VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 29 April 2015

Surat Anwar Ibrahim Dari Penjara Untuk Pengundi Permatang Pauh


Surat pesanan ringkas dari DSAI untuk pengundi Permatang Pauh dan rakyat Malaysia.

Kenyataan Yusni Mat Piah Mempunyai Agenda Peribadi




KENYATAAN MEDIA RASMI PANGLIMA MALAYSIA
29 April 2015

KENYATAAN KP PULAU PINANG BERKENAAN PERHOHONAN MAAF KEPADA PRESIDEN PAS DAN MEMBOIKOT PRK PERMATANG PAUH MEMPUNYAI AGENDA PERIBADI.

PANGLIMA MALAYSIA adalah penyokong delagasi PAS dan PAKATAN RAKYAT bg membantu gerak kerja bawahan kpd rakyat marhaen ,maka dengan itu ,pihak kami tidak bersetuju dengan kenyataan Kp pulau pinang berkenaan memboikot prk permatang pauh dan tidak mengikut arahan rasmi pas pusat.

Sewajarnya ketua pemuda negeri mengarahkan semua jenteranya memberi sokongan padu kpd calon iaitu Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.Dalam kenyataannya berkenaan memboikot pilihanraya telah melukakan hati pengundi dan mengeruhkan keadaan dan menambahkan kesulitan dalam perhubungan PAKATAN RAKYAT.

PANGLIMA MALAYSIA yakin bahawa kenyataan dibuat hanyalah bg meraih sokongan bg menghadapi muktamar pemuda akan datang dan mempunyai agenda peribadi .Secara keseluruhan PANGLIMA MALAYSIA menolak Kp pulau pinang yg hanya memegang jawatan dan langsung tidak turun padang bg mengambil tahu masalah bawahan dan rakyat .Kp pulau pinang seharusnya mengambil peduli masalah peniaga di uptown perda dengan jawatan yg ada tapi menghampakan penantian suara hati peniaga yg terdiri dari golongan marhaen.

PANGLIMA MALAYSIA mendesak Ust Yusni Mat Piah Merangkap Kp pulau Pinang meletakkan jawatan seandainya tidak mampu memikul tanggungjawabnya sebagai pemimpin .Beliau juga pernah mencetuskan pertarungan 3 penjuru di Sg Acheh pru13 yg lalu hingga menyebabkan kerusi yg berpotensi untuk menang terlepas kpd pihak Barisan Nasional dengan kemenangan tipis.
Beliau ( Kp Pulau Pinang ) hanya mendapat 690 undi walaupon telah diputuskan dalam mensyuarat
Secara rasmi PAKATAN RAKYAT bahawa yg bertanding adalah dari Parti Keadilan Rakyat.

Atas tindakan yg menyebabkan penurunan undi kpd wakil calon di Prk permatang pauh p044 ,PANGLIMA MALAYSIA berpegang pada prinsip menyokong pemimpin yg hanya membuat kerja dan menaikkan isu rakyat mengikut landasan islam ,bangsa dan pembangunan ekonomi negara.Oleh kerana itu kami dari PANGLIMA MALAYSIA menolak dan tidak akan menyokong Ust Yusni Mat Piah sebagai pemimpin dimasa akan datang atas sebab tidak menghormati arahan pimpinan parti pas pusat.

PANGLIMA MALAYSIA juga menyokong Dewan Pemuda Pas Pusat bg mengenakan tindakan disiplin keatas Ketua Pemuda PAS pulau Pinang.

DEMI ISLAM . DEMI RAKYAT .DEMI MASA DEPAN


Sulaiman Ibrahim @LRL
Presiden
PANGLIMA MALAYSIA
Pertubuhan Angkatan Amilin Malaysia

#S.k Sinar
#S.k Harakahdaily
#S.k keadilandaily
#S.k Mob Tv
#S.k media suara marhaen
#S.k metro
#S.k kosmo
#S.k Kl youth people
#S.k Bloger
#S.k Harakah
#S.k suara keadilan
#S.k Rocket today
#S.k muslim youth media

Sunday, 26 April 2015

Kenapa Letak Calon Kitar Semula di Permatang Pauh?


Tulisan Aris Awang

BismillahirRahmanirRahim

SOALAN TERUS TERANG

Saya bertanya Dr. Azman Ismail, Ahli Parlimen Kuala Kedah (PKR) seperti berikut;-

Saya: Mengapa letak kembali Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PR di Permatang Pauh sedangkan dulu dia kata kosongkan kerusi di situ sebab nak jaga cucu dan lebih-lebih lagi dia sudah jadi ADUN Kajang sekarang?

Dr. Azman Ismail: PRK Permatang Pauh bukanlah perlawanan antara calon-calon sahaja tetapi antara kita (PR) dengan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan yang mahu melenyapkan terus segala pengaruh dan legasi DSAI dalam reformasi dan politik baru sistem dua parti Malaysia. Maka simbol terbaik mempertahankan dan terus menyuburkan perubahan politik ini ialah orang yang paling dekat dengan DSAI iaitu DSWA.

Memang agak membebankan menjadi Adun Kajang dan MP di Pulau Pinang pula, namun itulah perubahan hidup yg ditakdirkan atas beliau dengan pemenjaraan DSAI.

