VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 22 March 2013

Program Penghargaan Warga Emas RM13 Juta Setiap Tahun


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya memperuntukkan sebanyak RM13 juta setiap tahun untuk menghargai sumbangan daripada warga emas negeri. Pencapaian ini direalisasikan atas dasar anti-rasuah dalam negeri yang menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan mencatitkan lebihan bajet setiap tahun. Manakala, penghargaan ini tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN.


Di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng, Setiap warga emas telah mendapat secara sistematik RM100 setiap tahun sebagai dividen anti-rasuah. Penghargaan ini diberikan tanpa mengambil-kira kaum, agama, jantina dan juga persefahaman politik.

Perbelanjaan negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM400 juta pada tahun 2008 ke RM1.1 bilion pada 2013, bermakna rakyat telah menerima manfaat berlipat-ganda selama 5 tahun ini.

Pada masa yang sama, walaupun perbelanjaan meningkat begitu banyak, kerajaan Pulau Pinang dapat menghapuskan defisit bajet dan memulangkan lebihan setiap tahun berturut-turut. Lebihan bajet mencapai rekod sebanyak RM138 juta pada tahun 2011.

Kesemua ini tidak dapat dicapai semasa pentadbiran BN kerana mereka "tidak mampu". Atau adakah cerita sebenar bahawa kekayaan kerajaan telah diselewengkan dan dibazirkan selama ini bawah pimpinan BN?

1 comment:

  1. kenapa duit tu tak diagihkan melalui jkkk? kenapa kena seksa warga emas?..kena beratur berjam2, kenapa warga emas dijadikan bahan iklan kerajaan negeri? br1m pun sama....ikhlas ka apa? satu penyamun, satu lagi perompak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.