VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 5 November 2013

Harga Gula Dunia Turun, Mengapa Rakyat di Tipu?

Harga gula ketika ini sedang menurun. 


Tidak wajar sekiranya kerajaan tidak mampu menanggung subsidi gula, kerana trend dunia menunjukkan penurunan harga, kata Penyelidik Institut Rakyat (IR), Azrul Azwar Ahmad Tajudin.

“Trend harga gula menurun ketika ini. Jadi tidak wajar kerajaan tidak boleh menampung subsidi,” katanya.

Azrul berkata, kadar harga gula yang diimport dari sesebuah negara adalah berdasarkan harga pasaran sesuatu kontrak ditandatangani.

Jelasnya, kerajaan perlu mempertimbangkan keperluan semasa rakyat dan kebarangkalian kenaikan harga secara teliti.

Laman web Futures pada September 2013 melaporkan peningkatan pengeluaran gula di Brazil, India dan Thailand, dalam masa yang sama permintaan gula rendah di pasaran dunia menyebabkan harganya rendah.

Justeru, Azrul membayangkan Malaysia tidak menyediakan pakar untuk membaca pasaran selain kumpulan perunding sebelum membuat sesuatu perjanjian dengan pengeluar gula antarabangsa.

“Kita bimbang kerajaan memuktamadkan kontrak pada harga yang tinggi. Bila harga gula di pasaran dunia menurun, Malaysia tidak ada pilihan.

“Katakanlah Malaysia telah tanda tangan sesuatu kontrak bagi tempoh tiga tahun. Kita kena patuh kepada perjanjian tersebut,”jelasnya.

***
Pengurangan Subsidi Gula = Harga Gula Naik 

Dulu RM2.50, Sekarang RM2.84
Dulu Tea 'O' Ais RM1.00 - RM1.20, Sekarang RM1.50

Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion.

Kita rakyat yang kena keluar duit lebih untuk menampung hutang negara.. 
Atas pembaziran orang lain..

Pusing kot mana pon semua kena kat kita.. 

~Malaysia suatu ketika dahulu menjadi negara pengeluar gula hanya tinggal sejarah~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.