VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 5 November 2013

Tahniah... Ustaz Azam Menang Lawan Kerajaan Pusat Jadi Wakil Rakyat Sungai Limau


Tulisan Muhammad Sanusi Md Nor

TAHNIAH kepada Sahabat kita Ustaz Mohd Azam Abd Samat yang telah dipilih sebagai ADUN Sungai Limau, mengganti dan meneruskan perjuangan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak. 



Walaupun berdepan dengan beribu jentera petugas BN, beratus-ratus agensi dan jabatan kerajaan yang disalahgunakan untuk bekerja memenangkan BN, berjuta-juta wang ringgit yang ditawarkan kepada pengundi, berjuta juga yang telah ditaburkan, beribu kilo gula, minyak, topi keledar, sabun dan beras pada harga RM1, beribu ekor anak ayam dan benih pokok mempelam yang diberi percuma... Semuanya berjaya diatasi dengan tenang dan senyum.


Senyum dan tenang Ustaz Azam adalah sebuah 'jentera berat' yang tak mampu diatasi dengan semua perkakas halal dan haram yang telah dilancarkan oleh BN dari semua arah. Tenang dan senyum yang terpancar dari kekuatan dalaman Ustaz Azam dan seluruh pemimpin dan petugas PAS, tidak mampu diatasi oleh lawan berkelulusan PhD yang disokong oleh bala tentera dua buah kerajaan ( negeri dan persekutuan) dan 14 parti komponen BN. - Saya nampak seperti tumbangnya Rom dan Parsi-

Tahniah kepada seluruh petugas di jkuasa Induk dan Jawatankuasa Operasi, di Kawasan, MTD, UPU, Negeri dan kawasan bantu yang bertungkus lumus menghadapi BN, dengan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit dari poket sendiri. Doa dan jihad seluruh jentera PAS telah dibalas dengan anugerah kemenangan oleh Allah swt. Terasa hilang penat dan lelah dengan nikmat kemenangan ini.

Sesungguhnya jalan perjuangan jihad memang sentiasa perit, namun kemanisan nikmat yang hakiki hanya dapat dituai di akhirat kelak.

Selamat berkhidmat dan berjuang sahabatku YB Ustaz Mohd Azam Abd Samat. Cabaran di depan pasti lebih besar, istiqamah dan bersabarlah. 

Aku rasa 'hutang'ku kepada Almarhum Ustaz Azizan Abd Razak telah terbayar dengan kemenangan PAS melalui Ustaz Mohd Azam di awal tahun baru 1435 Hijriah ini. Terima kasih semua. Allahu Akbar!

Video: Ucapan sulung YB Ustaz Azam selepas menang PRK N20 Sg Limau

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.