DUNIA OH DUNIA...YANG BAIK DIMALUKAN DAN YANG JAHAT DIJULANG SERTA DIMERTABATKAN OLEH PENGIKUT GOLONGAN DAJJAL.
SKUAD BADAR TELAH DIMALUKAN OLEH ANGGOTA POLIS DEPAN PEMAIN-PEMAIN JUDI.
Pada 1 Jun 2017 (Khamis) jam 1200 malam, Skuad BADAR telah membuat pemeriksaan dalam Premis Perjudian Bandar Puteri Jaya untuk menjejak orang Melayu Islam yang tidak menghormati bulan Ramadhan bermain judi. Seramai 13 orang Melayu Islam telah berjaya ditahan dan diberikan tarbiyah mengikut acuan Al Quran dan Hadis Rasul saw serta tindakan selanjutnya. AKAN TETAPI, kejadian sebaliknya telah berlaku yang mana semasa tarbiyah dijalankan datang Pegawai polis dengan 3 buah kenderaan mengganggu dan mengatakan kami Skuad BADAR telah melakukan kesalahan menahan mereka-meraka (Pemain Judi) sedangkan Skuad BADAR telah terlebih dahulu melapor dan memohon keizinan dari Balai Polis Komuniti Bandar Puteri Jaya terlebih dahulu. Akhirnya pesalah pemain judi dilepaskan dan ada sesetengahnya masuk semula ke dalam premis judi untuk meneruskan kerja-kerja syaitan yg belum diselesaikan, manakala kami Skuad BADAR diambil IC dan dimalukan dihadapan pemain judi serta cina dan india tepuk tangan serta berkata "BESOK DATANG LAGI TAU"...Kami Skuad BADAR terus membuat laporan polis. PERJUANGAN SKUAD BADAR TETAP DITERUSKAN UNTUK MENCEGAH KEMUNGKARAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT.
Skuad Badar ingat mereka melakukan kebaikan kepada semua. Walhal mereka hanya mencemari roh-roh mereka sendiri dengan mengingkari perintah Allah dalam Quran.
ReplyDeleteAllah berfirman,
Adakah kamu menyuruhkan manusia melakukan kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri diri kamu sendiri, sedang kamu membaca kitab? Tidakkah kamu mengerti? (2:44)
Bukanlah tanggungjawab kamu untuk membimbing sesiapa pun. Hanya Allah sahajalah yang membimbing sesiapa yang dipilihNya. (2:272)
Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah risaukan diri kamu sendiri. Jika yang lainnya menuju kesesatan, mereka tidak akan dapat menyakiti kamu, selagi kamu mendapat bimbingan. Kepada Allah sahajalah destini yang terakhir, dan Dia akan memberitahukan segala apa yang telah kamu lakukan. (5:105)
Dengan kehendak Allah, semua manusia dimuka bumi ini beriman. Adakah kamu berkeinginan memaksa semua orang orang supaya beriman?(10:99)
Wanita wanita yang tidak baik untuk lelaki lelaki yang tidak baik, dan lelaki lelaki yang tidak baik untuk wanita wanita yang tidak baik, dan wanita wanita yang baik untuk lelaki lelaki yang baik, dan lelaki lelaki yang baik untuk wanita wanita yang baik. Mereka yang baik akan terselamat dari tuduhan yang demikian. Mereka akan mendapat pengampunan dan ganjaran yang mewah. (24:26)
Wahai kamu yang percaya, janganlah memasuki rumah rumah selain dari rumah kamu dengan tidak mendapat kebenaran dari penghuni penghuninya, dan dengan tidak memberi salam kepada mereka. Ini adalah baik untuk kamu, supaya dapat kamu merenungkan.(24:27)
Jika kamu tidak mendapat sesiapa didalamnya, janganlah masuk didalamnya sehingga kamu mendapat keizinan. Jika kamu diberitahu, "Pulanglah," kamu mesti pulang. Ini lebih suci bagi kamu. Sesungguhnya, Allah amat perihatin dengan segala apa yang kamu lakukan. (24:28)
Penyedaran telah datang kepada kamu dari Tuhan kamu. Bagi siapa yang dapat melihat, mereka melakukan demi untuk kebaikan diri diri mereka sendiri, dan bagi sesiapa yang membutakan diri diri mereka, maka mereka hanyalah menjejaskan diri diri mereka sendiri. Aku bukanlah pebimbing kamu.(6:104)
Salam.