Gambar sekitar penerangan Derma RM26 untuk Parti Keadilan Rakyat.
Kenapa perlu bayar RM26?
Dari pemahaman aku
1. Parti kekurangan dana untuk kelangsungan perjalanan Parti.
2. Mungkin ada hutang dari pembelanjaan parti.
3. Cara pembayaran untuk dana parti dari jualan kupon RM26, melalui internet banking.
4. Duit dari GLC, Adun, Parlimen yang di potong dari peratusan gaji tidak cukup. Terpaksa untuk minta dari ahli.
5. Cadangan kutip derma dana ini dari pimpinan atasan.
6. Dah macam MLM pon ada aku tengok
7. Rata-rata yang mengajukan soalan kurang senang dan tak bersetuju dengan Dana Derma RM26 ini.
8. Bla.. bla.. bla.. mereka bagi penerangan
Persoalannya..
1. Kenapa dulu sebelum 2008 kita belum dapat Selangor, Pulau Pinang dan hanya hanya satu parlimen kita menang kita boleh uruskan parti tapi kenapa sekarang kita perlu cari duit dari ahli dgn RM26?
2. Duit yuran tahunan RM2 pon belum tentu ahli bayar inikan pulak RM26. Boleh semak penyata kewangan setiap cabang?
3. Dulu siapa pon tiada jawatan dalam GLC, Adun, Parlimen dan yang bekerja di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Kita boleh urus parti kenapa sekarang tidak?
4. Sekarang mereka yang berjawatan boleh pergi sana sini, main golf dan lain urusan yang atas tiket parti dan kerajaan negari. Kenapa kita masih mengharap duit RM26 dari ahli?
5. Bagi setengah orang mungkin RM26 tak sebesar mana. Bagi ahli yang kurang berkemampuan macam mana?
6. Kami bukan orang berkerja dan bergaji dari parti kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat. Lain la kalau bekerja dan bergaji dari parti dan kerajaan Pakatan Rakyat. Kenapa tak cukup dari peratusan gaji mereka yang bekerja dan dapat alaun dari GLC?
7. Bla.. bla.. bla.. Siapa lah yang bagi cadangan macam nie?
Di bawah surat jemputan ke Penerangan dana RM26
Ketua Cabang
Setiausaha Cabang
Bendahari Cabang
Salam Reformasi,
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari Agung akan mengadakan
kempen “RM26 Untuk Perubahan” bagi tujuan mengutip dana untuk Parti.
Cadangan kempen ini telahpun diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pusat
dalam mesyuarat yang ke-5 pada 20 September 2015 yang lalu.
Suatu taklimat khas oleh Bendahari Agung akan diadakan di Negeri Pulau
Pinang. Jadual taklimat bagi setiap Negeri adalah seperti berikut :
Tarikh : 8hb Oktober 2015 (Khamis)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Yayasan Aman, Penanti
Kehadiran Ketua, Setiausaha & Bendahari cabang adalah diwajibkan.
Sila sahkan kehadiran melalui setiausaha cabang dan dihantar kepejabat
negeri sebelum jam 12.oo tengahari hari rabu untuk laporan kepada
bendahari Agung.
Kerjasama amat dihargai.
Nota; Ketua , Setiausaha, Bedahari AMK & Wanita cabang juga diwajibkan hadir.
Nota Aku
*Mungkin ada cara lain yang lebih bagus untuk dilaksanakan untuk mencari dana parti.
**Aku minta maaf kalau cabang kurang senang dari pemahaman dan persoalan aku. Kalau ada sebarang tindakan tatatertib aku terima.
posted from Bloggeroid
No comments:
Post a Comment