VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 11 November 2015

LEMAN RAJA LAWAK PEMIMPIN KAWASAN PALING MUDA DALAM PARTI AMANAH NEGARA







LEMAN RAJA LAWAK PEMIMPIN KAWASAN PALING MUDA DALAM PARTI AMANAH NEGARA.

Sik - kawasan Sik merupakan satu daerah pedalaman dinegeri Kedah.kawasan ini majoritinya 97% adalah pengundi melayu.

Parti Amanah Negara telah meletakkan seorang pemimpin anak muda iaitu sdr Sulaiman Ibrahim @ lebih popular dengan nama panggilan Leman Raja Lawak.Beliau merupakan ketua pemimpin Parti Amanah Negara kawasan paling muda dalam ranking seluruh malaysia.

Umur beliau baru mencecah 34 tahun,tetapi telah membuktikan kebolehannya dalam arena politik tanah air.
Bekas peserta raja lawak 5 ini telah dilihat bakatnya dalam politik selepas menyertai PAS. Semasa beliau dalam parti PAS, telah diangkat menjadi IKON Parti dan merupakan aktivis PAS yg lantang menentang ketidakadilan dan sistem kerajaan BN.

Dahulunya berada dalam Lajnah Politik Dewan Pemuda Pas Malaysia.Kesungguhan beliau dalam menaikan isu2 setempat dan rakyat miskin membuatkan beliau disegani lawan kawan.Hebatnya beliau ialah mengolahkan bakatnya selari dengan kekuatan Parti.

Selepas pergolakan dalam PAS, beliau menyertai Parti AMANAH Negara dan diberi kepercayaan dan tanggungjawab penuh mengemudi kawasan Sik.

Walaupon beliau bukanlah seorang agamawan atau mempunyai kelulusan tinggi dari luar negara tetapi komitmennya terhadap rakyat begitu menyerlah dimata rakyat dan sahabat terdekat.Beliau dilihat berpotensi dalam gerak kerja mobilasi rakyat, ceramah politik dan susunan strategi idea2 baru.

Mereka yg rapat dengannya pasti tidak kering gusi kadang2 dengan seloroh gelak tawa tetapi dalam lawak itu mempunyai sifat ketegasan dan serius dalam permasalahan rakyat.

Penulis sempat menyelidiki perihal peribadi pemimpin muda ini.Beliau merupakan anak kelahiran Sik, Beliau dilahirkan di kampung Seri Bulan, Sik Kedah atau dikenali sebagai kg Baru sekarang ini. Lahir dari keluarga yg miskin. Anak ke5 dari dari 5 beradik. Dibesarkan dikawasan Padang Terap kedah. Mempunyai Sijil Seni Antarabangsa dalam seni lukis. Pernah belajar di kolej Islam Antarabangsa (IIC) jurusan perniagaan. Melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (Tidak menamatkan pelajaran). Pernah bekerja sebagai pembantu Guaman di Pulau Pinang. Beliau juga pernah bekerja di Mydin Selayang sebagai Display Artist suatu masa dulu.seorang peniaga warisan keluarga dan bijak berniaga baju diperda.Mempunyai dua org anak dan penulis tidak pasti beliau ada berapa org isteri.

Sahabat sahabat disini amat berbangga dengan kegigihan beliau dalam melaksanakan kebajikan rakyat, isu setempat. Sentiasa peka dengan permasalahan rakyat sekeliling.

Tahniah diucapkan dari kami kepada pemimpin muda ini yg berani memikul AMANAH yang besar.

posted from Bloggeroid

Sunday, 8 November 2015

Vape On: Kerajaan Cemburu bila "Orang Kita" Mula Belajar Kuasai Ekonomi


KERAJAAN AKAN UNTUNG LAGI DENGAN VAPE

Masyarakat kini hangat membincangkan isu penggunaan vape. Ada yang menganggap vape sebagai alternatif kepada rokok dan ada pula yang mengaitkan vape dengan penyalahgunaan dadah.

Apa yang menjadi persoalan adalah tiadanya satu tindakan konstruktif dan positif oleh pihak kerajaan.

