VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday, 17 March 2014

Solidariti Buat Kapten Zaharie - Jangan Cari Kambing Hitam Untuk Tutup Kelemahan Sendiri

Jika MAS tak mahu pertahan pilot sendiri, mari kita rakyat bersama-sama berdiri teguh membela dan memberi sokongan moral kepada Pilot Zaharie serta keluarga beliau.

Sila share dan sebar poster ini


Posted via Blogaway

Kapten Zaharie Ahmad Shah Jadi "Kambing Hitam" Dalam Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370?

Kenyataan bercangah!!!

Mula2 cakap kapten Zahari bercuti. Tiba2 dipanggil bertugas.

Hari ini PC cakap dia berkerja seperti biasa.

Nampak ada kearah nak jadi kambng hitam.

Ok.. ni isteri pilot yang sepatutnya suaminya bertugas hari tu. Baca apa dia kata. Bila dia pos?


Posted via Blogaway

Sunday, 16 March 2014

Kapten Zaharie di Panggil Tergesa-gesa Untuk Menerbangkan Pesawat MAS MH370 Dari KL ke Bejing

BREAKING 1442 hrs: Benar, Kapten Zaharie Ahmad Shah adalah ahli seumur hidup KEADILAN, dan pernah bersama pemimpin Pakatan Rakyat dalam majlis tertentu.

Tetapi adakah logik untuk mengatakan bahawa Zaharie fanatik terhadap Anwar Ibrahim dan kononnya plot kehilangan pesawat MAS MH370 ada kaitan dengan keputusan mahkamah yang memenjarakan Anwar selama lima tahun?

Mengapa tidak kaitkan Zaharie sebagai peminat nombor satu Mila AF 5 yang hampir setiap program anjuran penyanyi itu dia tidak ketinggalan menyertainya?

Mengapa masyarakat tidak mengatakan bahawa Mila lah yang menjadi penyebab mengapa Zaharie sanggup menerbangkan pesawat itu?

Padahal ramai yang masih tidak tahu, Kapten Zaharie sedang bercuti beberapa hari tetapi dimaklumkan seberapa segera bahawa dia dikehendaki menerbangkan pesawat itu atas arahan pihak atasan? Pihak atasan itu siapa?

Apakah Anwar Ibrahim sekarang sudah jadi perdana menteri dan bukan Najib Razak?

Untuk menjelaskan keadaan, hanya Zaharie seorang yang mampu mendaratkan pesawat Boeing B777-200ER menggunakan landasan paling pendek berbanding kapten lain yang masih dalam perkhidmatan.
Ini diakui oleh kenalan rapatnya dalam MAS yang terkejut mengapa Zaharie dipanggil untuk bertugas menerbangkan pesawat itu ke Beijing dalam keadaan terlalu segera (urgent) dan hanya mengetahui Zaharie yang menerbangkan pesawat itu apabila MAS sendiri mengesahkannya dalam sidang media pertama jam 1000 hrs Sabtu 8 Mac.

Persoalannya, apakah dengan kepakaran Zaharie menyebabkan pihak tertentu memilihnya sebagai 'kambing hitam' untuk dijadikan alasan bahawa Zaharie yang melencongkan pesawat, menutup transponder dan terbang ke arah koridor utara atau selatan seperti kata Najib Razak semalam?

Berdasarkan pertimbangan semasa, Zaharie tidak boleh menolak arahan majikannya dan dia sendiri langsung tidak mengetahui bahawa plot menghilangkan pesawat itu adalah agenda pihak tertentu.

Sebenarnya di dalam pesawat itu terdapat ramai penumpang 'berharga' tidak kira sama ada China, Amerika Syarikat mahupun Russia yang difahamkan kapten diarahkan supaya melakukan 'itu dan ini' bagi menghalang 'agenda tersembunyi' ejen CIA yang dikatakan turut berada dalam pesawat berkenaan.

Tuduhan untuk mengaitkan Zaharie dengan Anwar Ibrahim sememangnya satu tindakan niat jahat untuk mengkambing hitamkan keadaan dan dalam masa sama melepaskan beban penjelasan kepada Pakatan Rakyat sedangkan mereka sendiri juga tidak tahu menahu akan agenda sulit ini.

Dan keengganan Najib sendiri menjawab pertanyaan pemberita hingga ada yang ditangkap kini sudah menjadi bahan bualan seluruh dunia seperti mana kebodohan bomoh yang ada kaitan dengan Umno melakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Berhenti menuduh Zaharie kerana kita masih tidak mengetahui nasibnya, dan penumpang lain sama ada hidup atau sebaliknya walaupun desas-desus mengatakan pesawat berkenaan selamat mendarat di satu lokasi rahsia beberapa jam selepas melakukan lencongan menghala Laut Andaman. Lagi perkembangan lanjut menyusul.

