VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday, 15 November 2018

PEKERJA HANYA MENDAPAT 28% DARIPADA PENDAPATAN NEGARA


Dasar struktur dan strategi bagi menentukan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif telah diperkenalkan dalam Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kesebelas.

Antara beberapa dasar makro yang telah dirangka ialah:
(i) menangani ketidaksamaan pertumbuhan antara negeri;
(ii) menangani pembahagian tidak serata antara pekerja dan pemilik modal.

Bagi tahun 2017 bahagian pampasan pekerja pada KDNK hanyalah 35.2 peratus sahaja. Di dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, kerajaan menyasarkan bahagian pampasan pekerja dapat ditingkatkan kepada 38 peratus.

Kerajaan sedar kestabilan pertumbuhan ekonomi mestilah seiring dengan pembangunan yang bersifat inklusif dan mampan supaya kesejahteraan dan kuasa beli rakyat meningkat setanding dengan peningkatan ekonomi.

Dalam buku Antara Dua Darjat yang ditulis oleh Muhammad Abdul Khalid yang kini dilantik sebagai penasihat ekonomi Perdana Menteri, terdapat angka-angka yang menunjukkan ketidakadilan pembahagiaan keuntungan antara majikan dan pekerja.

Contohnya, dalam sektor perkilangan Malaysia pada dekad lepas, produktiviti buruh bertumbuh pada purata 5% setiap tahun tetapi purata sebenar gaji perkilangan berkembang hanya pada 2.4%. Kesannya, nisbah gaji dengan nilai tambah dalam bidang pembuatan dianggarkan berkurang daripada 36% pada tahun 2000 kepada hanya 26% pada tahun 2010.

Munurut penulis, pesalah utama ialah bank dan syarikat telekomunikasi, Apabila memperhalusi kadar pendapatan negara, didapati pekerja mendapat 28%; kerajaan mendapat 5% dalam bentuk cukai, sementara pemilik korporat mendapat bahagian terbesar iaitu sebanyak 67%.

Perkara ini jelas menunjukkan ketikadilan pembahagian yang boleh membawa kepada masalah jurang kejayaan yang lebih serius. Oleh itu, kerajaan Pakatan Harapan harus komited dalam memastikan kuasa beli rakyat meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara!

USAHA-USAHA KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN USAHAWAN


Antara program-program yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan untuk membantu peniaga kecil dan usahawan muda ialah:

(i) Skim PROSPER Usahawan Muda oleh PUNB. Program ini menawarkan bantuan pembiayaan kewangan kepada usahawan muda untuk menceburi bidang perniagaan dalam sektor peruncitan dan pengedaran dalam bidang-bidang perniagaan yang strategik;

(ii) program Going Export, dengan izin GoEx oleh SMECorp. Malaysia. Program GoEx ini disediakan bertujuan untuk membantu para PKS mengeksport produk mereka di pasaran sedia ada atau pasaran baharu;

(iii) INSKEN, satu agensi business consulting dipanggil IBS oleh Institut Keusahawanan Negara Berhad iaitu INSKEN. Program ini menyediakan bimbingan terus kepada usahawan yang berpengalaman dan berkemahiran dalam bidang masing-masing, merangkumi garis panduan memulakan perniagaan, strategi perniagaan, kos pelaksanaan, peluang dan cabaran dalam menceburi perniagaan dalam bidang yang berkaitan;

(iv) Global Accelerator Programme oleh Malaysian Global Innovation and Creativity Centre, dipanggil MaGIC. Program ini menawarkan kemahiran, pengetahuan dan rangkaian yang diperlukan oleh usahawan untuk memastikan mereka mampu menarik pelaburan dalam tempoh empat bulan

(v) School of Entrepreneurship oleh MaGIC yang menawarkan Program Pembangunan Kapasiti dan Inovasi untuk start up dan usahawan, selain bertujuan untuk mewujudkan peralihan minda dan peningkatan teknologi selaras dengan perubahan revolusi industri 4.0.

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), bersama-sama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan sesi dialog dan bengkel teknikal yang dipanggil TWG, dengan izin, pada 25 September yang lalu dalam usaha untuk mengenal pasti program dan inisiatif baharu yang bersesuaian untuk dilaksanakan bagi memperkasakan usahawan-usahawan muda di Malaysia dalam masa terdekat.

Sumber: Kementerian Pembangunan Usahawan

Wednesday, 14 November 2018

Aoa Keperluan Kita Kepada ICERD?


