VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 27 September 2013

Mahathir Pemimpin Umno Yang Paling Bijak..


Tun Mahathir kata pemimpin Umno melatih pelapis yang lebih bodoh dari mereka. Apabila pemimpin mati, maka pelapis-pelapis lebih bodoh ini mengambil alih pimpinan.


Kini selepas 3 generasi, Umno adalah parti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin yang lebih bodoh. Kini Umno parti yang lebih bodoh berbanding dahulu.

Apa kata pemimpin dan penyokong Umno dengan kenyataan Tun Mahathir ini? Setuju?

Sebenarnya Tun Mahathir nak beritahu, dialah pemimpin Umno yang paling bijak. Pemimpin Umno sekarang semua lebih bodoh daripada dia. 

Jadi pemimpin Umno hari ini kena dengar dan patuh nasihat dia sebab dia bijak. Salah satu nasihat Tun ialah, pastikan anak dia Mukhriz menang pemilihan Umno.

Yes! As simple as that!

Sedikit Sejarah Lepas Aku Nak Kongsi Dengan Hangpa 



Kepimpinan 2M
Musa dan Dr. Mahathir adalah senasib di zaman Tunku. Kedua-duanya dipecat dari UMNO kerana mengkritik kepimpinan dan kewibawaan Tunku selepas terjadinya Peristiwa 13 Mei 1969. Dr. M telah menyokong Musa (secara tidak langsung) sebanyak dua kali bagi membolehkan Musa mengekalkan jawatan Timbalan Presiden UMNO, Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Dalam Negeri. Kedua-dua tokoh kontroversial ini dianggap sebagai pemimpin besar UMNO yang berada di kemuncak ketika tahun 1987. Kedua-duanya pernah dipecat di zaman Tunku dan diterima balik kemudiannya ke dalam UMNO pada zaman Tun Abdul razak. Kerana pengaruh kedua-duanya yang besar di dalam parti dan kerajaan, kerajaan mereka dianggap sebagai ‘Kerajaan 2M’.

Kedua-duanya dianggap setaraf dari segi pengalaman, pengaruh dan kelayakan untuk memimpin.Sewaktu era Kerajaan 2M tersebut, gambar mereka berdua pernah tergantung seimbang di pejabat, bilik-bilik mesyuarat kerajaan dan swasta, di kedai-kedai kopi dan di mana-mana jua. Sewaktu khabar angin bertiup kencang bahawa ‘Kerajaan 2M’ sedang bergolak, kebanyakan anggota Kabinet mengatakan bahawa soal keretakan itu hanyalah rekaan akhbar dan musuh politik UMNO. Dr M sendiri berusaha bergambar mesra dengan Tun Musa bagi menggambar serta memperlihatkan keakraban mereka. -chedinsphere

Percaturan politik yang licik
Tun selalunya membuat percaturan politik yang licik terutama dalam menghadapi krisis dan seringkali kita lihat keputusan yang dibuat beliau telah menyelamatkan karier politik beliau.
  • Krisis kepimpinan UMNO di mana kepimpinan beliau dicabar KuLi.
  • Operasi Lalang, 106 ahli politik terutama parti pembangkang dan kerajaan ditahan di bawah tahanan ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.
  • Kes Memali juga terjadi di Baling pada tahun 1985 zaman 2M
  • Perceraian 2M(Mahathir dan Musa)
  • Penyingkiran DSAI


Bijak Kena Kat Dia... 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.