Tulisan Zulimran Nasution Abdullah Omar


Posted via Blogaway

Umno-BN Tertekan, Heret Anwar Ibrahim Dalam Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370

Umno-BN habis modal, isu rampasan MH370 juga dituduh salah Anwar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelar laporan akhbar Britain, Daily Mail yang mendakwa juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata laporan berkenaan adalah khayalan luar biasa dan perkara terbabit mustahil berlaku kerana membabitkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah, selain satu teori konspirasi politik tidak masuk akal walaupun Zaharie ahli seumur hidup parti itu.

“Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu bersifat khayalan boleh menjadi nyata,” katanya.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang membabitkan 239 penumpang termasuk anak kapal, pada 8 Mac lalu.

Dengan pelbagai spekulasi berkenaan kehilangan MH370, akhbar Daily Mail melaporkan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas kes membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar, pada 7 Mac lalu.

Ketika ditanya sama ada PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata, tidak ada sebarang tindakan daripada parti itu buat masa ini.

“Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia berdoa supaya pesawat MH370 ditemui,” katanya yang dipetik daripada Malaysian Insider.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail turut melaporkan, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil daripada rumah Zaharie yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bejing.


Posted via Blogaway

Pesta Muzik Tiga Hari Biadab, Kata Pemuda PAS

KENYATAAN AKHBAR
Muhammad Farkhan
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
 
“Pesta Muzik Tiga Hari Biadab”
15 Mac 2014
 
Penganjuran Future Music Fest 2014 Phase 2 yang dianjurkan selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil adalah satu tindakan biadap dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia. Bermula sejak hari Khamis (13 Mac) dengan menampilkan 70 persembahan artis dijangka menarik hampir 80,000 penonton. Pesta ini tidak dibenarkan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah dan dikatakan mesti mengenakan kod berpakaian yang ditentukan oleh pihak penganjur.  
 
Hari ini kita diuji oleh Allah dengan ketidaktentuan cuaca sehingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu hingga tahap yang membimbangkan dan kehilangan pesawat MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan untuk  menjahanamkan anak muda Malaysia. Pesta ini dianjurkan oleh Livescape Asia dan Future Entertainment Australia.
 
Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat istisqa’ memohon pertolongan Allah untuk menurunkan hujan, namun anak-anak muda terkinja-kinja berpesta dengan hampir 90% band antarabangsa di stadium. Jangan mencabar kuasa Allah dan kita bimbang pertolongan Allah tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini.
 
Rujuk :
 https://www.facebook.com/futuremusicasia 


Posted via Blogaway

Episod Kehilangan Pesawat MAS MH370, Malaysia Perlu Belajar Daripada Kelemahan

Rasanya tidak pernah dalam sejarah Malaysia ada peristiwa besar berlaku yang menyebabkan media antarabangsa membuat laporan tanpa henti dan bertubi-tubi sebagaimana yang mereka hidangkan dalam kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sejak 8 Mac lalu.

Pada Jumaat lalu, tiga agensi berita antarabangsa iaitu Reuters, Agence France Presse (AFP) dan Associated Press (AP) melaporkan lebih 70 item berita berkaitan Malaysia dan MH370 yang dikemaskinikan dari masa ke masa.

Stesen televisyen, akhbar, majalah dan portal berita dari seluruh dunia memberi fokus kepada kehilangan MH370, daripada pakar-pakar penerbangan di Amerika Syarikat, China, India, Australia hinggalah kepada begitu ramai orang biasa di negara-negara di benua Eropah dan Asia.

Berbilion manusia di seluruh dunia sedang menunggu berita apa yang sebenarnya terjadi kepada pesawat MH370 laluan Kuala Lumpur, Malaysia ke Beijing, China menerusi akhbar, stesen televisyen, portal berita internet, Facebook dan Twitter. Hashtag #MH370 dalam Twitter menjadi antara trending paling popular sejak seminggu lalu.

Pada 2012, terjadi dua nahas pesawat iaitu nahas Dana Air di Lagos, Nigeria yang mengorbankan 150 orang dan juga kejadian pesawat Bhoja Airlines terhempas di Islamabad, Pakistan yang melibatkan kematian 127 orang.

Bagaimanapun, minat orang ramai di seluruh dunia terhadap kedua-dua nahas pesawat itu tidak seperti keghairahan mereka untuk mengetahui punca kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal termasuk 153 orang rakyat China.