ICERD & Bumiputera
~~~~~~~~~~~~~~~

Pada saya ICERD ni bukan sahaja tidak wajar diterima , malah langsung Tak perlu diteliti dan diberikan pertimbangan . ICERD ni hanya membawa kepada ketegangan kaum yang sedia harmoni yang hanya membawa kerosakan besar dalam negara & akan mencetuskan huru-hara . Cakap jer takkan sentuh perlembangan , Memang pon. Tapi tu ‘kunci utama’ untuk membolehkan perlembangan tu untuk diusik.

Status Bumiputera ni hanya satu bentuk kelebihan dalam beberapa perkara bagi menjamin kestabilan kaum kerana ini adalah kelompok majoriti , bukan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain . Kalau asal lebih jer kira diskriminasi , itu dah Hukum komunis.

Kuota Bumiputera contohnya pemilikan Hartanah terutama di Bandar & tempat strategik, jika tiada kuota bumiputera , Jangan harap bumiputera ni dapat beli . Lagi-lagi semua developer besar 90% adalah bukan milik bumiputera. Silap-silap jualan pon tak dibuat secara terbuka sebab belum launching dah fully book . Jika kuota ini tak diletakkan jangan harap bumiputera akan berumah di Bandar , semua kena duduk kampung . Yang tertinggal di Bandar hanya kelompok kecil yang betul-betul kaya . Bila situasi ni berlaku , akan berlaku ketidakseimbangan yang menggarap ketidakpuashatian , kelompok dan permusuhan yang boleh mencetuskan huru-hara .

Tengok sekarang yang developer sibuk promo hebat sana sini tu adalah untuk tarik pembeli Bumiputera sebab adanya kuota tu . Kalau takde, Tak wujud pon Promo-promo tu , semua licin awal-awal . Mana Saya tahu ? Saya pernah jadi Speaker untuk 5 developer dalam program menarik pembeli Bumiputera sebab jualan unit Bumiputera memang perlahan dalam setiap development terutama di bahagian Bandar. Boleh tanya sendiri Speaker lain yang biasa jadi Speaker untuk program developer macam Ahyat Khalissabri Bin Ishak , Faizul Ridzuan , Azizul Azli Ahmad . Kalau tiada kuota tu , silap-silap Speaker macam kami pon takkan wujud. Sebab rumah dah licin awal-awal sebelum launching pon lagi .

Kembali pada ICERD , ICERD ni sesuai untuk negara Israel & Myanmar , Sebab jelas mereka bukan sahaja melakukan diskriminasi , malah pembantaian & pembunuhan . Diorang sendiri pon taknak sain kot . ICERD untuk Malaysia buat apa ? Tak lain hanya nak memporak-perandakan keamanan yang sedia ada antara kaum. Fikir baik-baik wahai pemimpin-pemimpin yang bijaksana .

-KEY-

Tuesday, 13 November 2018

JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITI


Kenyataan Media Rafizi Ramli
13 November 2018

JPP MESTI MEMPERBETULKAN SEGALA KELEMAHAN PEMILIHAN SUPAYA KEPUTUSAN ADA KREDIBILITI

Saya dipanjangkan satu kenyataan media yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Dato’ Rashid Din pagi ini.

Kenyataan JPP itu mengumumkan keputusan JPP mengenai beberapa isu yang menimbulkan keraguan anggota parti mengenai ketelusan dan kredibiliti proses pemilihan, iaitu:

1. Pengesahan JPP sendiri pada hari Sabtu lalu (10 November 2018) bahawa tablet yang digunakan untuk pengundian di Cabang Julau telah dicerobohi pada jam 4 pagi hari itu dan aplikasi “Prey” (yang tidak sepatutnya ada di dalam tablet) telah dikesan.

2. Ada data yang bercampur aduk dengan pengundian di cabang lain dari minggu-minggu sebelumnya, lalu menyebabkan keputusan di Cabang Pensiangan dan Cabang Tawau mempunyai masalah data. JPP sendiri mengakui bahawa ini berpunca dari kegagalan JPP sendiri untuk mengemaskini aplikasi e-undi ke versi terkini (ver8.0(34)).

3. Undi ragu hanya akan dikira bagi cabang-cabang terpilih di peringkat cabang sahaja, sedangkan ada sekurang-kurangnya 5,000 undi ragu di seluruh negara yang belum dikira.

Ketiga-tiga keputusan JPP itu memangsakan ratusan ribu anggota KEADILAN yang bersusah payah keluar mengundi sedangkan ketiga-tiga masalah itu berpunca dari kelemahan JPP sendiri:

