VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 3 May 2014

Kenyataan Rasmi SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan Di Dataran Merdeka




SAMM Nafi Terlibat Dalam Kekerasan di Dataran Merdeka

1. Tanggal 1 Mei 2014 menyaksikan Hari Buruh kali ini disambut dengan penuh bersejarah, menjadikan GST sebagai bantahan utama. Satu perarakkan besar dari KLCC ke Dataran Merdeka melalui Bukit Bintang telah dijayakan oleh puluhan NGO yang terlibat. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) cukup berbangga kerana menjadi sebahagian dari aksi bersejarah ini.

2. Ketika sampai di pinggir Dataran Merdeka, SAMM cuba masuk ke tengah dataran untuk sama-sama meraikan detik hebat ini. Namun menyedari sudah tiada ruang untuk SAMM bergerak masuk, maka SAMM ambil keputusan untuk berhenti dan duduk di satu lokasi.

3. Kekecohan bermula dan kemudian berlaku tolak-menolak hingga masuk ke lingkungan kedudukan SAMM menyebabkan ada anggota SAMM yang dirempuh termasuklah wanita muda SAMM. SAMM terpaksa mempertahankan diri dari asakan dan juga cuba bertindak meleraikan kekecohan.

4. SAMM tidak menafikan beberapa komrad SAMM dalam jumlah yang sangat kecil (daripada hampir dua ratus anggota) gagal mengawal perasaan dalam keadaan penat dan panas berarak hampir 5 kilometer, akhirnya berjaya ditenangkan.

5. SAMM menafikan sekerasnya di atas sebarang tuduhan kononnya SAMM terlibat dalam pergaduhan dengan mana-mana pihak. Kami mengecam sebarang tindakkan ganas sesama sendiri termasuk aksi tolak-menolak yang melampau atas alasan menghalang orang masuk dataran dan sebagainya.

6. SAMM juga menafikan sekerasnya laporan akhbar Bernama yang mengatakan kononnya SAMM terlibat memukul pihak media. SAMM mengecam tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan kekerasan terhadap media, ini tidak harus berlaku dan merupakan kesalahan yang tiada kompromi. SAMM menasihatkan agar media yang tersalah lapor agar membetulkan semula laporan tersebut.

7. SAMM merumuskan kejadian ini adalah terpencil dan mampu dielak pada masa akan datang. Namun lebih utama ialah kita harus fokus kepada gambaran lebih 50 ribu rakyat yang berhimpun mewakili jutaan rakyat Malaysia membantah GST.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM

Kerajaan Malaysia Tidak Pedulikan Rintihan Rakyat


Kerajaan tak pedulikan suara rakyat..

1.Pada 5 april 2014 Perhimpunan rakyat untuk memohon meletakkan harga lantai bagi pasaran getah ..
Keputusanya :tidak diendahkan dan tiada jawapan.

2.Pada 1 may 2014 Perhimpunan rakyat untuk menolak perlaksanaan GST
Keputusan : kerajaan malaysia tetap akan melaksanakan GST atas kesempatan nama pembangunan dan ekonomi negara

Tepi Rakyat sengsara..

Setelah dilihat kedua2 perhimpunan ini membuatkan kerajaan hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang jawapan dan penyelesaian.
maka satu gerakan protes baru akan dibuat selama seminggu dengan berkampung diseluruh kawasan kuala lumpur sebelum bulan ramadhan.

Antara desakan utama ialah :
A).menteri bidang pertanian harus letak jawatan jika tidak menyelesaikan krisis harga getah dimalaysia
b).batalkan GST

Protes ini akan mengharamkan 3 perkara
I. Tidak dibenarkan peserta memakai topeng atau menutup muka
II. Golongan extrim seperti 'Anarki' tidak dibenarkan sama sekali
III. Tidak dibenarkan membawa apa-apa senjata

Sekian

Sulaiman Ibrahim( LemanRL)
Presiden
PANGLIMA MALAYSIA
Pengerusi GERAKAN SUARA ORANG KAMPUNG

Kerja Amal Dari Peserta Demostrasi Yang Tidak Disiarkan Oleh Media






Dalam kemeriahan dan kejayaan Himpunan Bantah GST ada kisah yang tidak di ketahui umum bahawa ada kerja amal yang di lakukan oleh para demostran.. Dari SAMM Pulau Pinang..

Kejadian ini berlaku di Check Point KLCC di mana Semua NGO berkumpul.. Dalam perjalan dari Masjid KLCC ke Dataran KLCC.. Mereka terserempak dengan seorang kakak yang memerlukan bantuan kerana kereta beliau gagal di hidupkan kerana ada masalah pada bateri kereta beliau.. Berdekatan dengan Kedai Nasi Kandar Pelita.. Dengan bantuan kereta abang yang kebetulan berada di tempat kereta rosak itu.. Mereka berjaya membantu dan kereta kak itu berjaya di hidupkan.. Mereka terus ke tapak berhimpun..

Selepas itu aku di maklumkan mereka juga memberikan makanan kepada fakir miskin yang di tepi jalan sekitar KLCC sebelum ke tapak berhimpun..

