VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 17 February 2015

Kenyataan Akhbar Gabungan KITA LAWAN (Utara)


Kenyataan Akhbar Gabungan KITA LAWAN (Utara)
17 Februari 2015
 
1.)  Satu resolusi telah diumumkan oleh gabungan anak muda daripada NGO-NGO dan parti politik diseluruh Malaysia pada 15hb Februari 2015 bertempat di Kuala Lumpur, dan gabungan ini diberi nama “KITA LAWAN”. Untuk memenuhi kesinambungan dan menjayakan agenda gabungan ini, NGO-NGO dan pemuda-pemudi pelbagai latar belakang dari bahagian utara Malaysia juga akan membuat satu gabungan “adhoc” yang terdiri daripada masyarakat sivik, mahasiswa, pejuang hak asasi, pembela kebajikan, pertubuhan pendidikan, kepelbagai kaum, politik dll.
 
Empat tuntutan yang digariskan oleh Gabungan KITA LAWAN akan menjadi asas kepada perjuangan kami. Selain itu, kami menawarkan diri untuk mengumpulkan dan menggembleng tenaga anak muda dan NGO di bahagian utara Malaysia bagi mencapai matlamat tuntutan tersebut.
 
2.)  Selepas mesyuarat diadakan, kami bersepakat mengkritik sekeras-kerasnya tindakan ketidakadilan institusi Kehakiman di Malaysia yang menjatuh hukuman 5 tahun penjara ke atas Ketua Pembangkang Malaysia Dato Sri Anwar Ibrahim walaupun dengan bahan bukti yang lemah.
 
Kami berpendapat, isu ini bukan sahaja isu peribadi Dato Sri Anwar Ibrahim ataupun keluarganya, tetapi sistem kehakiman kita diketawakan oleh masyarakat antarabangsa akibat daripada ketirisan yang berlaku. Kerajaan negara Switzerland telah menyuarakan pendapat untuk membawah isu ini ke persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pembelaan terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Dan terbaru bekas Presiden Turki H.E. Abdullah Gul juga meminta kerajaan BN untuk menimbang balik keputusan yang dibuat terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim. Kerajaan BN perlu mengambil serius pandangan antarabangsa dan juga suara rakyat di Malaysia di mana rata-rata hilang kepercayaan dengan sistem kehakiman Malaysia.
 
Dalam isu ini, kerajaan BN pimpinan Dato Sri Najib Razak tidak harus mendiam diri, tetapi perlu memberi respon yang munasabah kerana ia berkaitan dengan maruah dan kredibiliti kerajaan.
 
3.)  Dalam masa yang sama, kami juga berpendapat kerajaan BN selalunya menggunakan taktik-taktik konspirasi sewaktu kemerosotan ekonomi negara dan rakyat mengalami masalah kos kehidupan yang tinggi bagi mengalih tumpuan rakyat. Pada kali ini, hukuman penjara terhadap Dato Sri Anwar Ibrahim dibuat sebelum 2 bulan perlaksanaan GST pada 1 April depan yang bakal menyemarakkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan BN.  Taktik-taktik lapuk ini diguna semula untuk alih perhatian rakyat, seperti yang berlaku pada tahun 1998, era Tun Dr Mahathir.
 
Kami juga ingin memberitahu kerajaan BN, jangan sesekali memenjarakan pemimpin pembangkang atau sesiapa sahaja  dengan menggunakkan Akta Hasutan. Jikalau seseorang dipenjara di bawah Akta Hasutan, beribu-ribu rakyat akan bangkit dan lawan.
 
 
4.)  Untuk menyemarakkan kesedaran rakyat terhadap isu Dato Sri Anwar Ibrahim, isu ketidakadilan sistem kehakiman Malaysia, isu Akta Hasutan, isu kepincangan pengurusan ekonomi dll, kami telah merancang beberapa aktiviti. Antaranya :
 
-Ceramah umum/kelompok di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
-Forum/Flashmob dengan kerjasama anak muda tempatan.
-Kempen tandatangan poskad sokongan kepada Anwar Ibrahim.
-Perjumpaan dengan pelbagai lapisan masyarakat bagi tujuan  
 kesedaran.
-Penganjuran aktiviti di universiti awam dan kolej swasta.
 
Kami berikrar akan menjelajah ke setiap pelosok di Pulau Pinang,
          Kedah dan Perlis bagi tujuan ini dan kami telah siap sedia dengan bahan-    
          bahan penerangan.
 
Kami juga meminta rakyat Malaysia turun ramai-ramai ke himpunan besar menuntut kebebasan sistem kehakiman pada 7hb Mac 2015, jam 4.30petang di Pusat Beli-belah SOGO Kuala Lumpur.  Himpunan ini sangat bermakna untuk kita menyatakan pendirian bahawa rakyat Malaysia tolak sistem kehakiman yang nyata tidak adil dan juga dasar autokratik kerajaan BN yang menggunakan konspirasi jahat untuk menjatuhkan musuh politik.
 
 
5.)  Sebagai permulaan kepada kerjasama ini, satu ceramah kelompok akan diadakan pada ketetapan berikut :
 
Tarikh           : 22 Feb 2015 (Ahad)
Masa              : 9 malam
Tempat          : Tanah Lapang Pasar Malam Bukit Gedung,
                          Bayan Baru
 
Beberapa tokoh daripada NGO, masyarakat sivik, politik akan dijemput bersama termasuk Badrul Hisham Sharin (SAMM), Majer Zaidi, Kapten (B) Zamberi (Kerabat), ahli keluarga Dato Sri Anwar Ibrahim dan wakil rakyat Pakatan Rakyat.
 
Kami menyeru semua lapisan masyarakat di bahagian utara bersama dengan kami, agar kita dapat menegakkan keadilan di bumi tercinta ini. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Afnizam (), Lee Boon Heng (012-597 6019) dan Kumaresan Aramugam (014-945 9621).
 
Dalam waktu cuti sempena Tahun Baru Cina ini, kami juga meminta rakyat Malaysia sampaikan mesej kepada sahabat karib, saudara-mara, bahawa kita perlu bangkit dan lawan kezaliman kerajaan BN. Satu Fans Page di Facebook () telah dibuat dan akan kami memaparkan ucapan terakhir Dato Sri Anwar Ibrahim di mahkamah pada 10hb Februari 2015 serta maklumat program kami

Ngo-ngo yang menyokong-

1. Unit Ehsan - Amrin
2. Samm Penang - Afzanizam
3. Persatuan Progresif India Malaysia Pulau Pinang - Kumar
4. Kelab Perpaduan Rakyat - Aidil
6. PasMa - Zainulfaqar Yaacob
7. Jingga 13 - Ikhwan
8. Kerabat - Major Zaidi / Azizan
9.Gocas - Andrew
10. Suaram - Jin Cheng
11. Penang Youth Club - Khairil Anuar
12. Bersih (Wilayah Utara) Dr Toh Kin Woon
13. Anak Muda Harapan M'sia - Lee Jin Yang
14.Mama Bersih
15.Northern Youth Group
16.Student Progressive Front UsM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.