VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 14 June 2014

WorldCup: Minta Al-Quran Disediakan di Setiap Bilik Dianggap Pelik Oleh Akhbar Tempatan


Aku tak pasti ini keratan akhbar dari surat khabar mana.. Pengunaan ayat "permintaan pelik" dari pasukan Algeria seakan menghina Al-Quran.. Al-Quran bukan suatu benda yang pelik bagi umat Islam.. Harap ada pihak lebih sensitif dengan hal ini..

Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.

Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil.

Algeria berada dalam kumpulan H bersama Belgium, Russia dan Korea Selatan.

Beberapa pasukan bola membuat permintaan istimewa untuk bilik penginapan pemain mereka sepanjang Piala Dunia kali ini:

- Uruguay: Penghawa dingin senyap di dalam bilik

- Iran dan Algeria: Al-Quran disediakan di setiap bilik

- Jepun: Jakuzzi di setiap bilik

- Portugal: Sebuah komputer di setiap bilik

- Perancis: Sabun mandi cecair menggantikan sabun buku dan makan halal

- Ecuador: Pisang yang diimpot dari Ecuador di setiap bilik

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.