VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 6 October 2013

Kesempitan Hidup.. Penyokong Tegar Barisan Nasional Terpaksa Jual Bot Untuk Teruskan Hidup


Zaimah membantu mengangkat tangan suaminya yang lumpuh separuh badan ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun.

Akibat kesempitan hidup, seorang isteri terpaksa menjual bot gentian kaca milik suami untuk mendapatkan wang agar anak dapat meneruskan persekolahan. 
Zaimah Abdullah, 53, berkata, sejak suaminya, Mohd Zam Ismail, 56, diserang strok mereka hilang tempat bergantung. 
"Suami tidak lagi dapat ke laut menangkap ikan dan kami hilang punca pendapatan. 
“Kami perlukan duit untuk buat belanja, nak tanggung kos perubatan suami yang sakit dan anak sekolah lagi," katanya. 
Kata Zaimah, lima anaknya sudah berumah tangga dan hanya dua lagi yang masih bersekolah.
Dua anaknya iaitu Asyaratul Akmal, 19, bersekolah di tingkatan enam Sekolah Menengah Sultan Omar dan seorang lagi Mohd Shawalaudin, 17, di tingkatan lima sekolah sama. 
"Duit hasil jual bot tempoh hari sudah habis buat belanja berubat suami," katanya. 
Sehubungan itu, dia merayu pihak tertentu membantu mengurangkan beban kewangan mereka.
Kata Zaimah, suaminya sebelum ini ada membuat caruman insurans melalui koperasi nelayan dan menjadi ahli sejak 10 tahun lalu. 
Setelah Mat Zam terlantar sakit, Zaimah melaporkan kes itu kepada pejabat koperasi di bangunan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Dungun bagi mendapatkan bantuan. 
Namun setelah hampir setahun berlalu, dia kecewa kerana masih tidak mendapat maklum balas mengenai permohonannya itu. 
Kejadian menimpa Mat Zam berlaku kira-kira jam 11 pagi Oktober tahun lalu ketika nelayan tradisional itu keluar menangkap ikan di tengah laut. 
Katanya, ketika sedang menarik pukat atas bot, Mat Zam tiba-tiba rebah lalu tidak sedarkan diri sebelum mendapat bantuan daripada seorang rakannya yang turut berada di atas bot berkenaan lalu membawanya ke darat. 
Sebaik sampai di daratan, Mat Zam dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Hospital Dungun selama tiga hari untuk rawatan lanjut. 
Kes Mat Zam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan dia terpaksa ditahan di wad sekali lagi selama 18 hari sebelum dibenarkan pulang. 
"Selepas keluar daripada wad, suami lumpuh separuh badan termasuk bahagian tangan menyebabkan dia tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan," katanya.

*** 
Ni yang masuk paper, banyak lagi kes yang tak terbela, ni la dia.. Rakyat di dahulukan.. Syukurlah pakcik makcik negara masih aman buat apa mengeluh.. Undilah orang yang layak tadbir harta negara, bukan mereka yang tau menghabiskan duit kemudian minta rakyat supaya berjimat.. 

Dendam kepada rakyat!



Kalau nak duit pergi Jalan kaki dari Dungun sampai Putrajaya.. Boleh dapat RM650 ribu...

Sesiapa yang ada anak masih bersekolah memang terasa sangat sempitnya kos sara hidup sekarang.. Siapa yang harus bertanggungjawab dalam hal ini?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.