Tiada satu peruntukan undang-undang mengharamkan penjualan dan penggunaan vape. Oleh itu, sebarang tindakan merampas vape adalah menyalahi perlembagaan dan undang-undang. Tiada sesiapa yang berhak meletakkan undang-undang di tangan sendiri. Namun, tiba-tiba kerajaan bercadang mahu mengenakan cukai ke atas vape yang jelas membawa maksud vape tidak menyalahi undang-undang, malahan boleh mendatangkan keuntungan kepada kerajaan sepertimana GST.

Tiada apa-apa ketetapan fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan lagi samaada vape haram atau pun tidak. Sekiranya satu ketetapan hendak diambil, Majlis Fatwa Kebangsaan perlulah mengambil kira pandangan pakar perubatan dan agensi kerajaan yang terbabit seperti pihak Polis, Kementerian Kesihatan dan Agensi Dadah Kebangsaan. Apakah kaedah maslahah atau sadduzzarai' yang perlu dipertimbangkan?

Jadi, adakah kerajaan akan bertindak sepertimana isu rokok. Rokok difatwakan haram, tetapi halal dijual semata-mata kerana keuntungan jutaan ringgit kepada kapitalis dan kerajaan melalui kutipan cukai. Bukan kesihatan yang diutamakan, tetapi keuntungan.

FAIZ FADZIL
TIMBALAN KETUA PEMUDA
AMANAH NASIONAL
8 NOVEMBER 2015

posted from Bloggeroid

Monday, 19 October 2015

Komen: FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN


Anonymous has left a new comment on your post "Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Pende...": 

FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN

Tak tahu apa masalah mereka, ada juga bunyi-bunyi sumbang mengatakan PAS dah tak ada kerja lain, asyik berhimpun sahaja. Lebih baik tumpu kerja untuk menang pilihanraya, atau bantu mangsa banjir, lebih berfaedah kata mereka.

Pertama, kami PAS adalah sebuah gerakan 'Islam'. Islam pula agama yang sarat dengan perhimpunan. Setiap hari di peringkat kelompok komuniti, disarankan berkumpul 5 kali sehari di masjid pada waktu solat. Seminggu sekali di peringkat mukim atau kampung, diwajibkan ke masjid pada solat Jumaat. Setahun sekali di peringkat antarabangsa, menjadi rukun Islam umat Islam berkumpul di Tanah Haram Mekah.

Maka jangan hairan kalau PAS sangat sinonim dengan perhimpunan, kerana roh Islam sangat kiat di dalam jemaah PAS.

Kedua, perhimpunan dari seluruh Malaysia akan memperkuatkan silaturrahim sesama ahli. Inilah masa kebanyakan ahli yang bergiat di peringkat cawangan atau kawasan berkenalan dengan saudara jemaah dari tempat lain. Dari pertemuan, jabat salam, bertanya khabar dan bermesraan akan membuahkan persaudaraan.

Persaudaraan adalah elemen ultra penting dalam sebuah organisasi apatah lagi dalam sebuah gerakan Islam. Kerana itulah baginda Nabi memulakan penubuhan negara Madinah dengan persaudaraan Aus-Khazraj Muhajirin-Ansar. 

Ketiga, perhimpunan akan membentuk sebuah kesatuan fikrah antara pucuk pimpinan hingga ke peringkat yang paling rendah. Ini berlaku dengan ucapan-ucapan pimpinan. Mereka akan menjelaskan segala macam isu dan kekusutan yang timbul dek mainan media dan musuh. Maklumat yang tepat dan first hand akan diterima semua sebagai bekal membentengi anasir buruk yang cuba menembus.

Maka hilanglah segala prasangka buruk. Keraguan bertukar keyakinan dan kebencian bertukar kasih sayang. Baginda SAW juga sering mengumpulkan para sahabat untuk berpidato sekiranya timbul sebarang isu di kalangan mereka. Ini sunnah yang tak wajar gerakan Islam pinggirkan

Keempat, perhimpunan akan membangkitkan semangat ahli untuk terus berjuang. PAS tidak menyediakan gaji. PAS tidak menjanjikan jawatan. Nak datang perhimpunan pun dengan duit belanja sendiri. Sampai di Stadium nanti ada pula tabung derma yang menanti. Tetapi dengan berhimpunnya orang-orang yang memiliki iman di hati, iman-iman itu akan bertaut lalu berbuahlah sebuah kemanisan iman. Kemanisan ini akan membuat ibadat jadi lazat, dakwah jadi indah dan jihad jadi kegemaran orang beriman.

