VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 14 September 2013

Jalan Kaki 1 Kilo Meter Dapat RM1,356.99.. Siapa Mau?



Perjuangan apa kebendanya kalau dah dapat RM650 000. Makan sedap tidur hotel, berjalan lenggang-lenggang dapat RM650 000. Seronok kan! Dapat duit dari rakyat [mungkin] Kerajaan Terengganu dan Kementerian Belia dan Sukan yang tanggung kerana tak dinyatakan tajaan tersebut. Atau ada mana-mana syarikat swasta yang tak berapa betul yang nak terlibat. Buatlah apa-apa yang nampak ‘merapu’ pun untuk Umno tentu ada habuannya.

Katanya yang nak berjalan tersebut dia bernazar sempena BN menang PRU13 dan PRK Kuala Besut. Nak bernazar, bernazarlah, nak tunai nazar, tunailah tetapi kenapa baham duit rakyat[?]!! Bernazar sendiri, nak buat nazar minta orang tanggung. Banyak cantik!! Ke baham duit Yayasan Terengganu kerana dia kakitangan Am Rendah Yayasan Terengganu.

Kata yang nak berjalan tu juga, dia buat kerana orang kampung, kerana wakil rakyat Malaysia, malah melakukannya dengan hati ikhlas serta tabah dan perjuangannya untuk negara. Ikhlaslah dengan RM650 000.

Khairy serah cek, Mat Said ada, agak-agak duit siapa RM650 000 tu. Maka dia dan 40 atlit pejalan kaki makin bertambahlah cinta kepada Umno dan negara dengan RM650 000. Kalau RM1 juta, makin-makin dia sayang kepada negara.

Duit sapa?
Syarikat swasta mana yang nak dengan projek merapu nie...
Projeknya adalah projek Umno BN tetapi RM650 000 duit rakyat yang terpaksa dileburkan. Nazar apa kebendanya. Bukti jelas ini projek BN dengan apa apa yang tertulis di laman web walk4Malaysia sebagai prakata projek BN tersebut.
Penaja_Walk4Malaysia_2
Program Walk For Malaysia (Walk4Malaysia) adalah satu manifestasi sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihanraya Umum ke-13, Mei lalu.
Kemenangan cemerlang Barisan Nasional dalam Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu, bukan sahaja melonjakkan keperceyaan rakyat kepada Kerajaan Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar, malah ianya melangkau jauh dengan membuktikan keyakinan terhadap Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Kenapa dikatakan duit rakyat Terengganu. Lihat imej di bawah.
Penaja_Walk4Malaysia_1
Senarai penajanya Terengganu Inc.  – Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Syarikat pegangan pelaburan utama negeri Terengganu yang anak-anak syarikat juga menjadi penaja iaitu EPIC, Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn Bhd, Golden Pharos (Pengerusi – Speaker DUN Terengganu, Zubir Embong), TDM dan yang terakhir tu tak dapat dipastikan. Yang pastinya semuanya anak-anak syarikat Kerajaan Terengganu yang terpaksa keluarkan belanja untuk projek UMNO BN. Banyak cantik!!

Untuk melihat struktur Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. boleh klik DI SINI
Betullah Najib kata " ini mencerminkan semangat juang rakyat negara ini...".. Semangat juang untuk menghabiskan RM650,000 yang tak nampak memberikan faedah langsung kepada rakyat..


Yang kenyang ialah Mohd Noor dan 40 penyamun.. opps silap.. 40 orang yang akan bersamanya itu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.