VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 23 September 2013

[Gambar] Panassss.. Perlawan Kedah, Lions XII Ada Bookie..

KEBETULAN atau realiti, perkara tersebut yang kini menjadi persoalan mengenai keputusan saingan Kumpulan D Piala Malaysia membabitkan Kedah yang tewas 1-3 kepada Lions XII di Stadium Darul Aman (SDA), Sabtu lalu.
Puluhan ribu penyokong setia Hijau Kuning masih lagi meratapi kegagalan pasukan mereka melayakkan diri ke kelompok lapan pasukan terbaik, malah turut dikejutkan dengan beberapa ‘bukti’ kini tersiar di maya didakwa perlawanan tersebut diatur.
Sebahagian besar ramalan yang dibuat di laman Facebook Singapore Football tepat dengan keputusan perlawanan nyata membuatkan penyokong Kedah tertanya-tanya.
Antara bukti-bukti tersebut ialah tersiarnya resit sport betting yang menunjukkan ketepatan keputusan perlawanan berkenaan selain kenyataan keputusan sama dikeluarkan peminat di Singapura di laman Facebook Singapore Football iaitu ramalan awal sebelum sepak mula.
Biarpun pertaruhan keputusan perlawanan dibenarkan di negara seberang itu, perkara tersebut jelas kini menjadi pertanyaan kepada sebahagian besar penyokong Kedah.

Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah menggesa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) melakukan siasatan dalaman secepat mungkin sama ada ‘bukti-bukti’ yang kini tersiar di maya mempunyai kaitan dengan keputusan perlawanan tersebut ataupun disebabkan faktor-faktor lain.

Sambil melahirkan rasa kekecewaan, beliau berkata, aksi serba tidak menjadi dan semangat melawan beberapa pemain turut diragui sepanjang perlawanan berlangsung.
“Memang adat perlawanan bola sepak ada kalah dan ada menang, namun dengan tersiar ‘bukti-bukti’ seperti resit ‘sport betting’ membuatkan semua penyokong tertanya-tanya. Saya fikir perkara ini KFA perlu ambil serius dengan melakukan siasatan secepat mungkin.
“Sebelum ini, aksi beberapa pemain-pemain kita semasa mengikat Lions XII 2-2 dan menang ke atas Perak 1-0 boleh dipuji tapi entah di mana silapnya pada perlawanan tersebut hanya sebahagian sahaja yang berusaha membantu memburu gol namun segelintir pula menampilkan aksi sebaliknya,” katanya.

***
Aku antara ribuan yang kecewa hadir memberi sokongan kepada pasukan Kedah.. 

Lepas nie 
Mai kita Pakat-Pakat Tengok langkah-langkah FAM dalam membendung gejala ini.. Peminat pon dah macam hampa ja.. Keputusan macam tak masuk akal ja..

Laporan Interpol
20 Sept. 2013- Enam daripada 14 warga Singapura yang ditahan dalam satu operasi khas Selasa lalu disyaki terbabit rasuah bola sepak dan mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes yang sama di Eropah. 
Interpol dalam kenyataannya berkata, perancang utama rangkaian global itu antara yang ditahan dalam tangkapan yang dibuat di Singapura itu, yang turut melibatkan dua orang wanita. 
"Daripada 14 yang ditahan itu, enam daripada mereka dipercayai mempunyai kaitan dengan beberapa kes yang sedang disiasat di Itali, Jerman, Finland dan Hungary termasuk beberapa individu yang sedang didakwa. 
"Kesemua mereka adalah warga Singapura,'' kata pegawai kanan Interpol, Ronald K. Noble. 

***Masalah kelewatan bayaran gaji turut menjadi antara punca yang mendorong pemain untuk terbabit dengan rasuah dan menerima ganjaran daripada bookie. 

Apakah kemasukan pasukan dari seberang tambak menghidupkan semula aktiviti bookie?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.