i. Individu yang ditangkap sedang memadamkan aplikasi “Prey” dari beberapa tablet di Cabang Julau adalah Alvin Teoh, Ketua Unit IT JPP yang diketahui umum penyokong kuat saingan saya Saudara Azmin Ali. Ada rakaman video yang jelas beliau bergerak dari satu tablet ke tablet yang lain untuk memadamkan aplikasi “Prey” sebelum ditangkap. Malah, ada juga rakaman video yang menunjukkan telefon beliau juga mempunyai aplikasi “Prey”. Semua bukti ini telah diserahkan kepada pihak polis yang menyiasat kes ini.

ii. JPP cuai sehingga tablet-tablet dicerobohi dan membolehkan beberapa tablet dipasang dengan aplikasi “Prey” tanpa pengetahuan dan spesifikasi dari pembangun aplikasi. Ketua Unit IT JPP yang turut sama bertanggungjawab memastikan tablet-tablet ini selamat dan bebas dari digodam adalah Alvin Teoh, yang sudah pasti telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya apabila tablet-tablet ini dicerobohi pada jam 4 pagi seperti yang diakui oleh JPP sendiri.

iii. Pengerusi JPP sendiri mengakui bahawa kewibawaan data (“data integrity”) bagi pemilihan di Cabang Julau sudah terjejas dan membuat keputusan menggantung keputusannya akibat cubaan menggodam sistem e-voting, seperti laporan media yang jelas memetik keterangan Dato’ Rashid Din sendiri (rujuk laporan Berita Harian https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/11/496797/serangan-sistem-e-undi-perbuatan-terancang-jpp):

Serangan sistem e-undi perbuatan terancang - JPP
Oleh Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mendakwa sistem e-undi pusat pemilihan di Julau, Sarawak yang gagal berfungsi adalah perbuatan terancang pihak tidak bertanggungjawab.

Pengerusinya, Datuk Rashid Din, berkata perisian yang ‘menyerang’ sistem dan tujuh tablet e-undi sama seperti yang digunakan JPP pada pemilihan ini tetapi jenamanya berbeza.

Beliau tidak menolak perisian yang dimuat turun dalam tablet berkenaan boleh dikawal dari jauh yang mungkin berada di luar negara, namun masalah itu sedang disiasat pihaknya.

“Aplikasi itu semua orang boleh muat turun. Ia adalah aplikasi keselamatan. Kita (JPP) pun pakai tetapi kita pakai (guna) jenama lain. Kita pun guna untuk lindungi data dalam tablet.

“Kalau anda ada aplikasi dalam peranti, kita boleh kawal semua tablet berkenaan (disediakan dalam pemilihan). Kalau tablet itu hilang atau dicuri, kita boleh ‘bersihkan’ semua data dalam peranti berkenaan.

“Pusat kawalan boleh kawal di mana-mana, (jejak) muat turun di mana, atau (boleh tahu) duduk di mana London atau Sydney. Ini kira macam terancang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

*Sebab itu, keputusan JPP dalam kenyataan pagi ini bahawa kejadian tablet dicerobohi dan sistem e-voting digodam di Cabang Julau, tidak mempunyai apa-apa kesan kepada kewibawaan data (“data integrity”) adalah tidak masuk akal.*

*Ia adalah kenyataan yang 100% bertentangan dengan kenyataan awal yang dikeluarkan oleh JPP sendiri.*

*Kenyataan dan keputusan yang bertukar-tukar ini menyebabkan anggota parti semakin hilang keyakinan dengan kredibiliti keseluruhan proses pemilihan dan keputusannya.*

Saya tidak begitu kisah dengan keputusan pemilihan kerana ia satu proses dalaman, tetapi pengendalian pemilihan perlulah dibuat dengan setelus mungkin supaya anggota-anggota parti boleh menerima sepenuhnya keputusan.

Sepanjang pengendalian pemilihan, JPP bukan sahaja gagal menguruskan operasi dengan baik (yang dipertanggungjawabkan kepada Azman Hendra, Timbalan Pengerusi JPP dan Ismail Yusof, Setiausaha JPP) sehingga berlaku masalah-masalah yang disebutkan di atas, malah JPP juga gagal untuk menerangkan perkara-perkara yang diputar belitkan.

