VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 11 September 2013

[Heboh] Facebook Adun Umno Sebar Video Lucah


Antara bahan yang tidak sopan terpamer di akaun Facebook Adun Paroi sehingga wakil rakyat itu dikutuk orang ramai.


Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat. 
Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau. 
Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis
“Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya
Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis. 
"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya. -SH

*** 
Ni bukan ceroboh kalau cara macam nie.. Ni pesen 'pemegang' akaun Facebook tu klik link yang ada auto spread posting ke semua wall/page/group..

Mohon pemilik akaun jangan gatai tangan klik benda tah apa-apa..

Bukti paling nyata, tengok apps yang disend.. "Add Your TV/Programmes" 

Sekadar pendapat Dua Kupang (subsidi minyak) dari aku, petani dibumi bertuah.. Malaysia...

''Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.''

kah kah kah.. anak buah yb  la tu otak kuning.. 

Hangpa pernah tak jadi macam nie? 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.