VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 5 November 2013

Salam Maal Hijrah 1435H


Istiqamah memacu perubahan

Tatkala menghimbau peristiwa Hijrah, kita sewajarnya menginsafi iltizam dan tekad Rasulullah SAW yang tetap istiqamah dalam memacu dakwah dan proses perubahan ummah.

Meski pun dihadapkan dengan pelbagai rintangan dan mehnah, namun umat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah SAW tetap teguh berpegang kepada prinsip dan keimanan kepada Allah SWT.

Peristiwa Hijrah sememangnya telah membuka dimensi baru dalam sejarah ketamadunan Islam. Sentimen dan faham perkauman berteras semangat kabilah dan suku yang menebal di kalangan masyarakat Arab ketika itu telah berjaya dirobek dan dipecahkan.

Perpindahan umat Islam dari Makkah ke Madinah menyaksikan bermulanya era baru dalam perkembangan dakwah Islam. Penyatuan kaum Ansar dan Muhajjirin merupakan titik tolak kepada pembinaan sebuah masyarakat madani dan pemerintahan negara yang berteraskan prinsip al-adli wal ihsan.

Justeru penghayatan Hijrah seharusnya disemai menerusi pemahaman terhadap falsafah pembaharuan yang digagaskan oleh baginda Rasulullah SAW. Lompang besar dalam persoalan tatakelola yang mengabaikan prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan sewajarnya diatasi dan diperbaiki.

Pembaziran dan ketirisan yang menjadi budaya dalam amalan tadbir urus mutakhir ini tidak boleh dibiarkan terus berlaku. Perubahan tidak akan dicapai seandainya kita terus bersikap laih dan lesu. Firman Allah SWT di dalam Al-Qur’an:

“Sesungguhnya Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri.”(Surah Ar-Rad: ayat 11)

Bagi pihak Pakat-Pakat Kalih, saya mengucapkan Salam Ma’al Hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat dan hidayah untuk kita semua serta memberikan kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan membawa perubahan di negara Malaysia yang tercinta ini.

Editor Pakat-Pakat Kalih

1 comment:

  1. Salam Masl Hijrah buat semua umat Islam. Berhijrahlah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.