VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 20 October 2018

#REFORMASI20TAHUN MENANG BERGAYA DI NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi KEADILAN di Negeri Sembilan dan Melaka yang keluar mengundi pada hari ini. Saya juga melahirkan rasa terhutang budi saya kepada keseluruhan sukarelawan kempen saya yang membantu berkempen di Negeri Sembilan dan Melaka, dalam serba kekurangan.

Keputusan rasmi hanya akan keluar lewat malam ini kerana masalah internet yang menyebabkan banyak undi belum dihantar ke pelayan (server). Oleh itu, keputusan di cabang-cabang tertentu di Negeri Sembilan (iaitu Rembau, Teluk Kemang dan Jelebu) belum lagi keluar dan hanya boleh disahkan malam ini.

Begitu juga di Melaka, keputusan di cabang-cabang Kota Melaka, Jasin dan Tangga Batu hanya boleh diketahui lewat malam ini.

Pun begitu, keputusan rasmi di cabang-cabang lain dan di cabang-cabang ini (yang terkesan dengan masalah internet) menunjukkan #Reformasi20Tahun telah menang di Negeri Sembilan dan Melaka. Setakat keputusan awal petang tadi, menunjukkan saya mendahului di Rembau, Jelebu dan Tangga Batu, sementara di cabang-cabang Teluk Kemang, Kota Melaka dan Jasin adalah sengit.

Keputusan pada malam ini menunjukkan #Reformasi20Tahun telah menang di 6 negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan dan Melaka), sementara saingan saya Sdr Azmin Ali hanya menang di Pulau Pinang dan Johor.

Saya menyeru seberapa ramai anggota KEADILAN (di 8 cabang di Selangor dan Perlis) keluar mengundi esok. Sertai gelombang perubahan yang isyaratnya semakin jelas – 6 negeri sekarang telah menyatakan sokongan kepada agenda reformasi dalaman yang kita bawakan.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

Melaka: RR (55%), AA (45%)
Negeri Sembilan: RR (52%), AA (48%)

Jumlah keseluruhan:

8 negeri + Selangor I: RR (50%), AA (50%), berbeza ~180 undi dari 66,000 undi
Negeri: RR menang 6 negeri, AA menang 2 negeri

Terima kasih dan terus tumpu bawa agenda reformasi dalaman.

Rafizi Ramli

Hukuman Tidak Setimpal Kepada Perlakuan Langar Lari


Penjelasan Peguam Nor Zabetha yang baik

Suspek Wan Amirah, mangsa kes langgar lari di Cyberjaya telah ditangkap. Soalannya bolehkah suspek dihukum gantung sampai mati kerana menyebabkan kematian kepada mangsa kemalangan?

Selalu saya dapat soalan ini, kenapa si pelaku tak boleh dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh akibat perbuatannya. Bukan sahaja si pelaku meragut nyawa tetapi juga menyebabkan kehilangan kepada ahli keluarga.

Kalau yang pernah melihat video kemalangan tersebut pasti tidak puas hati sekiranya si pelaku hanya dihukum penjara sahaja atas perbuatannya menyebabkan kematian. Tambah pula semua berlaku kerana si pelaku marah tidak dapat meletakkan kereta ditempat letak kereta. Hendak menunjukkan rasa marah, dia reverse ke belakang dan dia menekan minyak secara melulu dan merempuh kereta dihadapan serta arwah Wan Amirah Wan Alias. Semuanya hanya kerana kebodohan memuaskan nafus marah. Kemudian melarikan diri, sungguh pengecut.

Jadi kalau ikutkan fakta kes, saya sendiri berpendapat tidak adil dengan hanya hukuman ringan. Melihat video itu, saya rasakan hukuman penjara 2 atau 3 tahun sahaja. Si pelaku perlu dihukum dengan hukuman yang setimpal! Supaya jadi pengajaran kepada yang lain-lain juga.

Tetapi undang-undang tidak memperuntukkan begitu. Bagi kes-kes kemalangan yang pemandunya tidak mempunyai niat membunuh akan didakwa di bawah seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Tidak mempunyai niat membunuh bermaksud, bukanlah si pemandu dengan niat keluar dari rumah untuk membunuh dengan melanggar seseorang.

Kenapa seksyen 41 APJ dan bukan Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) iaitu hukuman bunuh bagi kesalahan membunuh? Bukankah si pelaku telah meragut nyawa.

