VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 29 October 2013

Susu Tamat Tempoh "Rasuah" Pengundi Dun Sungai Limau

Mahfuz (dua,kiri) bersama Khairul (kanan) menunjukkan tin susu yang sudah tamat tempoh. Gambar kecil: Bukti yang ada pada bahagian bawah tin susu tersebut tertulis tarikh tamat tempoh.


Pas dakwa Umno sumbang susu tamat tempoh
Susu krimer manis yang dipercayai disumbangkan oleh pemimpin Umno didakwa sudah tamat tempoh.

Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam.

Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh.

Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan.

“Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember,” katanya.

Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan.

Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan,” katanya.

Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut.

“Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno  Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh.

 “Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya,” katanya.

Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu.

***
Umno Perlu Tarik Balik Sumbangan Tak Ikhlas Ini.. 
Kalau bagi susu untuk rakyat pon tamat tempoh.. Ada hati nak jaga rakyat.. 

2 comments:

  1. Blog paling bodo penah ku jumpe
    Kesiannye

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bagi susu tamat tempoh nie tak bodoh ka cik?

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.