VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 14 October 2018

RAFIZI RAMLI: TERIMA KASIH CABANG-CABANG SELANGOR


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua anggota KEADILAN yang mengundi di 9 cabang pada hari ini (Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Kapar, Kota Raja, Subang, Kelana Jaya, Serdang dan Sepang). Lebih kurang 18,000 anggota KEADILAN dari 9 cabang ini keluar mengundi hari ini.

Saya berjaya mendapat 8,562 undi (48%) berbanding Sdr Azmin yang mendapat 9,337 undi (52%). Ini adalah keputusan yang cukup memberangsangkan kepada pasukan #Reformasi20Tahun di seluruh Malaysia kerana umum mengetahui Selangor adalah pusat kuasa Sdr Azmin dan pasukan beliau.

Semua jawatan penting di peringkat akar umbi hingga ke peringkat negeri dan Parlimen dikuasai oleh lantikan-lantikan di kalangan pimpinan parti yang rapat dengan Sdr Azmin dan Sdri Zuraida. Mereka mempunyai pengaruh besar untuk mengeluarkan pengundi di kawasan masing-masing.

Dengan segala kekuasaan yang ada di semua peringkat kerajaan itu, saya dan sahabat-sahabat #Reformasi20Tahun masih berjaya mendapat 48% undi di kubu dan pusat kuasa Sdr Azmin.

Setelah saya mendahului selepas keputusan dari 6 buah negeri, kini Sdr Azmin berada di depan dengan julat undi yang kecil.

Keputusan setakat minggu ini (muktamad untuk Pulau Pinang, Johor, Kelantan dan Terengganu) adalah:

Rafizi Ramli – 28,254 atau 49%
Azmin Ali – 29,011 atau 51%
(Sdr Azmin mendahului 757 undi sahaja)

Saya menyeru supaya sahabat-sahabat yang menggerakkan #Reformasi20Tahun menumpukan usaha kepada pemilihan minggu depan.

In Sha Allah dengan keikhlasan dan usaha, kita berjaya merapatkan jurang dengan keputusan memberangsangkan di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis dan 8 lagi cabang di Selangor minggu depan.

Rafizi Ramli

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.