Viral Broadcast
Kenyataan Media
2 Mei 2015
Himpunan 1 Mei: Pihak Berkuasa Sengaja Biarkan Kekecohan Atas Agenda Tertentu?
Himpunan dan Perarakan 1 Mei tahun ini mendapat sambutan yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) ucap tahniah kepada penganjur yang berjaya mengawal sepenuhnya semua aktiviti yang disusun.
Kehadiran puluhan ribu rakyat menjadi pengukur betapa momentum jalanraya telah kembali menjadi trend protes terhadap kezaliman dan penindasan pihak regim.
Namun di sebalik kejayaan rakyat semalam, difahamkan satu kekecohan telah berlaku dan nama SAMM antara yang dipetik kononnya terlibat. Di sini SAMM membuat beberapa ketegasan adalah seperti berikut;
1. Tiada kekecohan yang berlaku di sepanjang laluan perarakan yang dilalui oleh SAMM.
2. SAMM mengenal pasti tiada komrad SAMM yang diberkas setakat ini.
3. Pihak berkuasa gagal mengawal keselamatan malah difahamkan mereka sengaja membiarkan kekecohan terus berlaku.
4. Tangkapan juga dikatakan berlaku setelah kekecohan lama berakhir dan para demonstran telah bersurai, malah tangkapan dilakukan secara rambang.
5. SAMM mengesyaki pihak berkuasa mempunyai agenda tertentu. Apakah ia menjadi satu alasan untuk melibatkan NGO anak muda seperti SAMM?
SAMM juga mengecam keras penangkapan rambang pihak berkuasa termasuklah pimpinan rakyat yang diberkas dan dilokap bermula lewat malam tadi.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment