VOTE ONLINE PASCA PRU14:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 24 September 2013

[Eksklusif] Isu Balak Mukhriz Tipu Orang Kedah..

Pakat-Pakat Sebar

Dato Paduka muhkriz menipu rakyat dengan mengatakan balak dihentikan dinegeri kedah.. Hamba melampirkan bukti-bukti gambar dan menyangkal kenyataan menteri besar kedah.. Harini hamba telah memasuki kawasan pembalakan dikawasan sik dan baling dan hamba lihat lesen dikeluarkan selepas pilihanraya melibatkan hutan simpanan kekal.. -Leman Raja Lawak


Gambar: 23/9/2013

Pasai apa aku kata Mukhriz Tipu Orang Kedah...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengarahkan aktiviti pembalakan di seluruh negeri itu dihentikan sementara untuk semakan pematuhan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) oleh konsesi berkenaan. 
Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak teragak-agak untuk menghentikan aktiviti pembalakan oleh konsesi terlibat yang melanggar syarat ditetapkan menerusi bukti kukuh. 
"Saya menerima laporan daripada penduduk di kawasan berdekatan aktiviti pembalakan yang mengadu bekalan dan kualiti air terjejas. 
"Dalam keadaan ini, saya syorkan aktiviti pembalakan dihentikan sementara dan perkara ini akan dimaklumkan kepada syarikat konsesi dalam tempoh terdekat," katanya selepas menghadiri majlis kesyukuran Menteri Besar Kedah di kediaman rasminya di Seri Mentaloon di sini semalam. -Kosmo! 19-05-2013

Mai pulak kita tengok bila Tempoh Kuat Kuasa Lesen tebang balak 
Surat khabar Kosmo! lapor 19-05-2013.. 
Tarikh Tempoh Kuat Kuasa Lesen bila? 
Bermula 20-05-2013 sampai 19-11-2013

Apa yang Mukhriz janji kat hangpa?
Apa dia Mukriz? #savekedah pakai otak la.. 

Siapa yang kena tipu selain orang Kedah?
Kesian kat hangpa semua.. 

Hangpa nak tengok lagi hasil balak Mukhriz? Nah.. 




Gambar: Leman Raja Lawak 23/9/2013

Soalnya kat sini, Mukhriz kata balak seluruh kedah di hentikan.. Mana ada henti pun.. Tengok la.. Kat tempat lain pun masih banyak dok keluar balak.. Dah lebih 100 hari Mukhriz jadi MB Kedah.. Apa yang dia dah buat?

Cuba hangpa pi satu lagi dekat kem PLKN belah-belah Perik, Kuala Nerang.. Orang kata.. Hutan tu pun sakan depa dok gondoi la ni...

Kalau tak mau batal.. Jangan buat kenyataan kat paper kata balak dihentikan diseluruh Kedah... Kan menipu rakyat namanya tu...

1 comment:

  1. betul la projek tu masih ada...saya yakin usaha menghentikan tu sedang berjalan.
    tarikh kuatkuasa 1 MEI 2013. siapa yg bagi? kalau tidak kerajaan negeri dibawah authoriti PAS ketika itu. sekalipun ust. azizan MB Kedah ketika itu berada di hospital dan jawatan nya tidak aktif.
    Mengundi pun 5 MEI 2013. ni obviously kerja2 balak ni bukan bawah authoriti kerajaan BN yg baru nak naik semula selepas amukan rakyat Kedah memilih kepimpinan PAS kerana kepimpinan Tun Abdullah yg tidak efisyen ketika itu.
    dh sah2 proses pertukaran kerajaan ni ambik masa juga. it just could not happened just overnight. sbg MB Kedah yg baru mesti la banyak benda baru nak kena tempuh..banyak benda yg nak dibaiki..sama juga proses yg dipraktikkan dgn DS Najib kita memulihkan negara yg selangkah lagi untuk terjun gaung kemuflisan.mcm transformasi kerajaan.
    kita bagi la DATO MB masa 5 tahun..kalau lembab sangat mcm ust. azizan kita pakat-pakat kalih laa..apa susah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.