Lebih-lebih lagi seandainya kita dapat mendengar laporan prestasi Islam tempat-tempat lain. Apabila ada yang melaporkan peningkatan Islam di Sabah Sarawak, keyakinan tambah kerusi Johor, jaminan tawan kerusi Melaka, keahlian bertambah begitu pesat, memang meremang bulu roma. Kami di tempat lain tambah semangat semakin ghairah untuk berlumba-luma meningkatkan prestasi atas dasar Fastabiqul Khairat.

Kelima, kehadiran kami khususnya di negeri Serambi Mekah untuk memberi semangat kepada orang Kelantan. Dewasa ini mula kedengaran riuh rendah media mengapikan kenyataan segelintir bekas pimpinan PAS menyerang pentadbiran Kelantan. Sebagaimana riuhnya perosak dalaman PAS hingga jatuhnya kerajaan Kedah, kini seolah mahu Kelantan pula jatuh.

60,000 kami mungkin tidak mampu mengganti seorang Tok Guru Nik Aziz, namun kami berusaha untuk menyatakan kami seluruh Malaysia sentiasa bersama kerajaan Islam Kelantan. Mereka yang cuba berniat buruk terhadap Kelantan bukan berhadapan dengan pimpinan PAS Kelantan sahaja, tapi dengan seluruh jentera PAS di Malaysia!

Keenam, kami berhimpun tidak bermakna kami tinggal segala kerja lain. Dalam masa yang sama, kami di pengkalan masing-masing meneruskan agenda politik, tarbiah dan dakwah. Contohnya di Terengganu, beberapa hari lepas saya baru sahaja selesai menguruskan retreat NGO-NGO Terengganu. Waktu yang sama Penerangan Negeri turut menganjur majlis Penerangan isu-isu semasa buat jentera PAS. Mesyuarat dan Usrah berjalan seperti biasa. Culaan dan daftar pemilih sentiasa berjalan. Ziarah dan mendekati masyarakat di lapangan sentiasa berlaku. Semalam baru sahaja wakil kita menziarahi balu bekas YB yang ditembak mati.

Itu hanya sebahagian yang saya tahu. Setiap cawangan, kawasan dan negeri ada peranannya, apatah lagi di peringkat pusat. Kalau saya nyatakan setiap gerakerja PAS, nescaya hanglah segala telefon pintar sebelum habis scroll semuanya.

Cukuplah beberapa jawapan ini dari saya untuk menjawab riuh rendah pengkritik. Siapa mahu tambah lagi, dipersilakan di ruangan komen. Siapa yang masih tidak berpuashati, sukacitanya anda dijemput untuk hadir melihat dan merasai sendiri apa yang kami selama ini 'rasa'!

(Alang Ibn Shukrimun) 

posted from Bloggeroid

Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Penderitaan Rakyat?


Kenyataan Media
19 Oktober 2015

Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Penderitaan Rakyat?

Menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran samada di dalam stadium mahupun di atas jalanraya dengan tujuan dan tuntutan tertentu adalah fenomena biasa. Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), himpunan yang dianjurkan wajar memberi kelebihan dan signifikasi yang positif kepada umum khususnya rakyat marhein.

Himpunan membantah GST, himpunan bantah kenaikan harga tol dan himpunan protes harga petrol naik adalah contoh himpunan yang bertujuan meringankan beban rakyat. Manakala himpunan membantah ISA, membantah penipuan pilihanraya pula adalah contoh himpunan yang menuntut hak demokrasi. Semua himpunan yang mempunyai tujuan ini adalah demi rakyat dan wajar dibanggakan.

Baru-baru ini kita dapat saksikan satu himpunan besar yang memenuhi sebuah stadium dengan tujuan menunjuk kekuatan. Dikhabarkan ratusan bas disewa untuk membawa penyokong hadir ke lokasi himpunan. SAMM ingin bertanya apakah tujuan himpunan dianjurkan selain daripada menunjuk kekuatan? Perlukah himpunan begini dianjur ketika rakyat dan kerajaan negeri Kelantan dilihat terjerumus pelbagai permasalahan?

