VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday, 10 November 2013

Sepandai-pandai Tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.


Sepandai-pandai Tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah peribahasa yang sesuai untuk suspek utama dalam kes menembak mati pegawai AmBank, Norazita Abu Talib di Subang Jaya tempohari hanya kerana wang! Suspek kini dibawa ke Kompleks Mahkamah Majistret Petaling Jaya jam 3.17 petang tadi dan akan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini. Mohon ligan kepala dia puas-puas. 

Video Detik-detik suspek di berkas polis: SINI

Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi bank AmBank di Subang Jaya baru-baru ini akhirnya berjaya diberkas dalam satu serbuan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, suspek ditahan kira-kira pukul 7 pagi ini oleh Pasukan Op Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Seorang lelaki dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan AmBank telah ditahan di Kota Tinggi.

"Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan rompakan kejam di sebuah bank oleh pengawal keselamatan institusi kewangan itu sendiri yang turut menembak mati pegawai operasi bank berkenaan, Norazita Abu Talib, 37.

Siasat juga  dan dakwa penyumbang ic palsu dan lesen senjata api dia.. Tak kan penyumbang boleh lepas macam tu saja..

Rakaman CCTV Pegawai Bank ditembak Pengawal Keselamatan di AmBank Subang Jaya: SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.