VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 7 August 2014

#SaveGaza: Perdagangan Israel-Malaysia mencecah lebih USD 1 Billion : Ayuh Anak Muda Gegarkan MITI








Selama 5 tahun ini, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah dengan konsisten mendedahkan sikap talam dua muka Kerajaan Persekutuan berhubung hubungan Malaysia-Israel. Dari sisi diplomasi, Malaysia tidak menjalin sebarang hubungan dengan Israel namun, Jemaah Kabinet pada tahun 1996 telah pun memberikan kebenaran kepada syarikat multinasional untuk membuat transaksi perdagangan dengan negara rejim Zionis itu.

Kepimpinan negara terus dengan hipokrasi mereka menziarahi Palestin, bersolidariti dengan Palestin dan misi bantuan kemanusiaan sedang hakikat yang ingin disembunyikan adalah sebelah lagi tangan mereka berlumuran darah warga Palestin. Pintu-pintu pelabuhan negara antaranya Pelabuhan Tanjung Pelepas terus menjadi penghubung barang dagangan sama ada daripada atau ke Ashdod atau Haifa di Israel.

Biro Statistik Israel merekodkan transaksi berjumlah USD 19.41 juta bagi hasil minyak mentah sawit atau CPO, USD 8.67 juta bagi hasil getah dan USD 11.54 juta bagi hasil ke koko telah dihantar dari Malaysia ke Israel pada tahun 2011.

The Israel Export & International Cooperation Institute dalam laporan mereka yang bertajuk Developments and Trends In Israeli Export – Summary of First Half 2013 yang memetik data daripada Biro Statistik Israel dan analisis oleh Israel Export Institute pula telah mendedahkan lebih banyak angka-angka yang mengejutkan. Bagi tahun 2012, jumlah eksport Israel ke Malaysia telah meningkat kepada 7% berbanding tahun 2011 dengan nilai USD 765 juta berada dalam kedudukan ke 16 dalam senarai negara-negara rakan eksport Israel.

Lebih mengejutkan, bagi tempoh Januari sehingga Jun 2013, disaat Negara China, Korea Selatan, Jepun dan Thailand mencatatkan penurunan yang signifikan jumlah eksport mereka dari Israel hingga menyebabkan pertumbuhan eksport Israel ke Asia hampir lumpuh, tetapi Malaysia telah mencatatkan peningkatan drastik sehingga 124% berbanding tempoh yang sama 2012 dengan nilai USD 590 juta dan berada di kedudukan ke 11 dalam senarai rakan eksport Israel. Tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri diatas kejayaan membantu menyelamatkan pertumbuhan eksport Israel ke Asia.

Malaysia juga merupakan negara kedua terbesar selepas Amerika Syarikat yang menerima peralatan elektronik yang dieksport oleh Israel iaitu pada kadar 16.1% dengan nilai USD 1.4 billion. Hanya kurang USD 0.1 billion daripada Amerika Syarikat.

Disaat seluruh dunia, merasa bersedih diatas penderitaan rakyat Palestin terhadap kekejaman penghapusan etnik oleh rejim Zionis Israel, Malaysia dengan kebenaran Jemaah Kabinet tanpa segan silu terus menjadi mesin penyambung hayat Perbendaharaan Israel yang sedikit sebanyak akan pasti digunakan dalam perbelanjaan persenjataan dan ketenteraan rejim Zionis itu.

Kemunafikan rejim Pemerintah Barisan Nasional yang menunggang sentimen orang Islam Malaysia dengan menghalakan bantahan dan tunjuk rasa hanya kepada sayap-sayap franchais milik Amerika Syarikat di negara ini sedangkan dalam masa yang sama terus membantu ekonomi Israel dengan nilai berbilion dolar Amerika dalam senyap.

SAMM meraikan setiap aksi bantahan dan protes jalanan yang dibuat oleh semua kelompok masyarakat dan menyeru agar semua anak bangsa Malaysia untuk terus melahirkan tunjuk rasa melalui apa juga medium yang ada. Isu Kekejaman Zionis Israel ini tidak lagi terfokus kepada sentimen orang Islam semata-mata tetapi telah melangkaui garis kemanusiaan dengan agenda keganasan pembersihan etnik yang dikutuk oleh setiap manusia yang bertamadun.

Namun begitu, SAMM menyeru setiap rakyat Malaysia untuk tampil bangkit diatas keprihatinan dan sifat kemanusiaan dalam diri kita untuk bersama-sama mengegarkan  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Pejabat Perdana Menteri dengan aksi protes dan flashmob ekoran kelulusan perdagangan yang telah diberikan pada tahun 1996 dahulu dan juga sikap hipokrasi selama bertahun-tahun ini.

SAMM juga akan menerbitkan sebuah buku yang menyorot kembali semua pendedahan selama ini termasuklah pembekalan sawit ke Israel semasa bulan Ramadhan baru-baru ini. Buku yang mengandungi 6 bab ini akan merungkai secara menyeluruh sikap bermuka-muka Malaysia yang dinaungi rejim Barisan Nasional selama ini dalam krisis kemanusiaan Israel-Palestin.


Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras SAMM Kebangsaan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.