Harap meraka akan terus beramal kepada rakyat yang memerlukan bantuan..

Friday, 2 May 2014

Selamatkan Parlimen Bayan Baru Dari Diruntuhkan Oleh UMNO-BN


Berikutan PC yang dibuat oleh Yb
Dato Hj Mohd Rashid sebentar tadi, ingin ditegaskan di sini, bahawa “alasan” yang diberi kononnya Yb Sim perlu memberi tumpuan di pusat adalah tidak bertetapan.

Berikut merupakan sebab2nya :

1.) Ramai pemimpin di pusat juga merupakan Ketua Cabang, ini termasuklah Datin Sri Wan Azizah (Presiden) yang merupakan Ketua Cabang Permatang Pauh, Yb Fuziah Salleh (Naib Presiden) merupakan Ketua Cabang Kuantan, Yb Tian Chua (Naib Presiden) adalah ketua Cabang Batu, Yb Nurul Izzah (Naib Presiden) juga Ketua Cabang Lembah Pantai.

2.) Yb Sim selaku Ahli Parlimen Bayan Baru, beliau dipilih oleh pengundi2 di Bayan Baru, oleh demikian adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan Cabang Bayan Baru sentiasa mantap untuk menyaingi UMNO-BN.

3.) Track-record cemerlang yang ditunjukkan oleh Cabang Bayan Baru dibawah bimbingan Yb Sim yang memenangkan 1 Parlimen 3 DUN dengan majoriti undi yang 3 kali ganda drpd tahun 2008.

4.) Yb Dato Hj Mohd Rashid merupakan TKM PP, ADUN Pantai Jerejak, Ahli Biro Politik MPN dan juga memegang banyak jawatan dalam agensi kerajaan. Atas prinsip “pengkongsian kuasa”, sepatutnya Yb Rashid tidak perlu tanding Ketua Cabang, kerana portfolio Yb Sim hanya merupakan seorang Ahli Parlimen pihak pembangkang. 

5.) Yb Rashid perlu memberi tumpuan dan khusus dalam urusan ADUN Pantai Jerejak, dan memastikan bahawa DUN ini kekal milik PKR pada PRU akan datang.Kepada ahli-ahli PKR Bayan Baru, penilaian yang menyeluruh perlu dibuat dalam memilih Ketua Cabang, kerana ini akan mempengaruhi keputusan PRU akan datang.

Tidak senang untuk mendirikan kubu kuat PKR di Bayan Baru, sudah tentu kita tidak ingin kubu kuat ini diruntuhkan oleh UMNO-BN. Dan untuk mempertahankan Kubu Kuat ini, pemimpin muda dan berkaliber seperti Yb Sim perlulah dikekalkan.

Hentikan Segera Sentimen Menyalahkan SAMM Dalam Pergelutan Di Dataran Merdeka


SAMM Tidak Terlibat Dalam Pergelutan di Dataran Merdeka

Memetik beberapa kenyataan akhbar online tentang pergaduhan antara SAMM dan unit Amal Pas pada hari ini saya dengan ini menegaskan bahawa bukan NGO SAMM yang bergaduh dengan UNIT AMAL PAS.

Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan group yang juga berbaju hitam.

SAMM bermula dengan baik dari KLCC dan berarak masuk dan kami hanya meletakkan kenderaan di kawasan yang dibenarkan.

Kami juga sedar dan menyanjung tinggi tugas unit amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan bantahan pada hari ini.

Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan dengan segera kerana SAMM dengan PAS dan unit Amal sering bekerjasama dalam hampir kesemua program untuk menumbangkan kerajaan yang zalim pada hari ini.

Selaku NGO yang bukan bersifat kepartian, SAMM juga mempunyai ramai ahlinya di kalangan anggota parti PAS.

Untuk rujukan:

Watch "Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…" on YouTube - Himpunan Bantah GST : Pergaduhan Antara Unit Amal…: http://youtu.be/S8PIYvbN118

Sekian Terima Kasih.

Hj Osama
Penyelaras SAMM Kelantan.
DPPAS Bachok

Thursday, 1 May 2014

Kerana Baju Hitam, SAMM Dituduh Pencetus Provokasi




Sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka 'geng kotak' tidak semena-mena menimbulkan provokasi sewaktu himpunan bantah GST, petang tadi.

Kumpulan anak muda berpakaian hitam ini tiba-tiba sahaja melanggar benteng Unit Amal untuk memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Pergelutan itu, sedikit sebanyak 'mencemarkan' himpunan kali ini yang pada umumnya dilihat terkawal.

Kumpulan berbaju hitam ini kelihatan ganas kerana sebilangannya memakai topeng dan ada yang membawa suar.

Keadaan cemas itu bagaimanapun kembali terkawal apabila rundingan dicapai antara kedua-dua pihak.

Kumpulan ini kemudiannya dibenarkan memasuki jalan utama berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.

Ahli Parlimen Teluk Intan Disahkan Mati Di Hospital UM


Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng disahkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.​

"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.