VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 2 December 2012

Orang Kuat UMNO Keluar umno Kecewa Kerana Nasib Rakyat Tidak di Bela


Felda yang dikuasai Umno BN akan melakukan pemecatan secara besar-besaran pegawai-pegawai kanan yang dilihat menyokong Pakatan Rakyat.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan, Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad bersama 'orang-orangnya' akan memecat 192 pegawai kanan di Felda-Felda di seluruh negara.

"70 peratus pegawai kanan Felda bersama Pakatan Rakyat jadi maklumat di hujung jari kita.

"Anak mendapat maklumat, secara besar-besaran  Tan Sri Isa Samad dan konco-konconya dalam proses melakukan pembuangan 192 pegawai kanan Felda yang dianggap tak bersama mereka.

"Ada yang dalam proses diturunkan pangkat, ditukar dan dibuang kerja," kata beliau sewaktu berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat, di Parit Salleh Ros, Parit Raja dekat sini malam ini.


Mazlan juga mendedahkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  akan campur tangan bagi memastikan Koperasi Permodalan Felda (KPF) turut disenaraikan ke Bursa Saham.

"Sedang berlaku komplot tertinggi yang diketuai Datuk Ismail Sabri atas arahan Perdana Menteri untuk menyenaraikan KPF ke Bursa Saham Malaysia.

"Mereka nak senaraikan sebab kocek Felda dah kering kontang sekarang. Mereka nak senaraikan untuk apungkan saham Felda," katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, Mazlan berkata, beliau tidak gentar dengan ugutan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk menyaman beliau kerana dakwaan mengenai saham Genting Berhad dalam Felda dan urus niaga Felda dengan syarikat Yahudi.

"Ahmad Maslan bercakap kali ke-50  untuk menyaman saya.

"Itulah skrip yg diulang. Dia dakwa saya buat fitnah.

"Kalau kena saman kita akan dedahkan di mahkamah lebih besar lagi skandal-skandal Umno dalam Felda," katanya.

Orang Kuat Felda Keluar UMNO Kerana Kecewa



Hj Mohd Said Jonit, 59 tahun, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Sdn Bhd. Lulusan Universiti Pertanian Malaysia. Orang Kluang Johor.


Berkhidmat dengan Felda selama 38 tahun dan mempunyai kepakaran dalam dunia perladangan. Mendapat 
kepercayaan sejak zaman Tan Sri Raja Alias hingga ke hari ini. Sangat rapat dengan beberapa Pengarah Besar Felda kerana pengalaman luas dalam pengendalian ladang khususnya Tanam Semula.


Dalam politik, pernah menjadi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenggara dan Setiausaha Pemuda Umno Bahagian Kluang di pertengahan tahun 1990 an.



Saya rapat dengan beliau sekitar dua tahun ini. Bertemu kali pertama di Felda Taib Andak. Beliau banyak memberikan syor mengenai isu2 Felda. Apabila peneroka mengadu mengenai kebun yang tidak diurus Felda dengan sempurna, saya akan refer kpd beliau selain Datuk Ahmad Maslan. Saya menghargai kegigihan beliau dalam isu berkaitan penyelenggaraan kebun peneroka.



Oleh kerana percampuran beliau dengan pegawai2 kanan Felda samada diperingkat HQ dan Wilayah, rata2 mengenali beliau. Namun, dia selalu mengeluh; banyak projek tanam semula yang tidak beres kerana kontraktornya Umno. Peneroka marah, hutang tanam semula mencecah antara RM50 ribu hingga lebih RM100,000. Dia dan team Taskforce Tanam Semula Felda selalu jadi sasaran.



Isunya bukan soal kontraktornya Umno; tapi kerjanya yang tidak siap. Payment dah ambil. Beliau dan rakan2 Task Force Felda pening untuk menyelesaikan kebun2 yang bermasalah, sampai ke hari ini. Ini jenis kontraktor yang tidak bertanggungjawab, khususnya bawah Techno Plant Sdn Bhd.



Alhamdulillah, beliau masuk PAS. Saya menjadi pencadang kpd beliau sertai PAS. Sdr Zaki, anak peneroka Felda Taib Andak jadi penyokong keahliannya. Banyak ujian beliau nak sertai PAS. Terhalang beberapa kali.



Hj Mohd Said beritahu saya, dia nak mati dalam perjuangan Islam. Dulu dia Umno, tapi Umno sekarang sudah tidak pentingkan rakyat lagi. Ada peluang, fikir nak kebas saja hak rakyat. Kesian peneroka, asyik ditipu pemimpin Umno; dari peringkat cawangan sampai pemimpin tertinggi.



Beliau bersedia menyumbang bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Alumni Bekas Kakitangan Felda pimpinan Hj Salleh Abdullah akan sedia ruang untuk beliau beri idea dan bantu warga Felda.



Ceramah sulung Hj Mohd Said pada 16 Dis ini di Felda Taib Andak, Kulai. Beliau akan dedah dan luahkan apa yang terbuku selama ini mengenai nasib peneroka felda. ANAK dan Alumni Staff Felda akan mengatur road show beliau seluruh negara bersama bekas2 Pegawai Kanan Felda lain.



Saya tidak bercakap besar, gelombang baru di Felda akan masuk babak kedua yang lebih hebat. Beberapa tokoh kanan Felda akan menyusul. Ahmad Maslan dan Isa Samad bukan sahaja berdepan dengan ANAK dan PR, tapi penyertaan secara agresif satu demi satu tokoh2 Felda hingga Parlimen dibubarkan.



Listnya ada pada saya. ANAK ada regu yang siap sedia menggempur kubu2 Umno di 317 penempatan Felda seluruh negara!



Tahniah Hj Mohd Said Jonit!.......




Empat lagi bekas Pegawai Tinggi Kerajaan sertai PAS..


(Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi)

BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi.

Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned.

(Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz)


Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah.
Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin.
(Haji Ramlan serahkan borang)

Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini.

Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH).

Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini.

"Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya.

(Gambar: Haji Nasir)

Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw.

Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri.




1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.