VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 20 October 2018

#REFORMASI20TAHUN MENANG BERGAYA DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi KEADILAN di Negeri Sembilan dan Melaka yang keluar mengundi pada hari ini. Saya juga melahirkan rasa terhutang budi saya kepada keseluruhan sukarelawan kempen saya yang membantu berkempen di Negeri Sembilan dan Melaka, dalam serba kekurangan.

Keputusan rasmi hanya akan keluar lewat malam ini kerana masalah internet yang menyebabkan banyak undi belum dihantar ke pelayan (server). Oleh itu, keputusan di cabang-cabang tertentu di Negeri Sembilan (iaitu Rembau, Teluk Kemang dan Jelebu) belum lagi keluar dan hanya boleh disahkan malam ini.

Begitu juga di Melaka, keputusan di cabang-cabang Kota Melaka, Jasin dan Tangga Batu hanya boleh diketahui lewat malam ini.

Pun begitu, keputusan rasmi di cabang-cabang lain dan di cabang-cabang ini (yang terkesan dengan masalah internet) menunjukkan #Reformasi20Tahun telah menang di Negeri Sembilan dan Melaka. Setakat keputusan awal petang tadi, menunjukkan saya mendahului di Rembau, Jelebu dan Tangga Batu, sementara di cabang-cabang Teluk Kemang, Kota Melaka dan Jasin adalah sengit.

Keputusan pada malam ini menunjukkan #Reformasi20Tahun telah menang di 6 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka), sementara saingan saya Sdr Azmin Ali hanya menang di Pulau Pinang dan Johor.

Saya menyeru seberapa ramai anggota KEADILAN (di 8 cabang di Selangor dan Perlis) keluar mengundi esok. Sertai gelombang perubahan yang isyaratnya semakin jelas – 6 negeri sekarang telah menyatakan sokongan kepada agenda reformasi dalaman yang kita bawakan.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

Melaka: RR (55%), AA (45%)
Negeri Sembilan: RR (52%), AA (48%)

Jumlah keseluruhan:

8 negeri + Selangor I: RR (50%), AA (50%), berbeza ~180 undi dari 66,000 undi
Negeri: RR menang 6 negeri, AA menang 2 negeri

Terima kasih dan terus tumpu bawa agenda reformasi dalaman.

Rafizi Ramli

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.