SAMM agak terkejut dengan kenyataan YB Husam Musa beberapa hari sebelum himpunan berlangsung. Beliau membangkitkan banyak persoalan termasuklah soal jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencecah RM 14.6 juta hingga September 2015.  YIK ialah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab di Kelantan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan oleh YB Husam termasuk gaji guru telah dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi sepatutnya malah bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014. Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21  jenis potongan caruman yang tertunggak.

Kerajaan negeri Kelantan yang selama ini dicanang sebagai sebuah kerajaan Islam haruslah bersikap amanah dalam mentadbir sebuah negeri. Pemotongan gaji yang telah dilakukan oleh YIK tetapi tidak dibayar kepada agensi yang dicarum adalah satu perbuatan yang tidak jujur malah ia menyusahkan banyak pihak.

Dalam masa yang sama menurut Husam, pembaziran turut berlaku apabila banyak lawatan luar negara yang melibatkan exco kerajaan negeri termasuklah lawatan ke Indonesia, Russia dan Afrika Selatan. Malah dilaporkan Exco kerajaan negeri telah membuat sumbangan yang besar dalam himpunan terdahulu di Pasir Putih dengan belanja mencecah ratusan ribu ringgit. 

Hari ini SAMM pula ingin bertanya, berapakah jumlah perbelanjaan untuk perhimpunan Fastaqim? Tidakkah himpunan ini menelan belanja jutaan ringgit? 

SAMM memandang serius akan pembaziran ini kerana ia cukup kontradik dengan apa yang berlaku dan secara langsung melibatkan nasib rakyat khususnya di negeri Kelantan. Dimaklumkan juga bahawa mangsa bah kuning hampir setahun yang lalu masih tinggal dalam khemah dan rumah sementara yang sangat daif. Kini musim tengkujuh kembali, hujan lebat akan mula berterusan. Apakah nasib mereka ketika kalian semua berhimpun dan berpesta ular?

SAMM juga sedang merangka untuk membuat lawatan ke lokasi saki-baki mangsa banjir di Kelantan. Selain menyampaikan sedikit bantuan, SAMM juga ingin memantau keadaan sekeliling dan persediaan menghadapi musim banjir yang baru.

Akhir sekali, SAMM ingin nasihatkan berhimpun memerah keringat kehadiran orang ramai itu biarlah demi sesuatu yang bermanfaat. Jika sekadar ingin menunjuk kekuatan, ambil lah iktibar dari himpunan hijau yang juga hasilnya memenuhi Stadium Darul Aman di Kedah, nampak seolah-olah kuat dan ramai tetapi akhirnya kerajaan Pas Kedah tumbang dalam PRU-13. 

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Sunday, 18 October 2015

Antara Bah Kuning dan Himpunan Hijau (H60K)




Jika Mangsa Banjir di Kelantan tahun lepas, PAS ambil pendekatan dgn menghimpunkan ahli seluruh negara seramai 60,000 orang di Stadium sambil mengutip sumbangan derma ahli dan bergerak bersama-sama dengan unit amal bagi membantu Mangsa Banjir rasanya tidak ada lagi Mangsa Banjir yang terpaksa duduk di dalam kemah hingga ke hari ini..

Mengapa ketika Kelantan ditimpa Bah Kuning tahun lepas tidak diadakan perhimpunan besar2an di Stadium seluruh negara? Bukankah setiap negeri dlm negara kita mempunyai Stadium? Malah setiap daerah dalam negara kita juga mempunyai Stadium.. mengapa tidak dihimpunkan ahli PAS bagi mengutip sumbangan dan derma?

Mengapa tidak disediakan BAS sebanyak 500 buah utk mengangkut ahli PAS turun ke Kelantan bagi membantu mangsa Banjir tahun lepas?