Contohnya, kontroversi mengenai keanggotaan di Cabang Julau telah dijadikan bahan mainan politik sehingga mencemarkan nama baik parti sedangkan fakta-faktanya telah dipersetujui berkali-kali di dalam Biro Politik dan turut melibatkan kehadiran JPP sendiri, iaitu:

i. Pimpinan yang bertanggungjawab menguruskan kemasukan YB Larry Sng ke dalam KEADILAN adalah Saudara Azmin Ali dan rakan-rakan beliau sendiri

ii. Pimpinan yang mengumumkan kemasukan YB Larry Sng ke dalam KEADILAN adalah Saudari Zuraida Kamaruddin

iii. Pimpinan yang bertegas mahukan permohonan keanggotaan diterima dengan menggunakan “thumb-drive” tanpa menggunakan sistem keanggotaan atas talian adalah Saudari Zuraida Kamaruddin

iv. Ada banyak lagi cabang-cabang yang tidak mengisi borang keanggotaan (baik borang kertas atau atas talian) dan keanggotaan baru hanya dihantar melalui “thumb-drive”, termasuklah dari Cabang Batu (yang dibawa oleh Saudara Tian Chua) dan Cabang Kudat (yang dibawa oleh Saudari Zuraida Kamaruddin)

v. Jawatankuasa Keanggotaan yang telah menyemak dan meluluskan kembali semua permohonan keanggotaan ini (termasuk dari Cabang Julau yang kemudiannya mereka persoalkan apabila Cabang Julau memilih untuk tidak menyokong mereka) diketuai oleh Saudara Xavier Jeyakumar, orang kanan kepada Saudara Azmin

vi. JPP sendiri telah menyemak borang-borang keanggotaan dari Cabang Julau dan mendapati setakat semakan (satu dari tiga kotak borang keanggotaan), lebih 6,000 permohonan dari 13,000 permohonan mempunyai borang yang sah

vii. JPP sendiri mengakui bahawa sehingga kini, keanggotaan melalui “thumb-drive” yang dibawa oleh Saudara Tian Chua dan Saudari Zuraida masih belum disertakan dengan borang permohonan yang sah

viii. Permohonan keanggotaan Cabang Julau telah dihantar ke ibu pejabat KEADILAN sejak awal Jun 2018 lagi, tetapi disebabkan sistem yang tidak dapat menangani kemasukan terlalu ramai anggota dan ketiadaan kakitangan untuk memasukkan setiap permohonan ke dalam sistem, ada tunggakan borang-borang yang akhirnya dimasukkan sekaligus. Ini memberikan gambaran keseluruhan 13,000 anggota dari cabang Julau masuk pada satu hari, sedangkan hakikatnya ia berlaku kepada 43,000 permohonan dari seluruh negara (termasuk cabang-cabang yang rapat dengan Saudara Azmin) akibat lambakan permohonan yang dihantar sejak 9 Mei 2018

Apabila ada pihak-pihak yang secara berterusan memberi tumpuan kononnya ada penipuan di Julau tetapi tidak pula menimbulkan isu yang sama mengenai keanggotaan Cabang Batu atau Cabang Kudat (atau cabang-cabang lain yang rapat dengan Saudara Azmin), ia boleh diperbetulkan dengan mudah oleh JPP untuk memastikan anggota yakin dengan ketelusan proses pemilihan kali ini.

Sudah tentu saya berpendapat keputusan-keputusan JPP pada hari ini adalah tidak adil kepada saya dan rakan-rakan lain serta anggota parti keseluruhannya.

Apabila masalah data di Cabang Pensiangan diselesaikan, dijangkakan saya hanya ketinggalan sekitar 2,000 undi di belakang Saudara Azmin. Pengundian semula di Cabang Julau (kerana pengundian yang lepas telah hilang wibawa apabila tablet dicerobohi) akan memberi kelebihan secara keseluruhan kepada saya jika jumlah pengundi yang keluar melebihi 2,000 orang.

Saya tahu JPP didesak untuk tidak meneruskan dengan pengundian semula, walaupun sebelum itu JPP sendiri yang mengakui sistem e-voting di Julau telah digodam dan tablet-tablet telah dicerobohi.

Saya yakin perkara-perkara ini akan dibincangkan di Biro Politik malam ini yang perlu mempertimbangkan:

1. Dengan keputusan pemilihan yang begitu sengit (*jika pemilihan di Julau tidak diteruskan dan data pengundian yang telah digodam digunakan, Saudara Azmin dijangka menang dengan kelebihan ~1,500 undi dari sekitar 140,000 anggota yang mengundi, iaitu margin ~1% sahaja*), adakah adil dan telus menggunakan data yang digodam di Julau sedangkan pengundian semula boleh menghilangkan persoalan itu?

