenaikan harga telur"

8. "Kita akan cari jalan terbaik untuk menelurkan telur untuk rakyat demi menyeimbangkan kembali harga telur di pasaran"

9. "Kalau telur ayam mahal, jgn makan telur, makan sayur"

10. "Kalau telur ayam mahal, jgn salahkan menteri! Saya bukan bela ayam. Itupun korang ejek aku menteri ayam. Yg bela ayam tu pengusaha telur ayam."

11. "Kami akan melancarkan BT1M : Bantuan Telur 1 Malaysia, supaya semua rakyat berpendapatan rendah dapat menikmati harga telur yang lebih murah"

12. "Rakyat diminta membela ayam supaya dapat menghasilkan telur. Rakyat yg tak ada telor akan terus di telurkan pada PRU akan datang."

13. "Kerajaan akan mewujudkan PTPTN (Perbadanan Tabung Pinjaman Telur Nasional) bagi membantu permasalahan harga telur di pasaran. Walau bagaimanapun, demi kelangsungan ekonomi telur negara, kerajaan hanya akan membantu dalam bentuk pinjaman yang wajib dibayar dalam bentuk Bunga Telur. Sesiapa yg tidak menjelaskan bayaran Bunga Telur akan disenarai hitamkan, dan tidak boleh ke luar negara"

14. "Jangan makan roti telur. Makan roti Ajib (tak ada telur)"

15. "Bersabarlah. Ini semua ketetapan peneluran" - Fatelur Bahri. 

16. "Saya dah print out semua jawapan untuk persoalan ini. Wartawan boleh pilih mana2 di atas" 

17. Harga telur ayam di Malaysia masih rendah jika di bandingkan dengan harga telur di negara Uganda.

18. Kalau tak suka harga telur mahal, sila keluar dari Malaysia. Sebagai contoh boleh pindah ke kutub utara makan telur penguin. 

19. Rakyat jgn salah anggap. Harga telur bukan dinaikkan, cuma subsidi telur dikurangkan. Lagipun, rakyat pasti lebih sihat jika mengurangkan pengambilan telur. Kurangkan telur dalam masakan kerana telur banyak kolestrol. 

20. Halal darahnya bagi menentang kenaikan harga telur - Bughah king 

Saya Benci Harga Barang Naik!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.