Hakikatnya:

PAS akan turun beramai2 berjumpa rakyat hanyalah utk meraih undi.. lepas itu kerja mereka hanyalah buat kutipan sumbangan yg dinamakan sebagai Infaq Fisabilillah dalam setiap ceramah mereka untuk dimasukan ke dalam tabung parti bagi membiayaai perjalanan parti serta membayar gaji dan elaun para pimpinan parti..

Maka tinggallah mangsa banjir dalam kedhoifan dan dalam kemah2 seperti Kaum Badwi padang pasir setelah undi mereka ditagih atas nama Fisabilillah dan Hududullah..

Ijtihadnya:

Membantu mangsa banjir dan rakyat yg dhoif bukanlah Jihad Fisabilillah tetapi membantu bagi menampung organisasi parti dan membayar gaji serta elaun pimpinan PAS adalah Jihad Fisabilillah yg paling utama.

Teuku Zacharyah

posted from Bloggeroid

Friday, 9 October 2015

Forum: Apa Harapan Baru Pakatan Harapan? - Rundinglah Demi Rakyat!




Kenyataan Media
8 Oktober 2015

Forum: Apa Harapan Baru Pakatan Harapan? - Rundinglah Demi Rakyat!

Pasca PRU13 memperlihatkan regim pemerintah begitu selesa menghadapi pakatan pembangkang yang berantakkan hingga akhirnya berlaku perpecahan. Ketika itu rakyat terus menjadi mangsa diasak dan dihimpit, malah tanahair ini terus dibuat sesuka-hati apabila kedudukan yang pembangkang lemah tidak bermaya menyekat kerakusan rejim. Ia tidak berlaku pada ketika negara mempunyai gabungan pembangkang yang kuat. 

Keyakinan rakyat untuk melihat tanahair ini diselamatkan juga kian pudar dari sehari ke sehari, mereka seolah-olah akur dengan nasib dan takdir. Siapa lagi yang harus membela nasib rakyat jika bukan gabungan pembangkang yang merasakan mereka lebih baik dan lebih berhak menerajui negara ini dengan polisi 'negara rakyat' atau negara berkebajikan. Harapan rakyat terkubur dengan meletusnya perpecahan Pakatan Rakyat yang terbina di atas gelombang kebangkitan lalu.

Mutakhir ini, muncul satu gabungan baru dengan komposisi parti yang lebih meyakinkan, dan ia dinamakan Pakatan Harapan. Kemunculan gagasan baru Pakatan Harapan ini selain meletuskan gelombang baru perlawanan menentang regim, ia juga dikatakan turut mengundang konflik dalaman dan juga beberapa pertikaian.

Apakah ia satu harapan baru kepada rakyat? Apakah komposisi parti yang menyertai sudah muktamad atau masih terbuka? Apakah ada pergolakan dalaman terbaru dengan penubuhan Pakatan Harapan?

Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil inisiatif awal menganjurkan sebuah forum terbuka dengan mempelawa tokoh-tokoh yang mampu menjawab persoalan "Apa Harapan Baru Pakatan Harapan" yang juga sebagai tajuk forum. Antara tokoh yang mengesahkan kehadiran sebagai panelis termasuklah YB Khalid Samad (Amanah), YB Tian Chua (Keadilan), Wakil DAP, Saudara Arul (PSM), juga wakil golongan intelektual Dr Maszlee Malik dan che'GuBard sebagai Moderator.

SAMM mengajak semua pihak yang merasakan mereka memperjuang nasib rakyat yang kian tenat untuk kembali ke meja rundingan. Pentas forum anjuran SAMM ini juga merupakan satu anjakkan penting mencari titik persamaan dan sebuah 'pre-council' penyelesaian 'mutual'. Tanahair ini memerlukan satu gabungan pembangkang yang mantap untuk menumbangkan regim, atau sekurang-kurangnya membela rakyat dengan kekuatan yang menerbit rasa gerun pemerintah.