2. Sesiapa pun yang menang dengan kelebihan margin ~1% sahaja dengan berlatar belakangkan pelbagai masalah proses pengundian setakat ini (seperti dihurai di atas), akan mengundang pelbagai persoalan mengenai keabsahan (“legitimacy”) barisan kepimpinan KEADILAN bagi penggal akan datang;

3. JPP tidak boleh mencuci tangan mengenai segala masalah data (termasuk data yang hilang dengan banyak di Cabang Pensiangan) dan perlu menyelesaikannya dengan segera;

4. JPP tidak boleh menolak kesemua undi ragu seperti yang diumumkan dan membuka setiap undi ragu kerana jumlahnya yang banyak (dianggarkan melebihi 5,000 di seluruh negara) boleh mempengaruhi keputusan pemilihan;

5. Jika alasan JPP bahawa undi ragu hanya diteliti bagi cabang-cabang yang keputusannya sengit (melibatkan margin yang kecil), bagaimana pula dengan keputusan Timbalan Presiden dan MPP yang keputusannya hanya berbeza sekitar 1%?

6. Satu tindakan keras di dalam parti perlu diambil terhadap Alvin Teoh atas segala kelalaian dan kelemahan beliau sebagai Ketua Unit IT JPP sehingga menimbulkan keraguan terhadap sistem e-voting dan keputusan pemilihan 2018, sementara kes ini disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa; dan

7. JPP perlu meminta maaf kepada kesemua anggota KEADILAN atas semua kelalaian dan kelemahan yang mengundang pelbagai kontroversi dalam pemilihan 2018 ini.

Sebagai aktivis parti yang sayangkan parti, mewakili ribuan lagi pimpinan dan aktivis parti yang lain, saya percaya kami boleh menerima segala keputusan pemilihan, asalkan ia dikendalikan dengan adil dan saksama mengambil kira perkara-perkara di atas.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Leman Raja Lawan, Perjuangan Yang Belum Selesai





Sulaiman ibrahim,37 tahun dulunya dikenali pelawak musim ke-5 rancangan realiti televisyen Raja Lawak Astro pada 2010 bertukar arah sudah 9 tahun dari pelawak ke ahli politik dan sekarang beliau kembali sebagai pengeluar Filem dan drama tanah air.

Beliau sebelum ini dikenali sebagai “Leman Raja Lawak” tetapi selepas menceburi dan memberikan bepuluh puluh ucapan lantang dalam politik di luar televisyen, orang ramai mula merujuknya sebagai “Leman Raja Lawan dalam dunia politik dan beliau juga cukup terkenal dengan gerak kerja kebajikan membantu rakyat miskin dikawasan pedalaman dan juga merupakan penceramah khas politik di seluruh tanah air.Gayanya bersahaja dengan ceramah lantang tidak gentar mengkritik musuh musuh politiknya.

Sekarang beliau kembali ke arena hiburan dengan membawa misi yang lebih besar untuk mendidik masyarakat, pemimpin dan anak bangsa melalui filem dan drama.

Sulaiman Ibrahim sekarang ini menetap di Selangor dan masih lagi merupakan Pegawai Khas Kebajikan bagi Yb Dr Siti Mariah Mahmud Adun Seri Serdang.Kehadiran beliau ke arena perfileman dengan penampilan filem sulung yang akan dikeluarkan pada tahun depan.

Filem aksi politik yang berjudul 'POLITICIAN' adalah yang pertama kali akan memecahkan tradisi dunia perfileman melayu dengan kerjasama pengarah, pelakon dan penerbit Filem Malaysia dan India dengan kos RM6.7.

Leman RL kembali ke dunia seni selepas kemenangan PH dan membawa misi dan impiannya melalui filem.

Nantikan tayangan filem sulungnya pada hujung tahun 2019 ini.

Memboikot Filem Polis Evo 2 Adalah Satu Jalan Penyelesaian?


Saya melihat terdapat usaha dari beberapa pihak untuk memboikot filem Polis Evo 2 kerana ia seolah-olah menghina agamawan kerana menggambarkan bahawa agamawan itu jahat atau pengganas di mata awam. Pengganas dalam filem tersebut siap memakai serban lagi.