Bagi dihukum bunuh dibawah Sesyen 302 seseorang itu perlu mempunyai niat membunuh dan memenuhi elemen jenayah bunuh. Contoh anda tahu dengan menikam seseorang akan mengakibatkan kematian, jadi dari awal anda susah mula membawa pisau, mengatur rancangan, menikam sehingga mati dan menyembunyikan mayat (atau mungkin tidak sembunyikan mayat, tetapi jelas anda ingin tamatkan nyawa mangsa). Maka cukuplah elemen jenayah tersebut.

Berbeza dengan melanggar seseorang sehingga mati. Anda keluar rumah, niat hendak pergi kerja, kemudian telanggar kanak-kanak melintas sewaktu hendak ke sekolah dan malangnya kanak-kanak tersebut meninggal dunia. Maka itu bukanlah satu jenayah bunuh dibawah Seksyen 320 KK dan ianya adalah kesalahan memandu secara bahaya sehingga menyebabkan kematian Seksyen 41 APJ yang dihukum minimum penjara 2 tahun dan maksimum 10 tahun DAN denda minimum 5 ribu ringgit dan tidak lebih dari 20 puluh ribu ringgit. WAJIB PENJARA sekurang-kurangnya 2 tahun. Lesen juga akan ditarik dan digantung.

Andai kata masih diteruskan dakwaan terhadap si pelaku dibawah 302 KK. Apa yang akan berlaku? Maka si pelaku akan ke mahkamah diwakili peguamnya dan peguam akan membela si pelaku dengan menyatakan pelaku tidak ada niat membunuh dan dakwaan membunuh adalah tidak berasas. Selepas meneliti segala bukti-bukti dan keterangan, maka mahkamah berpendapat memang tidak ada niat membunuh tetapi pemanduan secara bahaya. Berkemungkinan si pelaku akan dibebaskan kerana tidak sesuai bagi kesalahan membunuh. Lagi tidak adil!!! Sudahlah menyebabkan kematian, bebas pula!

Saya faham, kalau anda kata ini tidak adil. Hukum dunia, undang-undang manusia. Benar! Tidak tergambar perasaan kehilangan yang tersayang. Tetapi setakat di dunia ini, undang-undang manusia inilah yang boleh menyumbat si pesalah yang ini ke dalam penjara kerana dan dihukum dari bebas lepas. Untuk setiap perbuatan jahat, insyallah akan dibalas dengan setimpal 'di sana' kelak. Sama-sama kita doakan si pelaku mendapat balasan di dunia dan akhirat.

Juga kita doakan roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin. Takziah kepada ahli keluarga.

Friday, 19 October 2018

Rasuah Dalam Pemilihan Keadilan 2018, Antara Makan Di Hotel dan Kupon Makan Di Bawah Khemah?



Tak perlu terbitkan kupon makan untuk buat jamuan berkempen ratusan RM untuk VVIP dan untuk macai pendedak RM75 satu kepala.

Dari mana datangnya wang sebanyak itu untuk adakan jamuan di Dewan Perdana Felda pada 2 September lalu hanya Allah dan mereka saja yang tahu.

Cegah sebelum parah.

Jika tidak keluarkan kupon sekali pun, tetap mereka akan dapat makan yang disediakan oleh setiap yang bertanding. Anggaran kos satu kepala RM5 ~ RM8 untuk satu kupon.

Wednesday, 17 October 2018

Pengorbanan Pengerusi Parti Amanah Negara Pahang Dilupakan Selepas PH Memerintah Malaysia


DR HAMZAH JAAFAR

Pengerusi Parti Amanah Negara Pahang yang dilupakan selepas kemenangan memerintah negara.

Amanah Pahang boleh dikatakan kalah disemua kerusi kecuali kerusi selamat di Parlimen Temerloh yg ditandingi Setiausaha Agung Amanah YB Hj Anuar Tahir (Timbalan Menteri Kerjaraya) yang berasal dari Perlis dan tinggal di KL.

Beliau korbankan kerusi selamat itu demi memberi laluan pada pimpinan pusat.

Sebelum PRU beliau telah difitnah oleh seorang cybertrooper pro PH sendiri mengatakan beliau terima duit UMNO utk lemahkan PH di Pahang sedangkan ramai yg tak tahu beliau terpaksa jual lot kedai yg jadi sumber pendapatanya sedangkan perniagaanya sedang naik maju tetapi demi utk menggerakkan Amanah Pahang beliau terpaksa jual kedai dan berpindah ke lokasi lain yg disewa, juga habis duit simpanannya turut digunakan utk gerakkan Amanah Pahang.

