VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 26 March 2014

SAMM Mengecam Tindakan Pengusiran Pemimpin Pakatan Rakyat Oleh Kerajaan Negeri Sarawak

Demokrasi Terus Hancur, Pimpinan PR Dihalang Masuk Sarawak Untuk Berkempen

Solidariti Anak Muda Malaysia Sarawak (SAMM Sarawak) mengecam keras ke atas penafian pimpinan PR yang dihalang untuk memasuki salah satu negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Hak sebagai anak watan telah dinafikan dengan angkuh oleh seorang ketua menteri yang memerintah di atas mandat yang diberikan oleh rakyat demi kelangsungan politik yang sempit.

Setelah kita merdeka dan bersama dalam satu gagasan persekutuan, undang-undang dracornia masih dikekalkan oleh rejim pemerintah dengan alasan dangkal. Di dalam masa yang sama, rakyat di seluruh negara di arah bersatu hati dalam menghadapi pelbagai maslahan yang kian meruncing namun, rejim penguasa begitu angkuh menggunakan undang-undang di zaman penjajah.

Tindakan pengusiran terhadap tiga pimpinan PKR iaitu Setiausaha Agung Dato Saifuddin Nasution, Naib Presiden Tian Chua dan Pengarah Strategi PKR Rafzi Ramli yang datang untuk bersama dalam Pilihanraya Kecil N51 Dun Balingian. Tindakan ini adalah jelas bahawa pihak rejim kini ketakutan setelah banyak kepincangan dan kelemahan yang didedahkan bagi membendung amarah kebangkitan rakyat setelah menyaksikan kebangkitan rakyat yang berlaku di PRK N25 Kajang yang baru saja melabuhkan tirainya.

Sekali lagi, pihak SAMM Sarawak mengutuk dengan keras hak demokrasi yang seringkali dilaungkan oleh rejim pemerintah berlandaskan semangat demokrasi berparlimen yg didokong oleh seluruh rakyat negara ini.

Norazarizah Rahman
Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.