Oleh kerana kejadian kehilangan pesawat MH370 itu tidak dapat diterangkan secara logik dan tiada pihak mengaku bertanggungjawab, ia menimbulkan misteri besar kerana situasi seumpama itu tidak pernah berlaku dalam sejarah penerbangan dunia.

Mustahil sebuah kapal terbang yang begitu besar boleh dimatikan sistem komunikasinya begitu sahaja dan ia terbang tanpa dapat dikesan radar.

Selepas lapan hari berlalu, nasib 239 orang yang berada dalam pesawat itu masih tidak diketahui.

Tanpa mendapat jawapan kepada segala persoalan, khususnya yang berkait dengan motif dan juga bagaimana transponder pesawat yang begitu canggih boleh dimatikan dan ia kemudian dipercayai dilencongkan beribu-ribu kilometer ke barat semenanjung Malaysia berdasarkan data yang dihantar oleh enjin pesawat itu kepada satelit yang sebaliknya tetap gagal mengesan lokasi MH370, dunia pasti berada dalam suatu keadaan krisis.

Boeing, syarikat ikon Amerika Syarikat, yang mempunyai perolehan tahunan US$86 bilion (RM283 bilion) pada 2013 mempunyai alasan bisnes untuk mengetahui bagaimana pesawat itu boleh hilang tanpa dikesan. Pihak berkuasa Amerika Syarikat dan mana-mana kerajaan di dunia, termasuk China dan Malaysia, perlu tahu apa yang terjadi kepada kapal terbang itu.

Ada isu keselamatan serius yang wajib ditangani oleh masyarakat antarabangsa.

Dunia sebelum ini menyaksikan bagaimana saintis memasang peranti GPS pada penyu dan jerung serta dapat mengesan pergerakan hidupan laut itu di serata dunia.

Begitu juga dengan sistem telekomunikasi telefon pintar yang boleh diakses di seluruh dunia. Bagaimanapun, dalam kes MH370, kita sekarang berdepann dengan satu situasi di luar jangka, iaitu pihak berkuasa antarabangsa (dengan teknologi dan sokongan Amerika Syarikat, China, India dan Australia) tidak dapat mengesan lokasi pesawat Boeing 777-200 milik MAS yang begitu canggih dan besar.

Jika ia terhempas di lautan, di mana tempat dan sisa-sisa pesawatnya? Kalau ia dirampas, bagaimanakah pihak yang merampasnya boleh menerbangkan pesawat itu pada paras 36,000 kaki dengan cara yang begitu licik? Apakah pengetahuan teknologi mereka? Adakah mereka yang terlibat itu lanun atau konspirasi anak kapal?

Dalam tempoh lapan hari lepas, kita membaca dan mendengar sendiri pelbagai teori dan persoalan yang dikemukakan berhubung kehilangan pesawat MH370: Masalah mekanikal, berkecai dibom pada paras 36,000 kaki, kesilapan pemanduan juruterbang, keraguan terhadap karakter juruterbang, pesawat dirampas oleh kumpulan tertentu dan disembunyikan di lokasi rahsia, konspirasi antarabangsa, disedut lubang hitam dan super air pocket, tanda kemurkaan Tuhan serta pelbagai lagi hujah dan alasan.

Sehingga malam tadi, teori-teori itu terus diperdebatkan menerusi gosip-gosip internet, yang diburukkan lagi dengan penglibatan bomoh, ahli pukau dan pakar silap mata.

Bomoh di Malaysia dilabelkan mengamalkan syirik dan khurafat ketika pada masa yang sama ada bomoh di stesen televisyen di India memukau dua penonton yang mengilustrasikan semula "apa yang berlaku di atas pesawat MH370".

Antaranya, wanita India yang dipukau itu berkata dia mendengar seseorang menyebut kata-kata "terima kasih" di atas pesawat MH370. Pakar silap mata British-Israel, Uri Geller pula yang mempunyai kemampuan untuk membengkokkan sudu besi melalui kuasa mindanya turut mahu membantu mencari pesawat itu.

Cerita pelik Media, dalam kerancakan mencari kisah sebenar di sebalik misteri MH370, pun terlanjur melaporkan cerita-cerita pelik itu, yang menimbulkan keragaman antara tahyul dan fakta sains.

Tugas asas media adalah untuk mencari kebenaran atas apa yang berlaku kepada pesawat MH370 dan melaporkannya untuk kepentingan orang ramai, tetapi organisasi media daripada pelbagai negara melihat fakta, komen dan pendedahan tersebut berdasarkan kepentingan nasional masing-masing.

Sebagai contoh, apabila stesen televisyen Australia mendedahkan foto pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid bergambar dengan dua gadis dari Afrika Selatan dalam kokpit sebuah pesawat MAS yang terbang dari Thailand ke Kuala Lumpur, ada pihak kurang senang dengan laporan yang tidak sensitif itu.