Saya kira jika ini saja alasannya untuk memboikot sesebuah filem, maka kita perlu sedar bahawa terdapat hadis Nabi sallallah alaih wasallam tentang khawarij yang sangat kuat beribadah. Bahkan baginda tidak hanya menyebutkan pakaian luaran seperti serban, tetapi baginda menyebutkan mereka bahawa kita akan rasa solat dan puasa kita lekeh jika dibandingkan dengan solat dan puasa mereka. Baginda bersabda:

يخرج فيكم قوم تحقرون صلاتكم مع صلاتهم وصيامكم مع صيامهم وعملكم مع عملهم ويقرءون القرآن لا يجاوز حناجرهم يمرقون من الدين كما يمرق السهم من الرمية

Akan keluar pada kamu satu kaum yang kamu berasa lekeh solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka dan amalan kamu berbanding amalan mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melepasi kerongkong mereka, mereka keluar dari agama sepertimana anak panah keluar dari busurnya. (HR Bukhari)

Adakah kita juga mahu boikot hadis ini? Tidak. Nabi sallallah alaih wasallam memperingatkan bahawa akan wujud golongan teroris agama yang suka mengkafirkan orang tanpa disiplin ilmu yang betul.

Filem ini pun belum ditayangkan lagi. Saya bimbang takut kita menuduh tanpa bukti. Jika selepas ditayangkan nanti memang benar ada ajaran Islam sebenar dianggap terorisme maka waktu itu kita sama-sama bantah.

Saya bukan mahu membela filem ini kerana ada kepentingan peribadi. Tetapi saya ingin kita semua berlaku adil kepada manusia. Jika mahu boikot filem ini atas dasar ada masalah aurat wanita yang ditayang maka seeloknya bukan hanya filem ini saja yang dikempen untuk diboikot tetapi semua filem yang mendedahkan aurat wanita.

Dr Rozaimi Ramle

Sunday, 11 November 2018

Bagaimana Sabotaj Pemilihan Keadilan di Julau dijalankan?


Siapa yang ada akses pada tablet pengundian jam 4 pagi dan yang ada kuasa sentuh tablet bagi aktifkan perisian semasa pengundian selain pengundi?

Bagaimana sabotaj di Julau dijalankan?

1. Tiba-tiba sewaktu tempoh mengundi, ditukar kepada offline mode. Alasannya, network (rangkaian) problem (bermasalah). Padahal menara telekomunikasi terdekat hanyalah 170 meter dari kompleks sukan Julau dan sepanjang tempoh mengundi tiada kes rangkaian bermasalah atau terputus di dalam dan di luar pusat mengundi. Logik?

2. Kemudian login dan aktifkan prey. Installation apps boleh remote, tetapi setting kena buat manual. Jadi, sebelum tutup tablet kena aktifkan dalam laman web prey.

3. Kemudian sebelum pengiraan, wipe out (hapus) data dari tablet.

Free account hanya untuk tiga peranti sahaja (dalam kes Julau, peranti ialah tablet) tetapi tak boleh wipe out data atau save (simpan) data. Kena upgrade ke pro version dan bila pro version (berbayar) boleh add (tambah) sampai 10 peranti.

Kalau network problem, arahan untuk wipe out dari server prey tak akan sampai ke tablet. Bila kena wipe out, itu bukti line internet ok.

SIAPA YANG MENIPU??


Software Prey itu cubaan sabotaj pemilihan julau dengan wipe out data sebelum sync utk kiraan.

Cara sabotaj itu dijalankan:

1. Software itu ditanam (install) dalam tablet sebelum atau sewaktu pemilihan. Installation boleh dibuat remote, tetapi activation dgn server Prey kena buat manual. Jadi kena ada pelaku yg buatnya dikalangan JPP, kakitangan sekretariat, atau pengawas-pengawas.

2. Kemudian, sewaktu pengundian, kononnya atas masalah network, pengundian ditukar daripada online mode kpd offline mode. Jadi undian akan disimpan terlebih dahulu dalam tablet.

3. Sebelum undi dihantar ke server, pelaku akan beri arahan utk wipe out data tablet yg dipilihnya. Jadi undian akan hilang dan akan dilaporkan sebagai undi tidak dikembalikan.

Untuk activate software Prey, mmg perlu akses fizikal kepada tablet untuk masukkan password, dan beberapa step lagi. Software boleh ditanam dlm silence mode, utk tidak memudahkan dikesan dan susah untuk dibuang kerana tujuan asalnya utk anti-theft.

Nobody hack the system kecuali ada akses fizikal terhadap tablet2 berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.