Lepas PRU sekali lagi terpaksa pindah restoran AFCnya bahkan kilang yang diusakannya bertahun2 pula terpaksa dijual kerana mengalami masalah kewangan.

Selepas beberapa pimpinan dilantik jadi Menteri awal2 dulu, adala mereka raikan sahabt2 dan penyokong terdekat makan nasi Arab di restoran AFC, tetapi lepas dari itu Dr Hamzah Jaaffar seperti tidak dipedulikan.

Pernah naik ke satu Kementerian nak jumpa menteri sampai ke akhir tak dapat jumpa mungkin menteri takut beliau datang nak minta jawatan kot 😊

Keperitan beliau dan keluarga seolah2 tidak sampai ke pengetahuan Pimpinan atasan Amanah sehingga tiada langsung desas desus apa2 jawatan utk beliau. Beliau bukan kaki buat bising dan tidak pandai buat bising utk minta jawatan sebab beliau mempunyai nilai akhlak yang tinggi, tapi politik nih kalau kita terlalu naif sgt lagi orang buat tak peduli.

Saya tulis ini sebab saya tahu keadaan Ustaz Dr Hamzah sekarang dan harap ada sesiapa blh sampaikan kpd mereka di atas terutama pimpinan yg "tumpang" bertanding di Pahang dan dilantik jadi Timbalan Menteri... minta tolong peka dgn keadaan Pengerusi Perhubungan Amanah Pahang. Kalau Pengerusi Amanah Kelantan jd Pengerusi LTKN, Pengerusi Amanah Terengganu jadi Timbalan Menteri tp Pengerusi Amanah Pahang?

Ust Dr Hamzah Jaafar yg tidak banyak cakap dan tidak suka meraih populariti, ahli perniagaan hasil dari idea beliau sendiri. Kalau siapa pernah pergi makan di restoranya AFC dulu di Greenwood dapat rasa pelbagai resipi dari hasil kreativiti beliau sendiri memang sedap.

Beliau ada talian darah keluarga dengan Almarhum TGNA dan TITM, masa dalam Pas dulu jawatan terakhir beliau sebagai TPJ dimana TITM sbg PJ Pas Pahang.

Saya tidak tahu sejauh mana Ustaz dan keluarga boleh bersabar namun saya doakan agar Allah permudahkan segalanya untuk Ustaz.

Maaf kalau apa yg saya tuliskan ini tidak menyenangkan Ustaz sbb Ustaz seorang yg tidak mahu raih simpati namun saya dan pejuang2 Amanah yang lain mahu lihat ustaz mendapat perhatian pimpinan atasan.

-Copy Facebook

Tuesday, 16 October 2018

Perbezaan Orang Melayu Dan Orang Cina Apabila Dapat Kuasa Memerintah Malaysia



... org cina bila dpt kuasa, mereka perkasakan bangsa mereka...

... org melayu bila dpt kuasa, sibuk duk berebut pangkat DATUK...

Nampak... ???

#KerajaanSepenggal

Monday, 15 October 2018

Alhamdulilah.. Tahniah Anwar Ibrahim Angkat Sumpah Sah Menjadi Ahli Parlimen


KUALA LUMPUR, 15 Okt — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Upacara itu diadakan pada kira-kira 10 pagi sejurus Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama Parlimen ke-14 mula bersidang.

Ini susulan kemenangan Anwar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu lalu dengan majoriti besar 23,560 undi.

Mohamad Ariff ketika mengalu-alukan anggota Parlimen terbaharu itu mengucapkan tahniah kepada Anwar atas kemenangannya di PRK Port Dickson.

#AnwarKembaliLagi #AnwarIsBackAgain

Baru Sedar Dalam Manifesto PAS Ada Janji Hapus Hutang PTPTN


Yang berjanji mansuh hutang PTPTN dlm manifesto mereka adalah PAS semasa PRU14 yang lalu, bukan PH.. TETAPI sbg parti Islam PAS SANGGUP PUTAR BELIT tuduh PH pula kononnya PH yang berjanji hapus hutang PTPTN..

Jika tak percaya boleh periksa manifesto masing2 antara PAS atau PH yg mana ada termaktub mansuh hutang PTPTN itu..

#PASdanPutarBelitBerpisahTiada

Ini Janji PAS Tawarkan Dalam Manifesto

HAPUS HUTANG PTPTN

Ini Janji Pakatan Harapan Dalam Manifesto

MENANGGUHKAN HUTANG PTPTN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.