VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 17 October 2018

Pengorbanan Pengerusi Parti Amanah Negara Pahang Dilupakan Selepas PH Memerintah Malaysia


DR HAMZAH JAAFAR

Pengerusi Parti Amanah Negara Pahang yang dilupakan selepas kemenangan memerintah negara.

Amanah Pahang boleh dikatakan kalah disemua kerusi kecuali kerusi selamat di Parlimen Temerloh yg ditandingi Setiausaha Agung Amanah YB Hj Anuar Tahir (Timbalan Menteri Kerjaraya) yang berasal dari Perlis dan tinggal di KL.

Beliau korbankan kerusi selamat itu demi memberi laluan pada pimpinan pusat.

Sebelum PRU beliau telah difitnah oleh seorang cybertrooper pro PH sendiri mengatakan beliau terima duit UMNO utk lemahkan PH di Pahang sedangkan ramai yg tak tahu beliau terpaksa jual lot kedai yg jadi sumber pendapatanya sedangkan perniagaanya sedang naik maju tetapi demi utk menggerakkan Amanah Pahang beliau terpaksa jual kedai dan berpindah ke lokasi lain yg disewa, juga habis duit simpanannya turut digunakan utk gerakkan Amanah Pahang.

Lepas PRU sekali lagi terpaksa pindah restoran AFCnya bahkan kilang yang diusakannya bertahun2 pula terpaksa dijual kerana mengalami masalah kewangan.

Selepas beberapa pimpinan dilantik jadi Menteri awal2 dulu, adala mereka raikan sahabt2 dan penyokong terdekat makan nasi Arab di restoran AFC, tetapi lepas dari itu Dr Hamzah Jaaffar seperti tidak dipedulikan.

Pernah naik ke satu Kementerian nak jumpa menteri sampai ke akhir tak dapat jumpa mungkin menteri takut beliau datang nak minta jawatan kot 😊

Keperitan beliau dan keluarga seolah2 tidak sampai ke pengetahuan Pimpinan atasan Amanah sehingga tiada langsung desas desus apa2 jawatan utk beliau. Beliau bukan kaki buat bising dan tidak pandai buat bising utk minta jawatan sebab beliau mempunyai nilai akhlak yang tinggi, tapi politik nih kalau kita terlalu naif sgt lagi orang buat tak peduli.

Saya tulis ini sebab saya tahu keadaan Ustaz Dr Hamzah sekarang dan harap ada sesiapa blh sampaikan kpd mereka di atas terutama pimpinan yg "tumpang" bertanding di Pahang dan dilantik jadi Timbalan Menteri... minta tolong peka dgn keadaan Pengerusi Perhubungan Amanah Pahang. Kalau Pengerusi Amanah Kelantan jd Pengerusi LTKN, Pengerusi Amanah Terengganu jadi Timbalan Menteri tp Pengerusi Amanah Pahang?

Ust Dr Hamzah Jaafar yg tidak banyak cakap dan tidak suka meraih populariti, ahli perniagaan hasil dari idea beliau sendiri. Kalau siapa pernah pergi makan di restoranya AFC dulu di Greenwood dapat rasa pelbagai resipi dari hasil kreativiti beliau sendiri memang sedap.

Beliau ada talian darah keluarga dengan Almarhum TGNA dan TITM, masa dalam Pas dulu jawatan terakhir beliau sebagai TPJ dimana TITM sbg PJ Pas Pahang.

Saya tidak tahu sejauh mana Ustaz dan keluarga boleh bersabar namun saya doakan agar Allah permudahkan segalanya untuk Ustaz.

Maaf kalau apa yg saya tuliskan ini tidak menyenangkan Ustaz sbb Ustaz seorang yg tidak mahu raih simpati namun saya dan pejuang2 Amanah yang lain mahu lihat ustaz mendapat perhatian pimpinan atasan.

-Copy Facebook

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.