VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 12 September 2013

Wakil Umno Sokong Kerajaan Kurangkan Subsidi.. Cerdik?

Zaidel Baharuddin

Tak kisah siapa pun jadi kerajaan, kena fikir generasi akan datang. Demikian reaksi Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda Umno, Zaidel Baharuddin ketika diminta mengulas soal kenaikan harga minyak yang menjadi topik dalam Forum 20 sen. 
Zaidel menggantikan Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam yang tidak dapat hadir ke forum tersebut untuk berbicara soal kenaikan harga minyak dengan Ahli Parlimen Ampang, Rafizi Ramli. 
Ketika memulakan bicara, Zaidel memaklumkan ketidak hadiran Lokman itu ekoran sedang mengikuti kempen di Kedah selain tidak bersetuju dengan tajuk forum tersebut.
"Saya menggantikan saudara Lokman kerana beliau sedang sibuk berkempen di Kedah.
"Pada masa sama, beliau sebenarnya tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak. Tapi saya setuju, sebab itu saya datang," katanya. 
Mengulas soal isu yang menjadi topik hangat perbincangan itu, Zaidel berpendapat bahawa duit rakyat tidak boleh dibelanjakan untuk generasi sekarang sahaja. 
"Tak kisah siapa pun jadi kerajaan, tetap kena tanggung keadaan ini. Minyak makin terhad jadi subsidi semakin perlu dikurangkan. 
"Jadi, tak kisah siapa pun jadi kerajaan, kena fikir generasi akan datang. Tak boleh belanja duit rakyat untuk generasi sekarang sahaja," katanya dalam Forum 20 sen yang diadakan di Menara MPAJ, hari ini. 
Beliau mengingatkan hadirin soal kuantiti minyak yang semakin terhad juga perlu diberi perhatian. 
"Minyak terhad. Makin lama rakyat makin ramai, kereta makin banyak. Itu kita kena ingat. 
"Kalau PR menang akan datang sekalipun kena tanggung ini juga. Nak beri pendidikan percuma, hapus tol...itu belanja lagi," katanya. 
Menurutnya lagi, rakyat juga tidak boleh terlalu bergantung kepada subsidi. 
"Kita tak boleh terlalu bergantung kepada subsidi...Tak terfikir ke perbelanjaan subsidi itu termasuk dalam kos pengurusan?," katanya. 
Beliau juga melihat jika pendapatan minyak negara dihabiskan semata-mata untuk subsidi adalah satu kerugian. 
"Pendapatan minyak 30 hingga 40 peratus tapi kalau nak habiskan utk subsidi semata-semata bagi saya ia satu kerugian yang amat besar," katanya. -SH
Ikuti Ulangan Debat Penuh di [LIVE] Forum Dua Kupang: Rafizi Ramli vs Wakil Umno


***
Rakyat tidak boleh bergantung kepada subsidi. Setuju

Tetapi janganlah menindas rakyat dengan pelbagai cukai sehinggakan daripada RM1.00 berapa peratus cukai yang perlu di bayar kepada Jabatan Hasil seperti cukai pendapatan, cukai jualan, cukai jalan, Toll, cukai perkhidmatan dsbnya. 

Ini tak termasuk lagi kompaun-kompaun trafik. Kenaikkan harga minyak akibat penarikan subsidi akan memberi kesan secara langsung dan tak langsung kepada kenaikkan harga barangan. Tambah parah lagi kos sara hidup rakyat pada masa sekarang. 

Rakyat terhimpit dengan situasi pendapatan habis guna..

Kerajaan pada dasarnya tidak mewujudkan pendapatan boleh guna iaitu kadar pendapatan yang diperoleh seimbang dengan penggunaan dan kos sara hidup supaya wujud lebihan wang di pihak rakyat.

Apakah ini dinamakan kerancakan tranformasi oleh perdana menteri. Kehadiran zaidel sekadar melepaskan kahak umno. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.