VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 15 November 2018

PEKERJA HANYA MENDAPAT 28% DARIPADA PENDAPATAN NEGARA


Dasar struktur dan strategi bagi menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif telah diperkenalkan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas.

Antara beberapa dasar makro yang telah dirangka ialah:
(i) menangani ketidaksamaan pertumbuhan antara negeri;
(ii) menangani pembahagian tidak serata antara pekerja dan pemilik modal.

Bagi tahun 2017 bahagian pampasan pekerja pada KDNK hanyalah 35.2 peratus sahaja. Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan menyasarkan bahagian pampasan pekerja dapat ditingkatkan kepada 38 peratus.

Kerajaan sedar kestabilan pertumbuhan ekonomi mestilah seiring dengan pembangunan yang bersifat inklusif dan mampan supaya kesejahteraan dan kuasa beli rakyat meningkat setanding dengan peningkatan ekonomi.

Dalam buku Antara Dua Darjat yang ditulis oleh Muhammad Abdul Khalid yang kini dilantik sebagai penasihat ekonomi Perdana Menteri, terdapat angka-angka yang menunjukkan ketidakadilan pembahagiaan keuntungan antara majikan dan pekerja.

Contohnya, dalam sektor perkilangan Malaysia pada dekad lepas, produktiviti buruh bertumbuh pada purata 5% setiap tahun tetapi purata sebenar gaji perkilangan berkembang hanya pada 2.4%. Kesannya, nisbah gaji dengan nilai tambah dalam bidang pembuatan dianggarkan berkurang daripada 36% pada tahun 2000 kepada hanya 26% pada tahun 2010.

Munurut penulis, pesalah utama ialah bank dan syarikat telekomunikasi, Apabila memperhalusi kadar pendapatan negara, didapati pekerja mendapat 28%; kerajaan mendapat 5% dalam bentuk cukai, sementara pemilik korporat mendapat bahagian terbesar iaitu sebanyak 67%.

Perkara ini jelas menunjukkan ketikadilan pembahagian yang boleh membawa kepada masalah jurang kejayaan yang lebih serius. Oleh itu, kerajaan Pakatan Harapan harus komited dalam memastikan kuasa beli rakyat meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.