Terdapat pihak di Malaysia mengkritik etika media Australia, dan berlaku perang media mengenai kesesuaian menyiarkan gambar seumpama itu pada saat kesedihan keluarga anak kapal dan penumpang pesawat MH370.

Di Malaysia juga, ketika media Amerika dan British mempersoalkan hobi juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah yang mempunyai simulator Boeing 777 di rumahnya, media dan polis Malaysia memilih untuk menjaga ketertiban.

Polis hanya memeriksa rumah Kapten Zaharie di Shah Alam selama dua jam petang semalam ketika siasatan polis memasuki fasa penyiasatan jenayah.

Akhbar-akhbar Barat secara bebas membuat spekulasi mengenai kononnya pesawat MH370 dirampas, berlaku sesuatu kepada perlakuan juruterbang dan sebagainya, tetapi media di Malaysia memilih untuk bersikap konservatif dengan menunggu pasukan penyiasat mengumumkan sendiri penemuan mereka.

Perbezaan mentaliti dan pendekatan media tergambar daripada liputan kehilangan MH370.

Namun, apa yang jelas daripada kehilangan pesawat MH370 ialah kita tidak boleh lagi memandang mudah isu-isu keselamatan di lapangan terbang dan dalam industri penerbangan yang kini wajib dipertingkatkan.

Pihak berkuasa Malaysia juga perlu menyediakan peruntukan yang secukupnya untuk mendapatkan aset dan teknologi pasukan mencari dan menyelamat serta mempertingkatkan keselamatan ruang udara negara.

Pergantungan kepada negara-negara sahabat dalam operasi mencari MH370 yang ditunjukkan sejak 8 Mac lalu memang bagus untuk kerjasama bilateral dan serantau tetapi ada risiko tertentu kepada keselamatan Malaysia yang diakui sendiri oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Terdapat 14 negara terlibat dalam gerakan mencari membabitkan 57 kapal laut dan 58 pesawat. Ini belum lagi termasuk penggunaan satelit China, India dan Amerika Syarikat. Kos mencari MH370 amat tinggi.

Kehilangan MH370 turut membuka peluang kepada banyak pihak di Malaysia untuk menilai semula strategi nasional dalam pengendalian krisis serta bagaimana kerjasama di peringkat antarabangsa dapat dimanfaatkan.

Ada kritikan dibuat ekoran kontradiksi fakta pada hari-hari pertama kehilangan pesawat selain kecelaruan dalam gambar dua lelaki Iran yang naik pesawat menggunakan pasport curi dan penjelasan separuh masak sesetengah pegawai semasa sidang akhbar.

Sungguhpun begitu, jika diletakkan dalam konteks yang lebih luas dan untuk berlaku adil, kehilangan pesawat MH370 bukan isu Malaysia semata-mata dan ia tidak menggambarkan kelemahan, sebaliknya membuktikan tiada sesuatu yang dapat dipanggil sempurna semasa pengendalian krisis kerana pengerahan aset dan teknologi paling canggih oleh kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China pun belum membuahkan apa-apa hasil.

Dinamik dalam pencarian dan penyiasatan kehilangan MH370 ini mungkin membuatkannya terpahat sebagai salah satu misteri besar dunia, bukan setakat kepada Malaysia. -Baharom


Posted via Blogaway

NGO PANGLIMA Desak Najib Batal Hukuman Kepada Anwar Ibrahim

NGO PANGLIMA MALAYSIA ( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama ) memohon Dato Seri Najib Razak membatalkan hukuman kpd Dato Seri Anwar ibrahim kerana dunia memerlukan idea beliau untuk mendamaikan peperangan yg berlaku di Crimea, Ukraine bg mengelakkan peletusan peperangan dunia yg akan melanda melibatkan banyak negara..mohon diketepikan soal politik buat sementara waktu bg pengeratan hubungan dengan kuasa kuasa dunia.

Memandangkan Dato Seri Anwar juga merupakan pengdiplomasi utama yg boleh memberikan negara negara bersatu termasuk US bg mengelakkan peperangan yg akan melanda.campurtangan dan suara dari malaysia amat perlu bagi mengimbangi ekonomi , pengaruh dan hubungan perdagangan yg baik diantara malaysia dan negara yg terlibat.

PANGLIMA juga bersedia untuk memberi surat rasmi rayuan khas kepada yang Dipertuan Agong bagi campurtangan kerajaan malaysia untuk membebaskan Dato Seri Anwar sepenuhnya.

SULAIMAN IBRAHIM@LEMAN RL
PRESIDEN PANGLIMA MALAYSIA
( Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama )


Posted via Blogaway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.