VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 27 December 2012

Pakwe 14 Tahun Rogol Awek 17 Tahun

KANGAR - Seorang pelajar berusia 14 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di dua lokasi iaitu di Chuping dan Bukit Jernih dalam kejadian pada 18 Disember lalu.

Ketua Polis Perlis SAC Zull Aznam Harun berkata pelajar itu ditahan Selasa lalu dan ditahan reman sehingga esok untuk membantu siasatan kes itu.

Rakan pelajar itu yang berumur 18 tahun dan merupakan pekerja sebuah syarikat turut ditahan kerana disyaki mencabul adik perempuan remaja perempuan itu yang berumur 13 tahun juga di lokasi dan pada tarikh yang sama, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya siasatan awal polis mendapati adik mangsa telah menemani mangsa bertemu dengan pelajar itu yang merupakan teman lelakinya dan rakan pelajar itu yang kemudian membawa mereka dengan motosikal masing-masing ke sebuah rumah di Chuping.

Di rumah itu, katanya mangsa mendakwa telah dirogol teman lelakinya itu manakala adiknya dicabul oleh rakan pelajar itu dan mereka kemudian telah dibawa ke sebuah rumah di Bukit Jernih dan diperlakukan perkara yang sama.

Zull Aznam berkata kes rogol itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan manakala kes cabul mengikut Seksyen 354 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. -SH


Penyelesaian:
Mengulas statistik tersebut, Nasir berkata, melihat kepada jumlah kes yang semakin meningkat dari setahun ke setahun, ternyata umat Islam memerlukan undang-undang yang lebih berkesan bangi menanganinya.

Maka katanya, sangat wajar jika undang-undang syariah dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja sekadar untuk menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi untuk mendidik dan mencegah mereka dan masyarakat daripada melakukan jenayah.

"Tahun lalu saya ada mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman tentang memperkasakan undang-undang jenayah Islam apabila statistik jenayah pada 2008 adalah sebanyak 211 kes.

"Tapi beliau hanya menjawab kerajaan akan mengekalkan undang-undang yang sedia ada," katanya. -Mohd Nasir Zakaria

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.