VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 9 October 2013

[Eksklusif] Isu BL1M.. Kerajaan Malaysia, JPJ di Saman 10 Sekolah Memandu..


10 sekolah memandu saman kerajaan isu BL1M

Sepuluh sekolah memandu memfailkan saman terhadap kerajaan, ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan dan seorang pengarah biro Pemuda Umno berhubung inisiatif Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang diperkenalkan perdana menteri.
Mereka antaranya memohon mahkamah mengisytiharkan program itu sebagai menyalahi undang-undang. 
Dalam saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, mereka mendakwa terdapat konspirasi yang menjejaskan ekonomi mereka. 
Menurut mereka lagi, dalam program BL1M yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini, yuran tahunan Yang dikenakan kepada pelajar lesen B2 (motosikal bawah 250cc) berjumlah RM130 atau RM150. 
Kata mereka, yuran itu jauh lebih rendah daripada jumlah yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelesenan Institut Memandu pada 2009, sebanyak RM261 keseluruhannya. -MK 
*** 
 BL1M hanya gula-gula PRU? 
Petikan berita 08/07/2013 
BERA - Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu. 
Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini. 
Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut. 
“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas. 
“Baru-baru ini, anak saya ada membuat pembatalan permohonan kerana mahu mengambil lesen B2 sendiri. Tetapi apabila diminta dipulangkan wang, mereka memberitahu akan membayar secara ansuran,” katanya. 
Mohamad berkata, jawapan itu langsung tidak logik kerana semasa permohonan, setiap pemohon diwajibkan membuat pembayaran penuh, sebaliknya apabila pembatalan permohonan, bayaran balik akan dilaksanakan secara ansuran. 
Dakwanya, keadaan itu jelas menunjukkan duit dikumpulkan menerusi BL1M di seluruh negara bertujuan menampung keperluan menghadapi PRU. 
“Kami nekad untuk melaksanakan hasrat kami. Kami bukan mengugut tetapi sekadar mahu menegakkan hak kami. Jadi, pulangkan duit kami segera,” katanya. 
Menurutnya, kegagalan BL1M menyebabkan anak-anak muda tidak dapat menjalani latihan dan ujian di mana-mana kelas memandu, selagi nama mereka belum dibatalkan. -SinarHarian

Apa Dah Jadi? Program Bantuan Lesen 1 Malaysia ( BL1M ) Bebankan Rakyat?
Tulisan Aida Sue (wanista)
Apabila kami melawat laman Facebook  BL1M, terlalu banyak komen negatif pengguna yang mengatakan mereka tidak mendapat servis yang baik dan sepatutnya dari pihak BL1M. Apa sudah jadi? Ramai yang komen mengatakan mereka belum lagi menerima lesen mereka meskipun telah hadir ke bengkel dan kursus yang ditetapkan. Ada juga yang meluahkan perasaan kecewa apabila pihak pengurusan BL1M dan MYEG bersikap acuh tak acuh dalam menjawab soalan mereka terutamanya mengenai hal mendapatkan lesen setelah menghadiri kursus yang ditetapkan. Selain itu juga ada yang telah pergi ke tempat yang sepatutnya untuk menduduki ujian berkomputer, tetapi tiada pihak BL1M di tempat yang dinyatakan. Memang sukar untuk mengawal keadaan kerana ini kali pertama program BL1M berjalan di peringkat nasional, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana pihak berwajib sepatutnya sudah bersedia dengan lebih awal kerana mereka sudah tentu tahu sambutan orang ramai terhadap program seperti ini. Oleh kerana jumlah wang yang telah dibayar oleh pengguna lebih murah, janganlah bersikap acuh tak acuh saja. 
Apa itu program BL1M? 

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu. 

Anda boleh layari laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program BL1M ini.
 Antara komen-komen yang terdapat dalam facebook page BL1M

Nak saman bukan main bersemangat.... Last2 sattle luar mahkamah gak nanti... Skrip lama.. 

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar untuk perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com, There could be many reasons why you need access to some extra cash – from unexpected car or home repairs to paying for your wedding or a special holiday. But whatever you need it for, when you borrow between $5,000 USD to 100.000 USD above.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.