Berikut adalah butiran forum;

Forum : Apa Harapan Baru Pakatan Harapan
Anjuran: SAMM Kebangsaan
Tarikh & Masa: 11 Okt (Ahad) 8.45pm

Panelis: Yb Khalid Samad, Yb Tian Chua, Wakil DAP, Dr Maszlee Malik, Sdr Arul PSM
Moderator: che'GuBard

Lokasi: PAGER SAMM

No 334, Jalan Haruan 5/8,

Oakland Commercial Centre 2,

Seremban, N.Sembilan

Koordinat: 2.701912 , 101.919265
contact person: 019-6858558 (Azif)

Forum akan disiarkan secara langsung melalui SuaraTV dan SAMM menjemput pihak media lain supaya turut hadir membuat liputan. Orang ramai dijemput hadir di alamat seperti tertera.

Ayuh, kita semeja merungkai kekusutan, mencapai kata sepakat, demi rakyat.


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

posted from Bloggeroid

Sekitar Penerangan dan Pemahaman Dana Derma RM26 Parti Keadilan Rakyat







Gambar sekitar penerangan Derma RM26 untuk Parti Keadilan Rakyat.

Kenapa perlu bayar RM26?

Dari pemahaman aku
1. Parti kekurangan dana untuk kelangsungan perjalanan Parti.

2. Mungkin ada hutang dari pembelanjaan parti.

3. Cara pembayaran untuk dana parti dari jualan kupon RM26, melalui internet banking.

4. Duit dari GLC, Adun, Parlimen yang di potong dari peratusan gaji tidak cukup. Terpaksa untuk minta dari ahli.

5. Cadangan kutip derma dana ini dari pimpinan atasan.

6. Dah macam MLM pon ada aku tengok

7. Rata-rata yang mengajukan soalan kurang senang dan tak bersetuju dengan Dana Derma RM26 ini.

8. Bla.. bla.. bla.. mereka bagi penerangan

Persoalannya..

1. Kenapa dulu sebelum 2008 kita belum dapat Selangor, Pulau Pinang dan hanya hanya satu parlimen kita menang kita boleh uruskan parti tapi kenapa sekarang kita perlu cari duit dari ahli dgn RM26?

2. Duit yuran tahunan RM2 pon belum tentu ahli bayar inikan pulak RM26. Boleh semak penyata kewangan setiap cabang?

3. Dulu siapa pon tiada jawatan dalam GLC, Adun, Parlimen dan yang bekerja di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Kita boleh urus parti kenapa sekarang tidak?

4. Sekarang mereka yang berjawatan boleh pergi sana sini, main golf dan lain urusan yang atas tiket parti dan kerajaan negari. Kenapa kita masih mengharap duit RM26 dari ahli?

5. Bagi setengah orang mungkin RM26 tak sebesar mana. Bagi ahli yang kurang berkemampuan macam mana?

6. Kami bukan orang berkerja dan bergaji dari parti kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Lain la kalau bekerja dan bergaji dari parti dan kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapa tak cukup dari peratusan gaji mereka yang bekerja dan dapat alaun dari GLC?

7. Bla.. bla.. bla.. Siapa lah yang bagi cadangan macam nie?

Di bawah surat jemputan ke Penerangan dana RM26

Ketua Cabang
Setiausaha Cabang
Bendahari Cabang

Salam Reformasi,

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari Agung akan mengadakan
kempen “RM26 Untuk Perubahan” bagi tujuan mengutip dana untuk Parti.
Cadangan kempen ini telahpun diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat
dalam mesyuarat yang ke-5 pada 20 September 2015 yang lalu.

Suatu taklimat khas oleh Bendahari Agung akan diadakan di Negeri Pulau
Pinang. Jadual taklimat bagi setiap Negeri adalah seperti berikut :

Tarikh : 8hb Oktober 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Yayasan Aman, Penanti

Kehadiran Ketua, Setiausaha & Bendahari cabang adalah diwajibkan.

Sila sahkan kehadiran melalui setiausaha cabang dan dihantar kepejabat
negeri sebelum jam 12.oo tengahari hari rabu untuk laporan kepada
bendahari Agung.

Kerjasama amat dihargai.

Nota; Ketua , Setiausaha, Bedahari AMK & Wanita cabang juga diwajibkan hadir.

Nota Aku
*Mungkin ada cara lain yang lebih bagus untuk dilaksanakan untuk mencari dana parti.

**Aku minta maaf kalau cabang kurang senang dari pemahaman dan persoalan aku. Kalau ada sebarang tindakan tatatertib aku terima.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.