VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 2 August 2015

SAMM Desak Bebaskan Semua Tahanan Serta Merta!



Kenyataan Media
1 Ogos 2015

Himpunan 1 Ogos: SAMM Desak Bebaskan Semua Tahanan Serta Merta!

Tangkapan seramai hampir 30 orang di perkarangan SOGO hari ini disifatkan sebagai satu tindakkan yang melampau oleh pihak berkuasa.

Setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun selagi perhimpunan berjalan dengan aman, malah pihak berkuasa seharusnya memastikan keselamatan para peserta demo, bukan menangkap dan melokap mereka.

Sudah berkali-kali ditegaskan bahawa hak untuk rakyat berhimpun itu termaktub dalam perlembagaan negara. Apakah mereka yang berhimpun itu merompak wang negara sehingga diberkas umpama penjenayah?

Justeru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan rakus dan mendesak pihak berkuasa membebaskan segera semua tahanan yang sebahagian besarnya terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.

Dalam perkembangan sama, SAMM akan melangsungkan "Rapat Kebangsaan 02/2015" pada 8-9 Ogos ini bertempat di Pusat Gerakan Rakyat (PAGER) di Seremban. Segala keputusan keterlibatan SAMM akan ditentukan dalam rapat kali ini.

Sekian


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

1 comment:

  1. Padan muka kau SAMM@Kucing Kurap. Sebelum ni sokong sangat Najib sampai sanggul menghina Tun,sekarang ambil habuan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.