Mohammad Agus Yusoff
Yesterday at 12:38pm ·
SIAPA MENANG PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH?
Sambil makan tengah hari, dua kawan saya berhujah UMNO menang di Permatang Pauh dengan majoriti kecil.
Hujahnya kerana jentera UMNO termasuk jentera kerajaan pusat bekerja kuat di Permatang Pauh. Kedua, calon pertaruhan PKR adalah calon kitar semula. Ketiga, PKR telah membuktikan bahawa ia parti keluarga yang hanya berjuang untuk Anwar yang pasti ditolak rakyat. Keempat, PAS tidak membantu calon PKR. Kelima, PR sudah diambang perpecahan dan ini tidak memberi kelebihan kepada PKR. Keenam, pengundi Melayu tidak akan memebri undi kepada presiden parti yang menolak hudud.
Kawan saya bersemangat dengan hujahnya kerana ada sinar baru untuk perubahan bagi masyarakat di Permatang Pauh. Mereka sangat berharap dengan wakil rakyat UMNO nanti, rakyat Permatang Pauh tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung.
Saya memberi pandangan balas. Di Permatang Pauh ini, isu utamanya adalah GST. Macam mana rakyat hendak percaya calon UMNO boleh membawa perubahan, jika GST sekarang sudah cukup memeritkan mereka.
Apatah lagi jika setiap hari pengundi disuapkan dengan hujah cukai GST adalah lebih rendah dari SST. Itu kempen yang tidak masuk akal. Yang rakyat mahu ialah jika cukai GST lebih rendah, mengapa harga barang sekarang lebih mahal?
Politik ini serba mungkin. Biarpun sukar untuk menang di Permatang Pauh, tetapi UMNO tetap masih ada peluang. Cumanya cukup-cukuplah berkempen atas isu GST menurunkan harga barang. Realistiklah!
orang melayu terutama yang dibawah tak kira sangat apa pun yang penting barang makan dan pakai murah. Ini kerana GST orag tak ada kerja... orang OKU, bayi, orang sakit habis kena bayar cukai. Pak Menteri UMNO kata bila laksana GST baran semua akan murah tapi sebaliknya. JADI RAKYAT BIASA YANG ATAS PAGAR TENGOK YANG ITU.
ReplyDeletecuba kita bagi pembangkang menang dan memerintah sekali..niii dok asyik puak2 umno yg memerintah selama 58 thn....kalau tak nampak apa2 peubahan kita pangkah umno dilain pilihanraya..takkan nak bodo serta turut telunjuk umno kot..kalau hampa tak paham aku tak tau nak kata apa lagi laaah.
ReplyDeleteGST akan sda peniaga yang akan didakwa selepas ni sempena PRK Rompin dan Permatang Pauh membuktikan kerajaan mengambil berat masalah masyarakat. Bukan salah kerajaan tp slah peniaga sebenarnya yang mengambil kesempatan
ReplyDelete