Obor Reformasi itu kena diteruskan meskipun secara peribadi beliau memang asalnya merasa lebih selesa bersara dari politik sahaja.

"Depa kata kita main-main, dulu letak jawatan kini nak bertanding pula, saya bagi tahu Anwar"

Anwar jawab "Ni masuk penjara ni main-main ka?"

Saya: Logik dan masuk akal.... saya akan kempen memenangkan calon PR, insyaa Allah.

Dr. Azman Ismail: Terima kasih, ya Aqhi dan kepada Timbalan Presiden PAS yang menunjukkan komitmen paling hadapan tanpa berbelah bagi terhadap DSWA serta DSAI walaupun dulu pernah terpisah.

Saya: Sama-sama.

Enam Hujah UMNO Menang di Permatang Pauh


Mohammad Agus Yusoff
Yesterday at 12:38pm ·

SIAPA MENANG PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PAUH?

Sambil makan tengah hari, dua kawan saya berhujah UMNO menang di Permatang Pauh dengan majoriti kecil.

Hujahnya kerana jentera UMNO termasuk jentera kerajaan pusat bekerja kuat di Permatang Pauh. Kedua, calon pertaruhan PKR adalah calon kitar semula. Ketiga, PKR telah membuktikan bahawa ia parti keluarga yang hanya berjuang untuk Anwar yang pasti ditolak rakyat. Keempat, PAS tidak membantu calon PKR. Kelima, PR sudah diambang perpecahan dan ini tidak memberi kelebihan kepada PKR. Keenam, pengundi Melayu tidak akan memebri undi kepada presiden parti yang menolak hudud.

Kawan saya bersemangat dengan hujahnya kerana ada sinar baru untuk perubahan bagi masyarakat di Permatang Pauh. Mereka sangat berharap dengan wakil rakyat UMNO nanti, rakyat Permatang Pauh tidak lagi menjadi katak di bawah tempurung.

Saya memberi pandangan balas. Di Permatang Pauh ini, isu utamanya adalah GST. Macam mana rakyat hendak percaya calon UMNO boleh membawa perubahan, jika GST sekarang sudah cukup memeritkan mereka.

Apatah lagi jika setiap hari pengundi disuapkan dengan hujah cukai GST adalah lebih rendah dari SST. Itu kempen yang tidak masuk akal. Yang rakyat mahu ialah jika cukai GST lebih rendah, mengapa harga barang sekarang lebih mahal?

Politik ini serba mungkin. Biarpun sukar untuk menang di Permatang Pauh, tetapi UMNO tetap masih ada peluang. Cumanya cukup-cukuplah berkempen atas isu GST menurunkan harga barang. Realistiklah!

Mufti Pertahankan Mahathir Kerana Keceluparan Ahmad Maslan


Tulisan Dr. MAZA

Tun M Tak Faham GST?!

Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?!

Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai 'kurang cerdik' (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?!!

Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?!. Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?!

Saturday, 25 April 2015

Mahathir Perli Najib, Hadirin Ketawa Besar


Bila 10 ribu orang bawa sepanduk I Love PM, maka PM pun boleh la kata "Saya tidak keseorangan " (hadirin ketawa besar)

Majlis kita harini pun meriah sebab saya bayar kat hadirin sorang satu ribu, betoi dak?
(hadirin ketawa lebih besar)

Dia dok ingat orang sokong dia... Kalau benda simple macam ni pun tak boleh faham macam mana nak jadi PM?

Saturday, 18 April 2015

Profesor Sokong Tindakan Mahathir Serang Najib Razak


TERBEBANKAH NEGARA DENGAN HUTANG 1MDB?

Bercakap di di program 'Perkembangan Ekonomi Semasa' anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengakui dana pelaburan strategik negara milik Kementerian Kewangan 1MDB membebankan kerana kegagalannya menjana tunai berbanding hutang besar syarikat tersebut. 

Beliau juga menyatakan 1MDB membuat pinjaman bank dan pasaran modal untuk membeli banyak aset termasuk IPP (syarikat jana kuasa bebas) sehingga menyebabkan hutangnya meningkat kepada RM42 bilion setakat Mac 2014. Aset ini adalah pelaburan kerajaan jangka panjuang menyebabkan 1MDB gagal menjana aliran tunai yang menjadikannya tidak mampan. 

Membaca berita ini, maka saya tertanya: Apa salahnya apabila Tun Dr. Mahathir bertanyakan kerajaan mengapa hutang 1MDB tinggi dan di manakah wang dari Cayman Island yang dibawa keluar itu disimpan?

Saya fikir kerajaan tidak perlu gelabah dengan pertanyaan Tun Mahathir ini. Jawab sahaja dengan jujur, maka Insha Allah keyakinan rakyat dapat diraih. Yang menjadi masalahnya ialah apabila sekali kerajaan menjawab hutang 1MDB tidak ada masalah, dan hari ini Menterinya mengakui hutang 1MDB membebankan.

DI akhir analisisnya, saya fikir sudah sampai masanya pemimpin kerajaan lebih telus dalam memberi reaksi kepada keluhan dan teguran rakyat supaya masalah negara, jika ada, dapat diselesaikan sebelum ia menjadi lebih parah. Terbukalah.

Mohammad Agus Yusoff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.